Rate this book

Kelahiran Lain (2011)

by Shafiq Halim(Favorite Author)
3.7 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Jargon Books
review 1: Dengan kulit depannya yang menyeramkan, buku ini membuka sebuah pintu kedalam dunia yang kelam, gelap, melintasi metafizik serta penuh surreal. Aku sukakan pengisiannya. Sebuah nilai imaginasi yang mahal. Berbaloi untuk harga rm25 yang aku bayar dari toko buku Makalah di Shah Alam Seksyen 7. Walau bagaimanapun, lenggok bahasanya agak kekok. Ia kedengaran seperti sebuah buku bahasa inggeris yang disalin ke bahasa melayu. Bukannya aku tidak suka, cuma ya, ia agak janggal untuk seorang pembaca yang baru seperti aku.Sepuluh cerpen, sepuluh kelahiran. Akan tetapi, tidak pula disebut siapa penulis untuk setiap cerpen. Disini aku akan menghuraikan setiap persatu;Kelahiran 1 - Sebuah mukadimah yang mencelik mata. Ada beberapa bahagian yang aku kurang faham. Tetapi rumusnya, ia per... moregaduhan antara dua watak (kekasih?) dan serta monolog-monolog yang mendalam.Kelahiran 2 - Tentang seorang lelaki yang bertuah dan nafsunya terhadap sajak. Maksud aku bertuah disini adalah kerana cerpen ini diselitkan sekali dengan unsur erotik. Agak menarik apabila penulis mencampurkan dua unsur ini sampai sebati.Kelahiran 3 - Yang ini sampai sekarang aku belum faham. Ia seperti membaca skrip drama, atau apakah ia? Anehnya, didalam penuh ketidak fahaman ini, aku temui cerpen ini menarik sekali. Kadang-kala sesuatu yang absurd juga bisa jadi suatu ganja.Kelahiran 4 - Perihal seorang lelaki yang pulang kekampung. Ia seperti membaca sebuah diari. Itu saja.Kelahiran 5 - Adakah mimpi berkait rapat dengan realiti? Begitulah persoalan yang dilontarkan didalam cerpen ini. Mimpi yang aneh, kupu-kupu hitam serta soalan peperiksaan yang ganjil bermain-main didalam kepala dengan penuh liar. Inilah yang terbaik daripada 10 cerpen yang ada.Kelahiran 6 - Permulaannya, pertengahannya, dan pengakhirannya seperti ada lubang hitam dicelah. Aku tidak tahu bagaimana kuharus katakan, tetapi terasa plotnya mempunyai rompong yang begitu mencekik. Apa-pun, penutupnya harus diberi tepukan yang gemuruh.Kelahiran 7 - Aku rasa tidak banyak yang ada untuk dihuraikan untuk cerita ini. Obsesi seksual seorang lelaki dan perspektif terhadap kematian. Penutupnya juga begitu mengesan.Kelahiran 8 - Dialog antara Perempuan Hujan dan Perempuan Bulan. Dua entiti abstrak.Kelahiran 9 - Aku rasa ini pasal budak yang nak menyertai demonstrasi. Rasanyalah.Kelahiran 10. Satu-satunya cerpen Inggeris didalam buku ini. Pada mulanya aku agak bosan menghadamnya kerana bahasa inggerisnya, aku amati, terlalu boombastik. Bait-baitnya penuh warna-warni. Tetapi didalam cerita ini berkembang, kita temui sebuah cerpen yang luar biasa sama sekali.Begitulah ulasan tidak professional yang aku mampu beri. Semoganya mereka akan meneruskan menulis demi kemajuan Bangsa, Agama, dan Negara.Cewah!
review 2: aku berpuas hati dengan cara pengolahan buku ini secara keseluruhannya.. sepuluh cerita disajikan dengan pengolahan berbeza daripada para penulis.. terdapat juga sebuah cerita yang dipelbagaikan versinya dalam satu kompilasi, pada aku unik dan menarik..cuma aku agak kesal akan tajuk yang sama iaitu kelahiran lain dari nombor satu hingga sepuluh dan tidak dinyatakan nama penulis yang menulis cerita tersebut, walaupun ada nama penulis tetapi cerita yang mana satu penulis karang tidak diketahui..mungkin editor mahukan susunan sebegitu, tidak dapat dipastikan.. keseluruhannya, ia merupakan suatu buku yang enak untuk ditelaah.. less
Reviews (see all)
sarahheady
Separuh aku suka, separuh tak berapa masuk cerita. Ada masa aku ulas lagi.
lornamae
Kelahiran 3 sudah aku koyak-koyak sampai lunyai
Ranjanivr
aku boleh baca kelahiran tiga ni banyak kali.
violetstar
Segar..itu sahaja aku dapat komen..
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)