Rate this book

Muhammad Al-Fateh (2008)

by Abdul Latip Talib(Favorite Author)
4.52 of 5 Votes: 2
languge
English
publisher
PTS Publication
review 1: Saya sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Seorang yang berjiwa besar ingin menakluk kota Konstantinopel (Kota Istanbul kini). Berjaya menakluk Kota tersebut pada usia 21 tahun. Beliau seorang yang kuat beribadah, tawadhuk, zuhud dan mahir dalam ilmu peperangan sejak berumur 5 tahun lagi. kejayaannya menakluki kota Konstantinopel bertepatan dengan hadith RasuluLLAH yang berbunyi; "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibawahnya adalah sebaik-baik pasukan".(Al-Hadith Ahmad bin Hanbal. Setelah beliau berjaya menakluk Konstantinopel, beliau berjaya menakluk kawasan-kawasan sekitar seperti di bahagian Eropah Timur... more dan termasuk negara-negara Arab seperti Mesir, Hijaz, Yaman and so on. Beliau meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 49 tahun semasa beliau berada di puncak kegemilangan kerana diracun oleh seorang Yahudi yang memeluk Islam. Al-Fatihah buat Mujahid Islam ini..Allahuakbar!!~Wallahua'lam~
review 2: Lemahnya jiwa di kalangan umat islam hari ini adalah kerana mereka telah hilang semangat juang jihad dalam diri. Ini ingatan untuk saya juga yang selalu lalai. Barangkali ini juga yang menangguhkan kemenangan umat Islam hari ini. Mungkin kita boleh mengambil ibrah dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah monadonya adalah sebaik-baik pasukan. " (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000 tetapi semuanya menemui kegagalan. Kemudian Akhirnya pada 857 Hijrah, Allah mentakdirkan Kota onstantinopel berjaya ditawaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia ditawan pada ketika wujudnya pemerintahan yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik. less
Reviews (see all)
rEs
i love this book...i can imagine how clever he is..alhamdulillah..
Lucia1998
Menjadi idola pemuda -pemudi Islam
mark
awesomee...
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)