Rate this book

Aku Terima Nikahnya 3: Murabbi Cinta (2010)

by Hasrizal Abdul Jamil(Favorite Author)
4.28 of 5 Votes: 4
languge
English
genre
publisher
Galeri Ilmu
review 1: Siri Aku Terima Nikahnya sangat-sangat bermanfaat, khususnya apabila kita dapat membaca perspektif yang berbeza tentang sesuatu isu (dalam siri ini kebanyakannya mengenai institusi kekeluargaan). Lebih baik lagi, penulis lebih banyak melontarkan persoalan retorik yang menyuruh pembaca berfikir, bukan sekadar 'makan suap'. Dan saya suka bahasanya yang kontemporari, yang memuatkan teori fikir dari Barat, bukan saja dari sumber-sumber al-Quran dan As-sunnah. Gabungan yang baik, bak kata orang, ialah ilmu orang muda dan hikmah dan pengalaman orang tua. (Tua bukan isunya, isunya pengalaman :P) Jadi buku ini sangat baik kerana menghimpunkan ilmu juga pengalaman penulis. Paling buat saya terkesan kali ini (sempena Ramadan) adalah isu berpuasa. Kata penulis, puasa itu bukan sekada... morer 'tidak makan kerana tiada makanan' tetapi puasa yang efektif dalam melatih nafsu ialah 'tidak makan bila ada segalanya untuk dimakan' atau dalam konteks lain latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri untuk mentaati Allah. Bila memerhati sudut fikir sebegini, baru terasa lebih berkesan, lebih-lebih lagi di musim raya untuk kita terus berkata 'tidak' pada makanan-makanan yang sekian banyak itu!Untuk bacaan semua.
review 2: Banyak sisi pandang dalam kehidupan yang kita sering terlepas. Sedikit sebanyak pengalaman mahupun teguran dari penulis membantu diri bermuhasabah. Pendekatan yang santai tetapi amat bermakna dikongsi bersama khalayak pembaca. Seperti buku-bukunya yang terdahulu Ustaz Hasrizal mengajak para pembaca berfikir melalui artikel yang ditulis ringkas tetapi padat.Saya tersentuh dengan cabaran mendidik anak di zaman global kini. Walau bagaimana cara sekalipun ibu bapa cuba untuk mengawal pengaruh hedonisme dan materialistik, ia tetap akan berlaku kepada anak kerana banyak lagi pengaruh luar yang berada di luar kawalan kita.Penulis banyak berkongsi kaedah dan pendekatan yang digunakan secara langsung dan tidak langsung dengan anak-anak. Apa pun saya lihat sifat SABAR adalah kunci kepada pendekatan mendidik anak-anak yang masih kecil.Saya tidak pandai mengulas lanjut mengenai buku ini tetapi saya syorkan kepada ibu bapa mahupun individu yang belum berumahtangga untuk dibaca sebagai panduan dan persediaan dalam meniti cabaran kehidupan hari ini dan akan datang. less
Reviews (see all)
Lish
murabbi cinta yg agung.. AllahuAkbar! Pengakhiran yg baik sekali! Alhamdulillah =)
Mary
cerita tentang.....
sue
mualim vs. murabbi
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)