Rate this book

Cerita Cinta Ahmad Ammar (2014)

by Grup Penjejak Tamadun Dunia(Favorite Author)
4.52 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
KARYA BESTARI SDN BHD
review 1: semalam (26/2) terima buku ni pastu terus baca. terus tangkap leleh. lagi2 penulisan ibu allahyarham yg seperti bercerita kpd anaknya yg telah pergi.. sedih.. :'( malam td pun sebelum tidur teruskan lg pembacaan. kisah drp kakak allahyarham juga mampu meruntun hati hingga mengalirkan air mata.. semoga keluarga ini tabah & berterusan diberikan kekuatan iman & akidah. aameen.tapi tidaklah semua kisahnya berkisar tentang kesedihan, kisah drp sahabat2nya ketika kecil mampu mbuatkan aku ketawa terkekeh-kekeh.. heee.. lagi2 apabila Jeb berkata masa kecil dia suka gigit lengan allahyarham ahmad ammar kerana kemontelan beliau. hahah..so memang berbaloilah utk memiliki buku ini walaupun ada di antara isinya sudah ku baca sama ada melalui blog ustaz hasrizal mahupun di dalam akhb... morear :)
review 2: Bila melihat jumlah halamannya yang sebanyak 360 helai, saya sudah mula membilang-bilang hari yang mahu diperuntukkan. Mulanya mahu diketepikan sahaja, kerana ada buku yang lebih "senior" yang menuntut mahu dibaca dahulu.Tetapi, kisah manusia istimewa ini masih lagi hangat diperkatakan. Jadi sebelum ianya menjadi suam, buku ini saya baca dahulu. Dan saya punya sedikit harapan dan jangkaan sebelum membaca buku ini.Ternyata yang dibaca dan yang diharap tidak bertemu. Koleksi catatan kenangan orang-orang sekitar Allahyarham, hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjentik rasa. Sememangnya cerita daripada keluarga lah yang paling sesuai untuk dikongsi. Mereka lebih kenal, lebih rapat. Sumber pertama. Selebihnya, entah lah. Ada yang kenangannya seperti terlampau dicari-cari, kenangan yang dikongsi agak "biasa". Ada pula yang seperti tidak ada apa-apa langsung kenangan yang menarik. Ada pula seperti mahu "berlumba-lumba" menunjukkan dialah yang paling rapat, paling kenal dan paling sayang kepada arwah.Pandangan peribadi saya, ya.Bukan itu yang saya mahu tahu. Saya mahu cerita tentang Ahmad Ammar ini. Siapa lah saya untuk menafikan keakraban mereka, itu hakikat yang mereka sudah tahu.Mungkinkah kerana buku ini mahu dikeluarkan segera, tanpa mengambilkira kualiti, atau sekadar mahu mencukupkan syarat? less
Reviews (see all)
wazh
sungguh memberi inspirasi. Buku yang sarat dengan kesayuan emosi tetapi penuh semangat
bob
Baca...rasai...fahami...hayati... alfatihah buat allahyarham ahmad ammar....
ningzhi
pemergian ammar adalah kematian yang menghidupkan.
erioni04
Dunia tempat berpenat!!!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)