Rate this book

Kahwin Ganti (2012)

by Aifa Batrisya(Favorite Author)
3.82 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Karyaseni
review 1: Walau byk yg komen citer ni terlalu cepat jln citernya tapi bg aku ia sangat2 menarik.. Walaupun Luqman terpaksa mengantikan tempat abgnya mengahwini Mya Zara tapi disitu menunjukkan sisi baiknya sebagai seorang anak yg x mahu memalukan keluarga walau abgnya dah membuat onar.. Mungkin di awal perkahwinan mereka byk konflik tapi Mya Zara tetap menghormati Luqman sebagai suami.. Lama kelamaan putik2 cinta mulai mekar dan itulah wanita bila mula jatuh cinta akan mencintai sampai hujung nyawa tapi sekali terluka tiada ubat yg mampu menyembuhkannya..Dalam citer ni sesetengahnya boleh di ambil dan di jadikan iktibar dan yg x elok di jadikan sempadan.. Setiap penceritaan akan ada pengajaran..bukan senang puan penulis nak membuahkan sesebuah karya tapi kita sesedap rasa nak komen ... moreitu dan ini..Cuba kamu semua mengarang tengok agak2 boleh ke x.. entah2 hancur di buatnya.. Jadi setiap karya ada jerit pahit penulis nak menghasilkannya.. kalau nak komen pun jgnlah yg membuat semangatnya down terus... Tapi puan penulis saya suka sangat karya awak ni..
review 2: Mya Zara telah bertunang dengan Nuqman Hakim tetapi di hari dia dinikahkan, tiba-tiba dia dapati bahawa suaminya adalah Luqman Hakim, adik kembar tunangnya. Rupanya, Nuqman tidak hadir untuk hari akad nikah mereka. Bila bapa mertuanya dapat tahu, dia terus rebah dan meninggal dunia. Ibu-bapanya sendiri tidak mengetahui hal itu. Mula-mula mereka hidup berasingan di rumah sewa masing-masing tetapi bila sepupu Mya Zara ingin menumpang di rumah mereka, mereka tinggal di sebuah apartment. Mya Zara adalah tutor Luqman. Bila Mya Zara mula didekati oleh Dr Iskandar dan teman baik Luqman juga ada menaruh hati pada Mya Zara, Luqman mula cemburu. Dia takut untuk melafazkan sayang pada Mya Zara kerana khuatir terpaksa melepaskan Mya Zara bila Nuqman pulang nanti. Mya Zara pula, pada mulanya asyik melukakan perasaan Luqman dengan tidak sengaja. Tetapi akhirnya, dia dapat menerima diri Luqman dan belajar menyesuaikan diri dengan Luqman. Sedikit demi sedikit, dia dapat merubah diri Luqman. Dia tidak putus-putus melafazkan sayang pada Luqman serta berjanji tidak akan meninggalkan Luqman walaupun bila Nuqman muncul kembali. Luqman mula selesa dengan rumahtangga mereka. Mya Zara cemburu bila melihat Luqman bersama Nadine dan Danish lalu salah sangka. Luqman meninggalkan Mya Zara bila mereka bertengkar. Mya Zara mula sedar akan kesilapannya menuduh sembarangan. Bila dia pulang ke rumah ummi Luqman, Nuqman pula yang ada disitu. Nuqman telah hilang separuh ingatannya akibat diculik dan di pukul oleh keluarga Nadine di hari nikah tidak jadi dia dengan Mya Zara. Kini dia telah bernikah dengan Nadine tetapi dia masih ingin dapatkan Mya Zara kembali. Lalu disuruh Luqman untuk melepaskan Mya Zara bila Luqman pulang dari Korea. Luqman bersetuju. Mya Zara kecewa lalu meninggalkan rumah Ummi. Luqman dinasihati oleh Ummi dan kakaknya. Akhirnya, hubungan dia dengan Nuqman beransur pulih dan dia pergi mendapatkan Mya Zara. less
Reviews (see all)
Ploy
Love it os much... Now I want to read "Meh, Sandar Pada Aku!"..
13freddie
Nice story... Jodoh dah tertulis
sarah
Ok jugak la...easy reading
cassafrass14
Cerita yang agak menarik.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)