Rate this book

Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin (2009)

by Hasrizal Abdul Jamil(Favorite Author)
4.29 of 5 Votes: 3
languge
English
publisher
Galeri Ilmu
review 1: Kadang manusia punya pilihan,#1 Belajar dari pengalaman sendiri: Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia. Akan ada saja masalah/cabaran/ujian yang bersilih ganti. #2 Belajar dari pengalaman orang lain. Sama ada melalui pena yang tertuang dikertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.Kedua-dua pilihan berkongsi penghujung yang sama:Kisah & pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai. Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.Insaf. Sedar hidup sekadar pinjaman. Ehsan dan rahmat Tuhan.Ada sesuatu yang menanti selepas kematian. Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti. Sesuatu yang lebih tinggi. Lebih bernilai.Itu. Syurga dan redha Tuhan.Bacalah kisah penulis bermusafir di bumi Jordan dalam buku in... morei.p/s: Selepas kisah penulis di tanah ireland (Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu). Sekarang tengah tercari-cari kesempatan untuk membaca travelog penulis di bumi turki pula.
review 2: 4.5 bintang sebenarnya. Tidak mencapai 5 bintang kerana terasa "kembara" ini begitu singkat. Rasa tak puas. Perasaan mahu lebih lagi itu membuak-buak.Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal atas perkongsian pengalaman yang penuh bermakna ini. Walau buku ini tipis namun dalam mengusik emosi saya. Bercampur-baur perasaan saya sepanjang membaca buku ini. Rasa hendak menangis tetapi tak tahu mengapa. Ibarat perasaan itu wujud tidak semena-mena tanpa ada hujung pangkalnya. Mungkinkah saya sebegitu mendalami perasaan ustaz dalam coretannya ini? Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.Dan buku ini saya cadangkan kepada semua teman untuk membacanya. Bacalah dengan minda yang terbuka dan jiwa yang lapang. Ambil pengajaran-pengajaran penuh hikmah di dalam buku ini. Insya Allah, pengalaman orang kita jadikan tauladan dan sempadan agar diri ini menjadi lebih baik daripada semalam :)Akhir kata, saya sangatlah berasa puas hati menghabiskan bacaan buku ini sampaikan sanggup menunda sebentar kemelut menyudahkan PSM. Sekian, wasalam. less
Reviews (see all)
namu
Perjalanan hidup kita mesti dirancang tapi dengan izin Allah jua.
Ilovebooks1817
Membaca karya ini membuatkan daku teringat akan adik daku...
Azenett1214
seronok dgn kisah perjalanan ust hasrizal.byk membantu:)
Amani
Best!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)