Rate this book

Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (2009)

by Abdul Latip Talib(Favorite Author)
4.33 of 5 Votes: 5
languge
English
publisher
PTS Litera Sdn Bhd
review 1: Kejam sungguh Hulagu Khan dalam misi menjadi penakluk aqung seperti datuknya. Semua musuh dibunuh tidak kira wanita, kanak-kanak dan orang tua. Tidak hanya setakat itu, wanita-wanita dijadikan pemuas nafsu dan negara yang ditakluk akan bermandi darah ekoran kekejaman Hulagu Khan dan tentera-tenteranya.Saya ada terfikir mengapa Hulagu Khan ditulis dalam novel sejarah Islam? Rupa-rupanya Pak Latip mahu menceritakan tentang kejatuhan Kota Baghdad yang begitu mudah ke tangan musuh. Apabila wujud pengkhianat agama, bangsa dan negara akan musnahlah sesebuah negara. Itulah pentingnya sifat amanah dan jujur pada setiap pemimpin. Jika seseorang pemimpin itu tamak dan gila kuasa, akan berlaku kerosakan kepada negara. Jika melibatkan akidah, ia akan memusnahkan masyarakat dan umat.Sa... moreya teringat kepada kata-kata yang lebih kurang berbunyi begini : "Musuh tidak laju tetapi umat Islam yang perlahan". Allahuakbar!Ditambah lagi dengan kejadian serangan Israel ke atas aktivis misi kemanusiaan ke Palestin sekarang. Tindakan mereka itu dikutuk keras. Tetapi sudah begitu sifat bangsanya. Lalu apa tindakan kita? Mari sama berdoa dan berusaha memboikot barangan yang berkaitan dengan Israel,,, Berapa ramai yang sedar dan mahu mengikutinya?...
review 2: Membaca buku ini membuatkan saya membaca semula resensi Rahsia Islam di China. Mahukan kepastian. Sudah ingat-ingat lupa. Jikalau tidak silap saya, bangsa Monggol pernah diceritakan klise sifatnya di China jikalau mahu dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan di Baghdad. Di China, pemerintahan Monggol dikenali dengan nama Dinasti Yuan. Mereka sangat percayakan orang Islam berbanding penduduk tempatan China sendiri sehinggakan banyak jawatan penting kerajaan diberikan kepada orang Islam. Sedangkan, kalau kita membaca buku Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ini, didapati seolah-olah tiada langsung ruang buat pemerintahan Monggol untuk menyenangi masyarakat Islam.Saya sentiasa percaya yang penyebab utama Hulagu Khan memusnahkan kota Baghdad yang lebih dikenali dengan kota 1001 malam itu bukan semata-mata mahu melaksanakan impian datuknya, Gengkis Khan. Mungkin itu faktor pendorong sahaja. Dia mahu menjadi penakhluk agung seperti datuknya. Pada zaman pemerintahan Gengkhis Khan, tembok China berjaya dirobohkan dan negara itu ditakhluki. Gengkhis Khan juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha penakhlukan kawasan-kawasan di Timur Tengah. Antara kawasan yang belum ditakhlukinya ialah Kota Baghdad yang dipimpin oleh Bani Abbasiyyah.Bani Abbasiyyah memerintah selama 508 tahun yang melibatkan sehingga 37 khalifah. Khalifah yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (640H-656H). Pada era Abbasiyyah, dunia Islam berkembang menjadi pusat perkembangan ilmu. Banyak para ilmuwan yang dilahirkan. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Hayyan, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Al-Khawarizmi dan pelbagai nama lagi hidup pada era ini. Ilmu-ilmu dari Yunani dan Parsi diterjemahkan. Perpustakaan Baitul Hikmah dibina. Penduduk Eropah datang ke kota Baghdad untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Pendek kata, Kota Baghdad pada masa itu bolehlah kita katakan sebagai world center of knowledge.Namun begitu, apa yang paling sadis sekali terpahat di dalam sejarah Islam, kota Bahgdad yang bagaikan world center of knowledge itu dimusnahkan 100% sehingga tidak boleh bangun-bangun lagi oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis. Saya tidak pasti samada Hulagu Khan itu buta huruf seperti daktuknya Gengkhis Khan . Tetapi yang pastinya, saya pernah mendengar, bangsa Monggol suatu ketika dahulu yang menakhluki Kota Baghdad itu ialah bangsa yang buta huruf.Apa yang membuatkan saya cukup tidak puas hati ialah kenapa Hulagu Khan dan konco-konconya ini sanggup memusnahkan semua buku-buku di Kota Baghdad. Kitab-kitab dibakar. Ada pelbagai versi yang saya dengar. Jikalau merujuk karya Pak Latip ini, abu-abu daripada kitab-kitab yang dibakar itu dibuang ke Sungai Dajlah sehinggakan hitam sungai tersebut. Ada juga yang saya dengar, semua kitab itu dibuang ke Sungai Dajlah sehinggakan dakwat daripada kitab tersebut menghitamkan Sungai Dajlah. Rumusan yang boleh kita buat ialah, oleh kerana terlalu banyak buku yang dimusnahkan dan dicampak ke dalam Sungai Dajlah, sungai tersebut sampai boleh bertukar warna. Saya tidak boleh bayangkan betapa banyaknya buku pada zaman itu.Mujur ada Era Uthmaniyyah menyusuli selepas itu. Jikalau tidak, mungkin 656H itulah tarikh terakhir umat Islam menguasai dunia. Tetapi, mungkin boleh saya katakan, walaupun Empayar Uthmaniyyah ialah sebuah kerajaan yang lebih hebat berbanding Abbasiyyah, namun dari segi kecemerlangan ilmu pengetahuan dengan kelahiran ramai para ilmuwan yang mencipta ilmu, kerajaan Abbasiyyah masih lagi mengunggulinya suatu ketika dahulu. Bahkan sehingga kini, umat Islam masih lagi tidak boleh berdiri sendiri dari segi penciptaan ilmu. Kita masih lagi dalam suasana copy and paste.Kemusnahan kota Baghdad menjadi titik mula runtuhnya semangat keilmuan di kalangan umat Islam. Walaupun secara lahiriah, tentera Monggol merosakkan kota Baghdad, membakar buku-buku, membunuh rakyat, memperkosa wanita dan lain-lain kejahatan lagi, tetapi jikalau kita betul-betul meneliti peristiwa itu, saya selalu berfikir begini, mungkinkah Hulagu Khan sebenarnya mahu mencabut akar ilmu dari umat Islam yang berpusat di Baghdad pada ketika itu agar umat Islam musnah 100%. Mungkin boleh saya katakan, walaupun buku-buku umat Islam yang dimusnahkan dan dicampak ke Sungai Dajlah, sebenarnya tentera Monggol juga berjaya mencampakkan sekali roh-roh cintakan ilmu di kalangan umat Islam ke dalam Sungai Dajlah.Adakah hanya Hulagu Khan yang terlibat di dalam konspirasi ini? Saya rasa tidak. Di dalam buku Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ini sendiri, penulis ada menyatakan Hulagu Khan membenci Islam kerana dihasut oleh puak Kristian Eropah. Isteri Hulagu Khan sendiri ialah orang Kristian. Kita perlu sedar juga, peristiwa kemusnahan Kota Baghdad ini berlaku setelah peristiwa Salahuddin Al-Ayubi menewaskan puak Salib di Hittin. Mungkin akibat masih ada dendam yang belum terbalas, maka Hulagu Khanlah calon yang paling sesuai untuk memusnahkan satu lagi kuasa Islam pada masa itu.Saya masih lagi berfikir-fikir tentang pemerintahan Monggol di China. Kenapa begitu klise sekali. Saya tidak pasti samada Mongke Khan iaitu abang kepada Hulagu Khan ialah seorang yang kejam atau tidak. Mungkin pemerintah Monggol yang memerintah di China ialah seorang yang baik dan mempunyai persepsi yang baik terhadap Islam. Hulagu Khan hanya memerintah di wilayah Parsi sahaja. Ada juga pemerintah Monggol yang baik seperti Berke Khan. Apabila sebut pasal nama Khan ini, teringat pula saya cerita Shah Rukh Khan yang ditahan di US kerana namanya yang ada Khan. Pada zaman ini, Khan ialah identiti untuk Muslim. Tetapi jikalau kita baca sejarah, Khan adalah nama yang sinonim dengan bangsa Monggol dan mereka bukan beragama Islam. Mungkin selepas itu, ramai orang Monggol memeluk Islam.Peristiwa Hulagu Khan di kota Baghdad perlu diambil iktibar dari pelbagai sudut. Mustahil bukan sebuah kuasa besar yang memerintah selama 500 tahun boleh musnah sekelip mata oleh satu kuasa yang buta ilmu pengetahuan jikalau mahu dibandingkan dengan Bani Abbasiyyah sendiri. Itulah sejarah. Bukan tidak pernah dikhabarkan oleh Allah. Jikalau kita melupaiNya, kita akan dibiarkan musnah.Wallahu alam less
Reviews (see all)
Ginger
baru kutahu asalnya Mongol dan Tartar. Recommended!!
samakeel
If you're interested in war, this should be it.
yasma123
good book !
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)