Rate this book

Cik Blur Dan Encik Ikhlas (2012)

by AIRISZ(Favorite Author)
3.83 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
Karyaseni
review 1: Okeh... cerita yang simple tetapi sangat manis... ^ ^Hidup Kasih Khalisha menjadi huru hara apabila En Ikhlas di naikkan pangkat menjadi ketua di bahagian Jualan. Pantang silap sikit, dia akan diherdik dan dimaki. Tidak tahan dengan sikap bosnya itu, Kasih mengambil keputusan untuk berhenti serta merta. Bila Kasih berhenti, En Ikhlas mula kalut... selama ini segala maki hamunnya terhadap Kasih hanya untuk menarik perhatian Kasih. Sudah empat tahun En. Ikhlas menyimpan perasaan terhadap Kasih. Selepas berhenti kerja, Kasih dikejutkan pula dengan kecurangan Naim dengan rakan sekerjanya, Munirah. Patah jugalah hidung Munirah dan Naim dikerjakannya...En. Ikhlas pula berusaha sedaya upaya untuk memujuk Kasih supaya bekerja semula.Untuk menampung bayaran si Comel, keretanya dan ... morepinjaman PTPTN.. Kasih menggantikan Mak Som sebagai pembantu rumah sepanjang Mak Som ke Mekah. Tanpa disedari, rumah tersebut adalah rumah En. Ikhlas. Semakin hari Kasih dan En. Ikhlas semakin hari semakin rapat sehingga menimbul perasaan dengki di hati Munirah kerana selama ini Munirah juga menyimpan perasaan terhadap En. Ikhlas. Munirah kemudiannya bertindak meninggalkan Naim dan memfitnah Kasih.Apabila Kasih mula menyedari dia cintakan En. Ikhlas, dia mendapat tahu En. Ikhlas telah ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya. Kecewa dengan berita itu, Kasih lantas menerima risikkan dari kawan ibunya.Tapi, Kasih bingung dan tertekan apabila En. Ikhlas tetap melayannya dengan mesra..seolah-olah memberinya harapan.
review 2: So sweet! Suka sangat. Kasih Khalishah berkerja di bawah seorang ketua yang bernama Encik Ikhlas. Encik Ikhlas suka mengamuk dan marah-marah untuk dapat perhatian Kasih. Kerana tidak tahan dimaki-hamun, Kasih berhenti kerja serta-merta. Encik Ikhlas cuba memujuk supaya dia tidak berhenti kerja tetapi dia masih berdegil. Sementara dapat kerja tetap, Kasih berkerja sebagai pembantu rumah. Rupa-rupanya ia adalah rumah Encik Ikhlas. Lama-kelamaan mereka mulai mengenal hati-budi masing-masing. Tetapi bila mereka mula rasa serasi, ibu-bapa masing-masing sudah ada pilihan untuk anak-anak mereka. Rasa kecewa ada tetapi mereka tidak mahu mengecewakan ibu-bapa masing-masing. Mereka mahu dapat reda ibu-bapa lalu diikut saja pilihan ibu-bapa. Dan yang seronoknya, pilihan ibu-bapa mereka adalah pilihan hati sendiri. Jadi perkara yang baik dipercepatkan. Mereka amat bahagia tetapi tidak pula abang Encik Ikhlas, Ikram, yang telah buat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan sendiri. Perasaan ibu-bapanya tidak diperdulikan. Lalu mereka kecewa. Mereka mula tidak mengendahkan Ikram dan pasangannya. Akhirnya, perkahwinan mereka hancur. Isteri Ikram lari dengan orang lain. Hidupnya merana. Rancangan Ikram untuk porak-perandakan rumah tangga Ikhlas dan Kasih juga tidak berjaya. Rupa-rupanya, Ikhlas telah lama kenal dan jatuh hati pada Kasih. Dia terpikat dengan sifat Kasih yang pandai jaga diri, selamba, pentingkan perasaan orang tua dan tidak berdendam. Dia juga ikhlas dalam tindak-tanduknya.Simple saja cerita ini tapi ada pengajaran yang hendak diketengahkan. less
Reviews (see all)
dyshkant
Cita in sweet sangat2x.......Luv watak kasih & ikhlas....One of my fav book.....
kate
Interesting story...Fun...Luv it...
risris2015
aweeeesome
Kai
sweet..
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)