review 1: My first attempt at reading a malay novel with more than 1000 pages. Took me days because of other commitments. But, it definitely worth every word. A story divided into two (or can even say, three, actually), very well-plotted and connected, and might be one of very few malay novels that kept me hooked even when i was not reading it. I kept remembering the characters in it even when i was at work, so that is saying something, heh... Love the cute teasing lines, mesmerized by the beautiful poems, amazed by the handful of islamic lesssons in it. I like how Adra matures up from spoiled missy into smart woman, very much. Good job Maulana! Heh... And i even talk in slang utara in my head sebab terikut-ikut dengan ayat Maulana Iqbal mengusik wife dia, comel betul la... Hehe... ... moreAll in all, it is definitely not an empty read. And not boring either. All 1000+ pages of it. And at some point, it did make me think of niqab and sekolah pondok in new, refreshing perspectives, and that is not easy to do... Thank u dear writer for sharing such a wonderful story. May the ideas keep flowing, insha Allah... :) review 2: Semua orang pakat kata cheghita ni baguih. Mmg baguih pun. Lagi baguih kalau masuk telebesen. Ahaks, disebabkan novel ni berlatar belakang Pulau Sayak dan byk dialog dlm loghat kedah jadinya Cik Pah akan review dalam loghat Kedah juga. Tunggu sat noh, tak habis baca lagi. Biaq Cik Pah perabih dulu naaa----------------@@@@@@@--------------------Ok dah habis baca dah. Best sangat cerita ni. Banyak pengisian dan pengajaran. Cerita seorang maulana yang bernama Iqbal mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum daripada dipindahkan jauh dari laut untuk pembangunan hotel. Iqbal dalam dilema antara menolong papanya Datuk Salam yang hampir muflis atau anak yatim yang telah lama tinggal di tapak asal tanah pusaka datuknya. Walaupun papa tidak pernah membela dan mencurah kasih sayang, Iqbal masih kasih pada papa. Iqbal hanya menumpang kasih pakngahnya Pak Harun. Sebenaqnya ada kisah silam antara papa dan pakngah. Ibu Iqbal adalah kekasih Pak Harun tetapi dicaras abangnya,Datuk Salam. Apabila Fatehana meninggal dunia, Iqbal ditatang dan menjadi anak susuan isteri Pak Harun. Dan cerita ini akan berulang kembali kepada Iqbal dan adiknya Rafiqi. Untuk memujuk Iqbal memindahkan Darul Ulum, Adra Liyana(Rara) anak Tan Sri Hanif ditugaskan untuk berbincang dengan Iqbal. Dah la masuk kampung, masuk pulak kawasan tahfiz, tapi mak ai, pakaian seksi meksi tak hengat. Bincang cara elok tak jalan, Rafiqi kekasih hati Rara merangkap anak Datuk Salam dengan Datin Zara buat rancangan nak perangkap abangnya Iqbal. Rancang yang lain, yang lain pulak yang jadi sebab ada pihak ketiga yang tambah rencah. Jatuh air muka seorang maulana apabila Iqbal ditangkap basah dengan Rara. Antara keluaq daripada Pulau Sayak iaitu harapan Pak Abu bendahari masjid yang tak sukakan Iqbal atau Iqbal perlu berkahwin dengan Rara. Pak Abu ni alkisahnya sakit hati dengan Iqbal sebab Iqbal teguq dia supaya berkahwin dengan janda Esah bila nampak depa bermukah. Akhirnya lepas bermujahadah dan beristiqarah, Iqbal pilih untuk berkahwin dengan Cik Adra.Bagi pihak Adra pula dia terpaksa kahwin juga dengan Iqbal sbb nak bantu daddy. Konon bertaruh dengan kawan baiknya Juita nak terbangkan serban Iqbal. Mmg betoipun terbang serban Iqbal lepas ijab kabul hinggap ke kepala Adra. Amek hang. Pakai baju pengantin bertudungkan kain serban. Keh keh.Cik Pah suka cara Iqbal mendidik bini dia. Perkara utama lepas berkahwin, dia jaga aurat bini dia. Lepas tu check solat bini. Perbetoikan cara solat dan bacaan. Walaupun Rara berkasaq, Iqbal masih boleh tersenyum dan kadang-kadang melawak dengan bini dia yang masih keanak-anakan dan manja.Bukan senang oi nak didik anak dara Tan Sri Hanif ni. Ketegaq sungguh. Ada dua cara dakwah iaitu cara taghrib atau tarhib. Tetapi untuk Adra Iqbal gunakan cara taghrib untuk pujuk bini dia yang ketegaq tak mau pakai tudung. Iqbal tau, dengan dia sahaja Adra pakai tudung kalau keluaq rumah, time dia tak dak, selamba ja Adra pi jogging kat pantai tanpa tudung dan kadang2 pakai seluaq bermuda tshirt ketat. Kesian kat Iqbal nak tepis sidir2 orang kampung tak boleh didik isteri, dah la berita depa kahwin sbb tangkap basah Pak Abu canang satu kampung. Lama2 orang kampung tak mau dah Iqbal mengajaq dan memberi tazkirah kat masjid. Dah la tertekan dengan orang kampung, ada juga budak2 tahfiz yang berhenti sbb tak mau bergurukan Iqbal. Masalah pemindahan Darul Ulum pun tak selesai lagi. Akhirnya Iqbal mengambil keputusan nak pi dakwah ke Zurich. Rafiqi pula memang tak dak hati dengan Rara, lepas tangan dan berlapang dada dapat lepaskan diri daripada berkahwin dengan Rara. Namun Allah pautkan hati dia dengan Sumayyah, gadis berniqab merangkap sepupu dia anak Pak Harun , adik susuan Iqbal. Gadis bermata hazel ini pandai menulis sajak syair. Melalui diari yang tertinggal, Rafiqi berubah tingkah dan insaf. Masih banyak konflik yang berlaku sebelum sampai titik bahagia. Apa yang berlaku kat Darul Ulum? Pak Abu yang banyak dosa dengan orang kampung dan Iqbal, apa pengakhirannya? Siapa dalang yang memerangkap Iqbal dan Rara. Ikutilah cerita mereka pasangan bluetooth USB(Iqbal Rara) dan pasangan bulan bintang (Rafiqi Sumayyah) dalam Ya Maulana. Best! less