Rate this book

NGERI (2011)

by Gina Yap Lai Yoong(Favorite Author)
3.43 of 5 Votes: 2
ISBN
967103845X (ISBN13: 9789671038451)
languge
English
publisher
Buku Fixi
review 1: Awesome book by Gina Yap Lai Yoong. Buku ni mengisahkan tentang 3 sahabat Sam, Rehan dan Joanne yang sedang menuntut di universiti dalam bidang perfileman. Untuk semester tersebut, mereka perlu membuat skrip sebagai projek utama mereka. Konflik dalam buku ni bermula apabila skrip yang bertemakan pembunuhan kejam yang dihantar oleh mereka mirip dengan siri pembunuhan yang berlaku...SPOILER.. Bila baca pasal pembunuhan yang unik, aku teringat dengan drama series Hannibal sebab cara pembunuhan dalam drama tu pun sangat unik. Aku dah boleh agak siapa pembunuh dalam buku ni. Tapi aku terkejut bila Rehan bersubahat dengan Leo untuk membunuh sebab penulisa tak bagi hint untuk watak Rehan tu. Agak NGERI bila aku baca cara mereka melakukan pembunuhan tu sebab sangat detail penulis ... moredescribe cara dan bagaimana mereka dibunuh. Peminat thriller books, you should read this book.Gina, you deserve to be titled best seller novelist :D
review 2: Agak lama aku mengambil kira pertimbangan untuk membaca NGERI ini. Kerana? Bagi orang yang takutkan kisah mistik dan thriller macam aku ni, NGERI memang mengerikan. Sebab, aku akan terbayang setiap kali berlakunya pembunuhan ngeri! Puas aku cuba untuk menghapuskan bayangan ngeri setiap kali berlakunya kejadian yang seram, ngeri, menyakitkan, seksa dan sewaktu dengannya. Cumanya, aku kurang berkenan dengan tulisan perbualan telefon dan email dalam kotak-kotak tu. Agak memeningkan.Dan juga, setiap kes bunuh itu tidak diterangkan secara terperinci. Tapi, NGERI boleh dikatakan terbaik!Jalan cerita yang mana, aku kira, memang kreatif habis la. Tanpa disangka-sangka orang mana yang terlibat sebenarnya. Tapi aku dah dapat agak siapa dalangnya bila melihat akan kesungguhan si pembantu profesor yang bersemangat komen tiap kali group Sam submit esaimen mereka. Kisahnya, di mana setiap kumpulan harus menyiapkan filem pendek yang mana harus melalui 4 peringkat. Kumpulan Sam yang terdiri daripada Rehan, Sam dan Jo menghadapi masalah bilamana setiap kali menghantar skrip kepada Prof.Bazri untuk disemak, Prof akan menolak habis-habisan. Masakan tidak, bagi Prof, idea dari kumpulan mereka agak tidak masuk akal, tidak logik dan realistik. Nak dijadikan cerita, kes pembunuhan pertama telah terjadi mengikut skrip pertama iaitu Pembunuh Ais Beku. Mangsa ialah, anak perempuan kepada si penjual burger yang Sam telah mengamuk pada satu malam.Kes pembunuhan kedua ialah, Pencinta Pinocchio. Mangsa, Jack, si lawan Sam untuk perlumbaan haram. Kematian Jack memang mengerikan! Dan, Prof.Bazri mulai curiga dengan kes-kes pembunuhan ini yang mana betul-betul mengikut skrip yang dihantar oleh kumpulan Sam. Masuk kes ketiga, sekali lagi sama dengan skrip Harta Karun Manusia. Badan mangsa dikerat-kerat dan disembunyikan di tempat yang berbeza. Untuk skrip terakhir iaitu Terperangkap Dalam Rumah, sekali lagi Prof.Bazri menolak. Lantas Rehan menyumbang idea secara drastik iaitu menculik Prof.Bazri namun dilepaskan secara baik oleh Jo. Malangnya, sekali lagi Prof.Bazri diculik dan dijadikan bahan ujikaji mengikut skrip Terperangkap Dalam Rumah dan menemui ajal dengan cara yang sangat sadis.Sam, Rehan dan Jo ditangkap polis. Lalu bagaimana mereka boleh terlepas? Jawapannya, ada di dalam NGERI! ;)P/S; Aku kira, kalaulah kes-kes sedemikian betul-betul berlaku di Malaysia, mahunya geng-geng CSI Horatio, Mac Taylor datang sini tolong PDRM kita. Hahha. less
Reviews (see all)
jessica
Ceritanya blh diramal. didn't come off to me as a surprise. but i like how the story was told.
marijoserales
Cerita ni x expect sape yg buat kerja ni..bila dpt tau..x expect plak ad rakan subahat
shantels
Penceritaan yang kemas tapi kalau ada lebih plot twist mesti lebih mengujakan.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)
Other books by Gina Yap Lai Yoong