Rate this book

Hello, Mr Perfect! (2000)

by Waniey Zakaria(Favorite Author)
3.98 of 5 Votes: 5
review 1: sebenarnya saya dah lama nak cari novel ni tapi tak de duit nak beli. lgipun saya ni bkannya bekerja. saya tertarik sbab ade nama watak hero crita nie izzul islam. nama dah macam nama sbnar plakon izzue islam la plak. saya bru je abis baca novel nie. bagi saya critanya seperti novel2 sblum ni juga agak klise, kahwin kerana bersebab tanpa ada prasaan cinta jugak. boleh tahan la. kadang2 ada ssetengah babak slepas dorang kahwin tu nampak macam ada kisah benar jugak. saya rasa kira ok lagi la berbanding novel dari pnulis trtentu yg mana jlan crita nya seakan kebudak budakan yg terlampau. itu bagi sayalah. tapi yg saya peliknya,babak imbas kembali alya dngan izzul masa thun 2001. garapannya kurang mnarik skali. spatutnya diselitkan masa alya termenung ke atau dia tringatkan ki... moresah dia dngan izzul ke?. lepastu ada sstengah bahasa pasar yang x kena. hmm ntahla....
review 2: Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah dua insan yang sangat berbeza. Izzul sangat 'perfect' dan Alya sebaliknya. Mereka pernah belajar di satu universiti tapi setiap pertemuan ada saja yang digaduhkan. Disitu, Alya mula jatuh cinta dengan Mr Perfect. Sepuluh tahun berlalu, mereka ketemu lagi. Kali ini, Izzul telah berpisah dengan kekasihnya tetapi hatinya masih belum pulih. Semua perempuan yang ingin dekat dengannya dikutuk sebagai tidak sesempurna macam dirinya kerana tidak mahu mereka hanya mendekati dirinya kerana rupa dan hartanya saja. Alya pula tersepit. Keluarganya seringkali diserang along kerana hutang bapa tirinya. Dia bertekad untuk menyelamatkan Keluarganya tapi hutang sebanyak $300 000 terlalu besar untuk ditanggung. Bila Arif dan Ainul syorkan dia sebagai calon isteri alongnya, Izzul, dengan habuan sebanyak $500 000 sebagai hadiah, dia terima. Izzul memilih Alya untuk jadi calon isterinya untuk lari dari Ain. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapa tirinya itu. Tapi Izzul memujuk rayunya. Dia terima kerana dia ada rasa sayang terhadap Izzul. Hidup mereka sebagai suami-isteri penuh dengan cubaan. Ain yang menjadi dalangnya. Izzul pula keliru akan rasa hatinya terhadap Alya lalu dia menyambung balik hubungan dia dengan Ain. Alya rasa tertekan tapi disimpan rasa hatinya dan disertakan dengan doa untuk kebahagiaan rumahtangganya. Dilayan suaminya dengan baik dan dia sentiasa mengingatkan Izzul akan tanggungjawabnya kepada Tuhan. Akhirnya, dia tak dapat membendung rasa kecewanya dengan Izzul bila Izzul ditangkap khalwat dengan Ain. Dia terus melarikan diri selama berbulan. Izzul akhirnya terjumpa Alya di Penang semasa ditugaskan sana. Alya tidak dapat dipujuk dan mereka bertengkar. Izzul pula merajuk dan lari ke Jepun. Alya menyesal dan menyusul Izzul ke Jepun. Akhirnya mereka mengakui akan rasa cinta mereka dan bertekad untuk membina balik rumahtangga mereka. Di akhir cerita, mereka tengah menantikan kelahiran anak pertama mereka dan rupanya Izzul juga pernah ada menyimpan rasa hati untuk El si minah tomboy merangkap Alya semasa mereka di universiti dulu. less
Reviews (see all)
mystik
Novel genre biasa dgn keterbukaan aku baca. I enjoy. Rasa nak gi Aussie holiday pas nie. hehehee
holdonmyheart
best+gempak+suspens+semuanya ada..........
brendaishungry
A very enjoyable read. :)
Bookworm
????
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)