Rate this book

7 Hari Mencintaiku (2011)

by Siti Rosmizah(Favorite Author)
3.03 of 5 Votes: 10
languge
English
publisher
SR Publication (001923822-M)
review 1: Maaf... tapi aku tak 'paham':i) Tak 'paham' dengan segala watak antoganis yang berduyun2 dlm naskah ini.ii) Tak 'paham' dengan watak Mak Leha yang x pernah diberi cahaya keinsafan biarpun bermacam petunjuk dan tragedi demi tragedi yang berlaku dalam keluarganya.iii) Tak 'paham' dengan watak Mia yang di-twist-kan 360 darjah (mulanya jahat ya amat, last2 jadi watak adiwira pula).iv) Tak 'paham' dengan watak Khuzairi yang terlalu di-putih-kan, namun berkali-kali dipandang terlihat betapa tebal kedayusannya sebagai seorang lelaki/suami. Memang aku tak 'paham'....
review 2: Cuti raya selama dua minggu ternyata tidak memberi hamba 'bonus' masa yang cukup untuk menulis review novel ini yang sudah lama tertangguh. Jemari hamba juga terasa beku untuk menaip reviewnya, m
... moreungkin kerana novel ini secara purata menerima empat bintang dari pembaca lain. Dan, perlu kiranya hamba memberitahu ini sekadar pendapat peribadi hamba yang baru pertama kali 'berkenalan' dengan tulisan Siti Rosmizah.Baiklah, pertama-tama hamba menyukai kisah kekeluargaan dalam novel ini. Siti Rosmizah tidak menyajikan sebuah kisah kahwin-paksa semata-mata tetapi juga kisah kekeluargaan yang hamba pasti sangat biasa (atau paling tidak pernah) kita dengar dan lihat di sekeliling kita. Konflik suami-isteri, adik-beradik, menantu-mertua, anak-ibu/ayah, semuanya sedia terhidang dan itulah yang hamba kira menjadikan 7 Hari Mencintaiku istimewa dari novel-novel lainnya.Namun, hamba tidak merasakan plot novel ini perlu ditarik sebegitu lama dan panjang seakan-akan drama TV. Hamba kurang gemar apabila novel ini membuat hamba merasakan kembali perasaan 'lelah' menonton drama/sinetron/telenovela yang panjang dan meleret-leret. Ini mungkin jatuh pada pendapat peribadi hamba saja kerana hamba sudah lama 'pencen' mengikuti drama/sinetron/telenovela dan hamba pun tidak sebegitu gemar lagi menonton TV (selain perlawan bola sepak tentunya :-P).Selain itu, gaya bahasa dan susun kata yang digunakan penulis juga tidak begitu mengesankan pada hamba membuat hamba kadang-kala sekadar membaca ayat yang tercetak dengan mata tetapi tidak merasainya dalam hati (cheewah! :-P). Mungkin juga, hamba saja yang tidak tahu menghayati dan tidak memahami cara penulis memberi perasaan melalui tulisannya.Walaubagaimanapun, hamba sangat kagum dengan Siti Rosmizah. Menulis dan menyiapkan sebuah buku setebal 500 muka surat saja pun bukan tugas yang mudah, inikan pula sebuah buku dengan muka surat lebih seribu. Tahniah untuk itu. Memang mengagumkan! (^_^)p.s Jika ada acara memilih heroin yang perlu disekeh laju-laju selama satu jam, Mia Adriana pastinya berada dalam kelompok tiga teratas pilihan hamba. Geram!Dan, jika benar lelaki sesabar Khuzairi wujud di muka bumi ini hamba dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa hamba akan menghantar mak dan babah pergi meminang dia. Hehehe. Gatal! less
Reviews (see all)
Carol
The best novel ever...high recommendation
Pammu
macam mana nak baca buku hah dlm ni?
monica100
This books interesting.
bugv
Geram tengok heroin ni!
cuqui90
amazing
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)