Rate this book

Cinta Pertama (2004)

by Norhayati Berahim(Favorite Author)
4 of 5 Votes: 4
languge
English
publisher
Alaf 21
review 1: Nurul Iman & Carl ZafranCarl Zafran..Baginya, semua perempuan adalah sama!Tidak boleh diberi muka dan dimanja, suka mengambil kesempatan dan menyakiti hati orang lelaki!Dia benci perempuan kerana dia benci mamanya!Terkesan kerana papanya dikhianati oleh mamanya..Semenjak itu, dia tak pernah percaya pada cinta..Baginya cinta tidak pernah wujud..Namun, sejak berjumpa Nurul Iman, dia yakin dan sedar..Nurul Iman dikaguminya dalam diam dan tidak sedar..Nurul Iman lain dari perempuan lain..Dia tidak pernah mintak apa-apa..Malah kalau dimarah pun, dia tetap akan tenang..Cinta sebenarnya masih kukuh di jiwa manusia, masih lagi luhur dan suci..Nurul Iman..Pertama kali dia jatuh cinta dan syukurlah cinta suci itu terus menjadi miliknya..Dia berharap cinta itu akan terus ab... moreadi..
review 2: Novel banyak mengimbau kenangan sebenarnya [bukan cerita cinta pertamaku ok!]. Ingat lagi aku baca CP ketika berumur 17 tahun. Eh, dah hampir tujuh tahun berlalu dan tak sangka jodoh dengan novel ini masih ada :D Walaupun aku beli hanya buku secondhand tak mengapa, apa yang penting kenangan itu yang tak mungkin bisa dibeli di mana-mana. Dan bila aku dapat je novel ni, sanggup aku tinggalkan novel lain hahahaNurul Iman [Iman] anak gadis yang cantik dan manis manakala Carl Zafran [Carl] pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda. Tetapi tak sangka jodoh antara berduanya masih panjang. Mereka bertemu lagi di Chazz Sdn Bhd, di mana Iman ditawarkan sebagai pegawai pemasaran di bawah seliaan Carl; pengurus syarikat tersebut.Carl lelaki yang sukar dijangka. Ada masanya lembut dan mesra tetapi ada masanya dingin dan beku. Dia memandang rendah akan kebolehan perempuan. Dalam masa yang sama dia menganggap semua perempuan itu sama jahatnya seperti ibunya. Dan sebab itu dia melayan Iman agak kasar.Projek pertama Iman menemukan dia dengan Pak Tabib atau Ayah Mad [Dr Rahmat], teman rapat keluarga Carl. Iman jadi senang dengan Pak Tabib. Hubungan mereka berdua semakin rapat. Pak Tabib kemudiannya memperkenalkan Iman dengan Pakcik Razali yang juga mahukan pemasangan CCTV di rumahnya. Saat itu Iman bertemu dengan Carl. Memang tak sangka yang Pakcik Razali itu adalah ayah Carl. Pertemuan yang tak disangka itu menimbulkan perbalahan kecil antara mereka berdua.Iman yang pergi outstation disangkakan merajuk. Carl susah hati. Dan di saat ini baru dia menyedari sudah ada cinta yang bertunas di hati. Sekuat hati Carl untuk mengetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Iman. Dari hari ke hari Carl makin berubah lakunya. Dia menjadi lebih mesra. Semuanya kerana Iman.Namun cintanya tidak kesampaian bila Iman ditunangkan dengan Muaz; kenalan rapat Dr Afifah; ibu Iman. Memang Iman tak mahu tetapi bila melihat Carl yang terlalu biasa, dia jadi segan. Disangkanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Tetapi siapa tahu luka di hati Carl? Carl terpaksa membawa diri apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya benar benar terseksa.. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?Iman cuba menyembunyikan rasanya. Dia kini menyandarkan semua harapan pada Muaz. Belajar untuk menyayangi dan menyintai bakal suami. Namun dugaan tiba lagi. Iman bertemu dengan Muaz yang keluar daripada bilik adik tirinya; Miza. Hatinya hancur. Dan ia lebih hancur apabila mengetahui yang Encik Ahmad bukanlah ayah kandungnya. Iman bertindak melarikan diri. Dan di rumah Pak Tabib dia mengadu.Pak Tabib kasihan melihat Iman yang tak henti-henti menangis. Sudahnya dia menghubungi Carl. Aku suka scene Carl memujuk Iman. Bukan setakat pujuk je siap buat sesi luahan perasaan lagi hik3 lalala5 :P Apa yang pasti kesudahan cerita ini memang best. Terlalu banyak kebetulan yang menjadikan cerita ini lebih manis. Untuk makluman novel ini sudah pun diangkat menjadi drama yang bertajuk ‘Tak Tercapai Akalmu’ dan pernah disiarkan di TV1.Ps: Beli online di Syida. Thanks. less
Reviews (see all)
blayblay22
Buku pinjam dari jiran. Lepas baca buku ni, bukak tv, RTM dah buat Drama. tapi lagi best baca buku !
Amiyah10
One of the best modern Malay love novels ever :) A bit slow , but packs a satisfying finish :)
Abigail
read this years ago... i think i quite like it .
dt833
SUper duper touching.best
Junhyung
best
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)