Rate this book

Dah Jodoh (2012)

by Iman Nizrina(Favorite Author)
3.71 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
review 1: Mood membaca down~~sebab ada satu buku yang sangat sayang nak dihabiskan pembacaannya~ too beautiful to be ended (pelik). Jadi memberhentikan pembacaan sehingga ketemu buku ini. Ringkas~nipis je 400++ ms,terfikirkan mungkin boleh 'boost' mood sementara.~~Cerita kahwin (ter)paksa, tapi tak ada adegan benci-membenci. Bagus! Nuqman dari awal memang karakter dia suka mengusik, memahami dan gentleman (gitu) tapi kemudiannya jadi seorang yang lebih manis (romantik) dan cepat marah (mungkin juga kuat cemburu) lebih-lebih lagi apabila watak Hasni muncul. Yang paling tak boleh blah, bukan setakat Nasira kena marah, mak dia sendiri pun dia buat muka. Cess...hilang cool. Macam budak-budak (boleh tau umur dia berapa dalam novel ini? sebab macam tak dinyatakan).Saya perasan sejak awal... more mereka berdua ni sudah ada hati satu sama lain-- too obvious. Tapi macam masing-masing lambat sangat nak jadi macam pasangan normal. ~ but I'm cool. Baca je sampai ending.Kalau tengok latar masa dapat agak mereka kahwin hampir setahun rasanya. 6-7 duduk rumah mertua, lepas itu berbaik dengan mak ayah Nasira, 2-3 bulan lepas tu baru nak buat kenduri. Alahai~rasa macam sekejap je pun.Keseluruhannya saya boleh kata novel ini tak membosankan sangat (walaupun ada orang kata pet names tu nampak ~eww. Yes! Setuju...bahagian tu saya setkan di otak, B-Nuqman> Abang ; Love-Nasira> Sayang.) Memang seksa nak bayang mereka tuturkannya. Tabahkan mata membaca.
review 2: Nasira dan Nuqman bertemu sewaktu mereka berdepan krisis dengan pasangan masing-masing. Pertemuan Nasira dan Nuqman di rumah Hasni (bakal tunang Nasira merangkap kawan baik abang Nasira) membongkar cerita kecurangan Hasni dan Zura (tunang Nuqman). Namun, belum hilang kisah kecurangan Hasni dan Zura, Nasira dan Nuqman pula yang ditangkap kerana berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.Kesian Nasira, belum pun sempat membela diri, keluarganya dah menghentam bertalu-talu. Mereka terlalu percayakan Hasni berbanding Nasira. Mujurlah Nuqman tak lepas tangan dalam hal ni. Dia sanggup melamar Nasira secara beradat untuk dijadikan isteri. Cuma keluarga Nasira yang agak payah nak menerima keaiban yang kononnya telah diconteng ke muka ahli keluarga mereka. Huh, memang geram juga dengan keluarga Nasira ni sebab lebih percayakan kata-kata Hasni berbanding kata-kata Nasira.Mujurlah keluarga Nuqman memahami dan menyokong tindakan mereka berdua ni. Malah layanan mereka terhadap Nasira pun melebihi layanan keluarga Nasira sendiri. Cuma bila perkahwinan tanpa rela terjadi dalam sesebuah novel rasanya kita dah boleh agak kan ke mana arah hubungan antara kedua hero dan heroinnya?Konflik pun tidaklah berat sampai tahap kita nak lempar buku ke longkang. Hehe. Cuma setakat gangguan-gangguan kecil daripada Hasni dan Zura yang pada pendapat saya tak beri impak pun pada hubungan antara keduanya. Sebab penulis banyak menyelitkan cara mereka menyesuaikan diri dan merapatkan hubungan mereka. Jadi bila datang 'makhluk pengacau' berdua tu tak nampak hubungan Nuqman dan Nasira bakal goyah disebabkan gangguan mereka tu.Komen saya: Ini pun salah satu e novel yang saya ikuti di blog penulis. Karya yang agak santai tanpa konflik yang menyakitkan kepala. Tahniah Iman untuk kelahiran buku terbaru ni. :) less
Reviews (see all)
Joey_Mae
Sweet & romantic moments antara Nasira dan Nuqman. Cinta selepas berkahwin di zaman moden.
Candice
actually xde la xbest cite ni tp 1 je masalah MB.. pov dia xsedap bila baca... hehehe
mayra
Like it......2thump up....X banyak konflik & jln cerita yg santai
charliebear
just finished my reading. i give 4.5/5
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)