Rate this book

Maaf Jika Aku Tak Sempurna (2012)

by Acik Lana(Favorite Author)
4.2 of 5 Votes: 4
languge
English
publisher
Kaki Novel Enterprise
review 1: Sebelum kisah ni di siarkan di TV, adalah baiknya saya menghabiskan bacaan saya terlebih dahulu. Supaya nanti tak rosak imiginasi saya. Walaupun sekarang dah muncul sipi-sipi Lukman tu Fahrin Ahmad. Haha..Actually, dah penat tema kahwin-kahwin paksa ni. Tapi nak buat macam mana. Itu yang audience suka pun kan :)Ceritanya simple, Lukman kahwin dengan Melina atas sebab wasiat, mula dengan rasa benci di pihak sebelah Melina dan kurang senang di pihak Lukman berakhir dengan rasa sayang untuk kedua-duanya.Mula bercinta dan ada sedikit konflik untuk menyemarakan rasa sayang antara mereka. Ending, gembira!! :)
review 2: Melina suka ke kelab malam. Dia bebas bergaul dan suka minum arak. Namun dia tidak pernah mempertaruhkan kesucian dirinya. Ibu-bapanya sudah tidak ter
... moredaya untuk merubah dirinya. Lalu, bapanya meminta ikhsan Luqman Hakeem untuk menjaga dan merubah sikap Melina yang melampau. Tetapi sebelum bapa Melina meninggal dunia, dia sempat mewasiatkan supaya Luqman berkahwin dengan Melina. Pada awal perkahwinan mereka, Luqman dan Melina bagai kucing dengan anjing. Tetapi sedikit demi sedikit, rasa cinta mula bertandang di hati masing-masing. Mereka bertambah bahagia bila Melina disahkan mengandung. Tapi, kebahagian mereka terganggu dengan tindak-tanduk Hariz serta Zieta. Hariz telah menyerang dan mencederakan Melina. Zieta pula berdendam dengan Melina kerana telah merebut Hariz darinya suatu masa dulu dan Hariz tidak dapat melupakan Melina. Zieta juga sedang berbadan dua disebabkan Hariz. Lalu Zieta merancang untuk menyakitkan hati Melina dengan menjebak Luqman serta Sarah. Luqman dan Sarah ditangkap basah dan mereka dipaksa berkahwin untuk menutup malu. Sarah mengharap dapat hidup bahagia dengan Luqman kerana dia telah lama memendam rasa dengan Luqman. Tapi Luqman tidak berdaya untuk mencintai sesiapa lagi melainkan Melina. Akhirnya, Luqman mengambil keputusan untuk menceraikannya. Bila, Luqman berkahwin dengan Sarah, Melina telah melarikan diri ke luar negara dan hanya kembali ke KL bila mendapat khabar bahawa ibunya diserang sakit jantung. Sementara itu, teman-teman Melina telah mendapat pengesahan dari Zieta bahawa dia yang telah memerangkap Luqman dan Sarah. Lalu, Melina pun diberitahu. Melina sangat menyesal kerana tidak mempercayai Luqman. Dia meminta untuk dipertemukan dengan Luqman saat dia ingin melahirkan anak sulong mereka. Luqman bergegas pulang dari tugasnya di JB untuk bersama Melina bila dia dapat tahu Melina akan melahirkan. Mereka akhirnya bersatu kembali dan hidup bahagia bersama anak mereka. Terlalu senang orang mempergunakan sistem mencegah maksiat untuk kepentingan sendiri... Suka pada tema, cinta selepas nikah lebih indah serta restu orang tua membawa bahagia. less
Reviews (see all)
Andre
novel yang sgt menarik !!!best giler.!!!terbaik !!!!
andrewxswan
serius novel ni best!!love you acik lana...
sara
acik lana, love all your books!
Sup
terbaikkk :)
booklover
best..
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)