Rate this book

Yes, Boss! (2011)

by Areila Sahimi(Favorite Author)
3.79 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)
review 1: Hamba akhirnya faham kenapa novel ini boleh diulang cetak sampai berbelas kali (salinan yang hamba miliki ialah cetakan ke-13). "Yes, Boss!" hamba kira sebuah pengalaman membaca yang menyeronokkan kerana Areila Sahimi sudah sememangnya arif tentang novel bergenre komedi romantik begini. Sesuatu tentang Areila Sahimi yang hamba suka ialah cerita yang ditintakannya adalah santai dan sempoi untuk bacaan ringan tetapi kita tetap berpuas hati setelah mendarat di muka surat akhir. Kita tidak akan dibawa untuk berfikir tentang apa-apa isu berat dengan sangat jauh tetapi kita masih boleh menyimpan bukunya di rak dengan senyuman di bibir. :-DDan sejujurnya, hamba menyukai Yes, Boss! lebih sedikit dari Baju Pengantin Mak Andam (yang hamba fikir agak mendatar) dan 2 X 5 (yang hamba k... moreira agak klise). Novel ini pun sebenarnya sedikit klise di sini sana (hero yang kacak bergaya + buaya + kaya = klise) tetapi penulis berjaya membuat hamba gembira sekadar membaca ceritanya yang tidak mendatar dan tidak membosankan.Cuma satu tentang Yes, Boss! yang hamba rasakan seperti tidak perlu dimuatkan pun dalam novel ini iaitu babak penculikan Aryana dan Ilham. Hamba tidak merasakan babak itu relevan untuk dijadikan titik peralihan hubungan Aryana dan Ilham tapi tentunya ini pendapat hamba sahaja. Penulis kan punya lesen besar untuk memandu cerita mereka ke mana saja yang mereka mahu (^_^).p.s Hamba tersedak air liur ketika membaca nama satu watak dalam Yes, Boss! - Jejai. Dan, hamba kemudian tergelak sendiri-sendiri di tengah malam kerananya. Huhuhu.
review 2: Novel yang ada di tangan aku ini merupakan cetakan yang kedua belas. Wah! Dahsyat sungguh penangan cik penulis comel-molek dari Perak ni. Tahniah ;)Masih mengekalkan genre romantik komedi yang aku kira satu kelebihan buat penulis. Mana taknya garapan novel bergenre sebegini mampu membuai pembaca yang gemarkan gaya penulisan yang santai terutamanya kisah cinta tanpa dialog yang terlalu berbunga-bunga. Dengan gayanya yang tersendiri iaitu ringkas dan segar, Areila Sahimi berjaya menghiburkan kelompok pembaca muda belasan tahun dan 20an [termasuk aku la tu kih5]. Aryana menjadi setiausaha atas desakan ibu saudaranya yang tidak mahu dia terus menganggur. Dia ‘bertemu’ Ilham, majikan yang pada mulanya tak begitu berkenan dengan pilihan ayahnya. Ilham mahukan secretary yang stok edisi model terhad, tetapi dapat pula si gadis ayu berbaju kurung. Pada mulanya Ilham layan tak layan je dengan Aryana tetapi lama-kelamaan dia suka pula dengan Aryana kerana setiausahanya tu ‘rajin’ cover line setiap kali dia mengular. Tak terkecuali Aryana pandai melayan dan memujuk teman-teman wanitanya yang di keliling pinggang tu. Namun dalam diam, hati Aryana terpaut dengan bosnya sendiri. Perasaannya kacau-bilau bila Ilham mahu bertunang dengan Mellina. Aryana makin tak senang duduk bila mengetahui yang Mellina sebenarnya berkomplot dengan Jefri untuk menghancurkan syarikat Ilham. Bila saja Aryana menyatakan hal sebenar, Ilham berang. Dia menyalahkan Aryana yang mencemburui hubungannya dengan Mellina.Sakit hati, Aryana memecat dirinya sendiri. Merajuk dan menghilangkan diri di kampung. Ilham mula rasa kehilangan. Dia kini sedar yang dia lebih memerlukan Aryana daripada Mellina. Namun Ilham perlu bersaing dengan Udin, bekas mat rempit di kampung Aryana yang sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka itu? Hanya novel ini ada jawapannya.Novel ini disampaikan dengan mudah. Cuma kehadiran Udin yang muncul secara tiba-tiba untuk menagih cinta Aryana tak begitu mengesankan. Wataknya seperti sengaja dicipta untuk memenuhi storyline. Sekali gus mencetuskan unsur antiklimaks kerana kita sudah boleh mengagak penamatnya. Betul tak?Tahniah sekali lagi kerana tersenarai dalam kelompok 20 calon akhir bagi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian [karya Bahasa Melayu laris sepanjang 2011]. Ha, para peminat bolehlah membuat undian bermula 1 Jun – 1 Julai 2012 :) less
Reviews (see all)
fuzz123
mmg best! good job writer. sememangnya areila mmg tiptop dlm komedi-romantik.
Chris
jalan cerita ok, penyampaian tak berapa..boleh la baca
ichdu
Memang terbaik dari ladang,
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)