Rate this book

Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin (2012)

by Nisah Haji Haron(Favorite Author)
4.4 of 5 Votes: 4
languge
English
publisher
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
review 1: Pada mulanya saya kurang pasti apa yang membuat saya tertarik untuk mengambil naskhah buku ini di rak buku di asrama setelah hampir 3 bulan dibeli. Dan saya tak sangka yang buku ini berjaya dihabiskan bacaannya kurang dari seminggu! Ulasan Pak Samad tentang buku ini benar-benar menjentik suatu perasaan yang aneh.Sejak itu saya mula larut 'mengembara' bersama Kak Nisah dari awal hingga akhir dengan perasaan teruja yang luar biasa. Bermula dengan persediaannya yang cukup teliti, rasa kagum terhadap keberanian Kak Nisah mengembara secara solo mula terbit perlahan-lahan. Ia sangat luar biasa. Bukan mudah bagi seorang wanita muslim mengembara secara solo walaupun masih bujang, apatah lagi bagi seorang isteri dan juga ibu kepada 5 orang anak seperti Kak Nisah!Lapangan Terbang Sc... morehiphol, Amsterdam ternyata sangat istimewa dengan muzium seni dan perpustakaannya. Tak lupa juga pada tulipnya. Setelah sampai di Birmingham, Kak Nisah melawati Stratford-upon-Avon yang merupakan tempat kelahiran Shakespeare. Mama pernah ke sini semasa belajar di UK! Sampai di Manchester, saya terpana sebentar dengan nasihat Kak Nisah kepada saudara Shahkang Aizat yang beliau temui di sana. Katanya, "Sebuah cerpen yang tidak bagus, tetapi siap adalah lebih baik daripada sebuah cerpen yang kononnya bagus, tetapi tidak siap-siap!"Lawatan ke Lake District membuatkan saya kembali tercari-cari memori dengan seekor arnab semasa masih kanak-kanak dalam buku The Tale of Peter Rabbit. Lawatan ke Edinburgh memberikan maklumat baharu buat saya tentang pengiktirafan "Kota Sastera" oleh UNESCO. Lawatan ke Dublin mengingatkan saya kepada watak Leprachaun yang comel. Dan kembara Kak Nisah diakhiri dengan pertemuannya dengan seorang sahabat penulis iaitu Kak Ira atau Puteri Al-Insyirah di Coventry. Apa yang menarik, tarikh pertama kali mereka bertemu di DBP ialah tarikh saya dilahirkan; 5 Jun 1992!Saya cuma menyebut beberapa tempat yang dikunjungi Kak Nisah sepanjang tempoh pembacaan yang tak sampai satu minggu. Sedangkan beliau berjaya melawat lebih kurang 11 buah tempat di UK dan Dublin (Ireland) dalam masa 11 hari secara solo! Di akhir pengembaraan Kak Nisah, saya menemukan semacam persamaan yang sukar diungkap seperti mana yang saya rasakan pada setiap kembara yang pernah saya lalui. Walaupun ya, tempat dan situasinya cukup berbeda, namun kembara tetap kembara bukan? Kita seringkali menemukan sesuatu yang sangat bernilai dalam setiap kembara. Entahlah. Saya memang tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Mungkin perlu lalui sendiri pengalaman sebuah kembara yang terlalu berharga itu.Kesimpulannya, buku ini ternyata berjaya menambahkan dos semangat untuk mengembara lagi. Saya teringin benar mahu menjejakkan kaki ke UK atau sekurang-kurangnya ke London. Seringkali saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada di sana sehingga terlahirnya buku ini dan buku-buku seperti Ibu Melayu Mengelilingi Dunia, Warkah Eropah dan Aku Melayu di Kota Inggeris walaupun belum sempat membaca semuanya. Saya juga ternanti-nanti karya 10 penulis muda yang ditaja oleh ITBM dalam program Kembara Penulis Muda ke London pada bulan Mac tempoh hari lebih-lebih lagi kerana saya mengenali 3 orang daripada mereka. Moga kesempatan itu akan tiba suatu hari nanti dan moga Allah murahkan rezeki saya untuk ke sana. Amin.Kak Nisah, you are such an inspiration! :)
review 2: Bukanlah bermaksud saya menjadi watak sampingan dalam catatan ini menyebabkan saya meletakkannya sebagai lima bintang. Saya suka dengan cara kupasan penulis. Ternyata kembaranya sudah disusuli terlebih dahulu dengan bacaan terperinci tentang tempat yang mahu dilawati. Meskipun saya punya kebolehan untuk mengembara ke tempat-tempat tersebut (kerana belajar di sana), tapi saya pasti tidak dapat mengupas khazanah sastera yang ada di sepanjang perjalanan. Itulah perbezaan kembara Nisah Haron dengan kembara penulis-penulis lain. Ketinggian ilmu sastera miliknya menjadikan kembara ini bukan semata-mata kosong dan makan angin. Ditambah dengan gambar berwarna dan ilustrasi lain, buku ini sememangnya menggamit sehingga ke muka terakhir. Kebolehan pengarang menggambarkan suasana dengan baik menyebabkan pembaca terpanggil untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dilawatinya. (Sebagai bukti, saya sudah pun melawat Cambridge sesudah membaca karya ini kerana teruja dengan laporan penulis. Teringin juga ke Hay Festival dan melihat pekan kecil yang dimaksudkan tapi belum berkesempatan.)Tahniah kepada penulis dan penerbit ITBM. Coretan ringkas. less
Reviews (see all)
babygirl
buku ini memberi inspirasi kepada saya untuk lebih mencintai buku dan ilmu pengetahuan.
Ana805
Best. Rasa mcm nak pegi sume tempat yang ada kat dalam buku ni.
anu
Tiada apa yang dapat dikatakan, buku ini sangat menarik!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)