Rate this book

Lelaki Januari (2000)

by Hafizah Iszahanid(Favorite Author)
3.94 of 5 Votes: 3
languge
English
publisher
Jemari Seni
review 1: Jahatnya Ali Syukri, buat bodoh tak berusaha nak kejar bini yang lara tengok kecurangan suami. Bodohnya Ali Syukri, setelah berbelas tahun pun masih lagi buta, yang mana kaca, yang mana permata. Jahatnya Wairah, suami orang yang kau kejar. Berdosanya Wairah, rumah tangga orang kau runtuhkan.Delaila, aduh kasihannya. Sedih untuk Delaila.Biarlah, jodoh Delaila di hadapan, bukan lagi untuk cinta yang dipegang selama berbelas tahun lamanya tapi dikhianati untuk kedua kalinya.Biarlah, Delaila dan Hud. Asalkan bahagia.
review 2: Pembongkaran kisah Delaila-Ali Syukri-WairahDelaila, wanita degil yang tak mahu melepaskan kenangan dia bersama Ali Syukri walaupun 12 tahun berlaku. Ali Syukri, lelaki pertama yang singgah di hati di usia remajanya ketika 19 tahun. emak dan
... moreayah terpaksa melepaskan anak gadis mereka untuk menikahi Syuk sebelum kedua-duanya ke Notthingham untuk menyambung pelajaran. Setahun mengecapi rumahtangga bagai badai menghempas pantai apabila Wairah sahabat Ali Syukri berada dimana-mana sahaja antara mereka. Ali Syukri pula tidak mahu putuskan persahabatan dengan Wairah walaupun pergaduhan dan rajuk Delaila semunya bermula disebabkan Wairah. Dalam Delaila kurang sihat mengandungkan anak mereka yang pertama, Ali Syukri terpaksa ke luar daerah menyiapkan tugasan. Akhirnya kandungannya yang lemah menyebabkan Delaila keguguran namun Ali Syukri masih tidak pulang. Berita yang dititip buat Wairah tidak kesampaian. Rupa-rupanya Ali Syukri yang kononnya ke luar daerah untuk urusan tugasan sebenarnya berpoya-poya dengan rakan yang lain termasuk Wairah. Dalam keadaan Delaila masih berpantang, Syuk yang tersepit kerana tembelang telah pecah terpaksa membongkar kisah dia dan Wairah yang berkasih dalam diam. Delaila hanya diam. Menangis di dalam hati. Keluarnya dari rumah tidak dijejaki Syuk. Hanya tangisan Wairah yang dikisahkan Syuk. Disangkakan Delaila merajuk untuk dua tiga hari, namun 4 bulan baru Syuk mengetahui Delaila melarikan diri ke New York dan permintaan untuk dilepas bebas ditunaikan Syuk tanpa pujuk rayu. Menanglah Wairah dalam pertandingan merebut Syuk dari Delaila yang mengalah sebelum berjuang.12 tahun berlalu, rajuk Delaila tidak dapat dipujuk sehingga emak dan ayah di kampung tidak dijengoknya. Dia meneruskan kehidupan di New York dan menyambung pelajaran selanjutnya bekerja di sana. Sehinggalah terserempak dengan Syuk telah membuka hatinya untuk kembali ke tanah air. Sementara mencari kerja tetap, Delaila menjadi guru tadika dan disitu dia bertemu anak kecil bernama Haifa yang suka menyendiri. Lukisannya banyak berwarna hitam dan ada kalanya hanya gambar ayah dan budak kecil sahaja dilukisnya. Si ibu yang baran telah datang memberi amaran untuk tidak campur tangan mengenai perilaku anaknya telah menemukan Delaila dan Wairah. Walau pun pertemuan mereka terlindung di sebalik jendela, namun memberi kesan kepada dua wanita itu. Patutlah Delaila senang dengan anak itu, wajahnya tenang seperti Ali Syukri. Perkahwinan Wairah dan Syuk hanya indah dalam tempoh setahun. Telah bertahun Wairah minta dilepaskan. Mungkin Syuk dah tempang atau hatinya telah tawar buat Syuk. Ya lah, Syuk kurang bertanggung jawab sebagai suami, selalu meninggalkan dia dan Haifa untuk bertugas diluar negara. Walaupun dipujuk rayu Syuk, Wairah tetap dengan pendiriannya untuk bercerai. Tapi setelah melihat Delaila, hatinya membara untuk kembali kepangkuan bekas suami. Ketika dia tidak berjaya melukakan hati Delaila, ditaburnya fitnah tentang Delaila sebagai perosak rumahtangga kepada Hud Sulaiman, lelaki yang menaruh hati terhadap Delaila. Delaila yang masih tidak dapat melupakan Syuk telah menolak hajat lelaki bujang trang tang tang itu. Pertunangan Delaila dengan Ali Syukri melukakan hati Wairah. Tatkala majlis pertunangan berlangsung, Wairah dan Haifa kemalangan. Masa Syuk lebih tertumpu buat Haifa dan Delaila terpaksa beralah demi anak yang bakal menjadi anak tirinya. Namun kesempatan itu dimanipulasi sepenuhnya oleh Wairah. Akhirnya kematian Haifa membuat Ali Syukri dan Wairah terikat dengan perkahwinan atas dasar perkongsian kenangan dengan Haifa dan rasa tanggungjawab terhadap ibu yang melahirkan anaknya. Sekali lagi Wairah menang merebut Syuk.Pada Cik Pah, biarlah kemenangan berpihak kepada Wairah kerana Delaila layak bahagia dengan lelaki lain yang lebih bertanggungjawab dan lelaki yang hatinya tidak berbahagi kasih. Cumanya watak Delaila yang degil agak sukar mengikis kenangannya dengan Ali Syukri. Walaupun telah dinasihati oleh sahabatnya, kakak dan ibu bapa untuk memilih jalan yang lain, hatinya masih digapai Ali Syukri. Sesudah habis menyelak muka surat terakhir, rasa lega nama terakhir dihati Delaila bukanlah Ali Syukri. Ali Syukri hanyalah lelaki budiman untuk Wairah bukan di hati pembaca. Walaupun seciput sahaja watak Hud Sulaiman, namun watak itu mampu memberi kesan untuk pembaca berpihak kepadanya.Kisah ini tidak hanya berkisar mengenai tema cinta, penulis turut berkongsi ilmu dalam bidang perundangan, UNESCO, psychology kanak-kanak dan MSF organisasi perubatan antarabangsa. Lain daripada yang lain kan! Lelaki Januari ~yang awal belum tentu yang pasti. Kata Encik H, nasib baik dia lelaki Disember. Ada-ada saja kamu :) less
Reviews (see all)
chelsea
3.5 bintang sebenarnya.Endingnya kalaulah dapat dikembangkan ...
carla
Santai dan berinformasi. Tidak mengecewakan.
Silverwalker
kuciwa sikit.erm...
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)