Rate this book

Kau Sayangku (2000)

by Bikash Nur Idris(Favorite Author)
4.11 of 5 Votes: 4
languge
English
publisher
Alaf 21
review 1: I enjoy reading this book, gaya bahasa yang selamba, kelakar memang menarik minat utk terus membaca.. Kak su yang rekemen baca buku ni, siap bagi pinjam lagi, thanks so much. memang mengekek ngekek gelak biler baca. buku terus masuk my top ten list. congratulations Bikash Nur Idris. serba sedikit tentang citer nih.. kisah tentang Arisa yang sering diganggu Eddy sham yg syok kat dia, utk mengelak dari Eddy sham, Arisa buat cerita yg dia dah bertunang with someone yg bernama akif zamani. Things jadi huru hara biler tiba2 saja ada manusia yang bernama Akif Zamani who turns out to be her new boss.sangat suka dramanya kat tv. :)sure fine whatever
review 2: Tajuk buku : Kau SayangkuPenulis : Bikash Nur IdrisKeluaran : Alaf 21Halaman : 418 m/sUlasan Ain Sabrina : Ari
... moressa Nurailiz, gadis yang tampak gembira sentiasa, rupanya memendam masalah dan duka. Dendam makciknya, Marina juga kematian kembarnya , Ayana Nurailin sering membawa duka di hati Arissa Nurailiz. Kisah dimulakan dengan watak Eddy Sham yang seringkali cuba mengintai kasih Arissa. Arissa jelas menunjukkan rasa tidak senang hatinya dengan sikap Eddy namun Eddy masih tidak faham. Geram dengan sikap Eddy, akhirnya Arissa membuat cerita, kononnya dia sudah bertunang dan nama tunangnya Akif Zamani. Nama itu terkeluar dari mulut Arissa tanpa sedar sedangkan dia tidak pernah kenal sesiapa dengan nama itu.Arissa terperangkap dalam penipuannya apabila watak tunangnya tiba-tiba muncul apabila bos barunya bernama Akif Zamani. Mengetahui penipuan itu, Akif Zamani mengunakan kesempatan itu untuk membuli Arissa. Arissa dibuli terus-terusan sampaikan dia ada menyimpan niat untuk berhenti kerja namun niatnya tertunai apabila tiba-tiba Akif memecat Arissa.Rupanya segala tindakan Akif adalah untuk mengambil hati Arissa. Akhirnya kasih termetrai antara mereka. Namun kisah mereka banyak dugaan. Shareen, kekasih lama Akif yang juga anak saudara Makciknya, Marina cuba membuat onar sehinggakan Akif ditangkap basah dengannya. Tidak cukup dengan itu, juga ada kisah Arissa dicederakan sehingga dia hilang 2 bulan tanpa khabar berita. Dia muncul sebagai Anya yang lupakan segalanya tentang Arissa. Dengan berkat usaha orang sekeliling, Arissa berupaya mengingat kembali semuanya termasuk watak Eddy namun watak Akif masih kabur. Lalu kisah lalu berulang kembali apabila Akif terpaksa sekali lagi mengambil hati Arissa sedangkan Arissa makin rapat dengan Eddy. Mampukah kisah mereka dan kasih mereka kembali bertaut?juga kisah dendam Marina yang semakin berterusan.Komen Ain Sabrina : Buku ni antara buku yang paling saya suka zaman sekolah menengah. Pertama kali baca novel ini di asrama sekolah, pinjam novel ini dari seorang kawan. Selepas itu saya bagaikan angau dengan watak Akif Zamani sampaikan semua kawan-kawan satu bilik belajar di asrama dulu tahu. Dan untuk hadiah akhir tahun tingkatan 5 ada seorang sahabat saya ni hadiahkan saya buku ini. Memang manis kenangan buku ini. Novel ini turut dibuat drama siri di TV1 yang bertajuk Dari Mata Arissa.Sebab apa saya suka buku ini?-Ayatnya sempoi dan lebih kepada keremajaan, sesuai dengan jiwa remaja.-Banyak juga dialog dan kisah kelakar, lebih-lebih lagi kisah Arissa dengan Akif di saat awal perkenalan mereka.-Watak Akif Zamani dan watak Arissa Nurailiz yang percayakan antara satu sama lain dan sangat menyayangi keluarga kedua-dua belah pihak.-Kisah suka duka nya bercampur dan kisah dukanya tidak keterlaluan sangat memandangkan adanya watak Akif Zamani yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada Arissa. Kesimpulannya saya suka sangat kisah ini sebab watak akif zamani itu la ^^sehinggakan saya pernah buat post ini dulu - Comel Betul Akif Zamani !! less
Reviews (see all)
Lalderjaney
Best. Klaka giller. Most important of all, romantic! One of the to-die-for! Best! Best! Best!
ggg
mmg best..cinta arissa dan akif zamani...fuhh best la bila novel dibawa ke drama ni....
emilija
Arisa & Akif Zamani
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)