Rate this book

KuSeru Rindu Itu (2011)

by Hanni Ramsul(Favorite Author)
4.25 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)
review 1: Cerita Idayu-Hisyam telah diintai dilaman blog penulis.. fuh baru 15 episod air mata dah meleleh.. nak tau kesudahan kisah mereka hari ini jugak :)7 Nov 2013Ku seru rindu ituRasa puas baca naskah ini sebabnya semua watak diberi ruang untuk pembaca tahu apa yang mereka rasa tentang seseorang atau situasi yang berlaku.Pada Cik Pah ada pengajaran yang penulis cuba tunjukkan melalui watak yang diwujudkan. Buat pengajaran bidadari diluar sana yang masih single yang hatinya dicuri lelaki budiman yang telah berkahwin dan dah jadi bapa. Andai kata anda dihimpit situasi seperti Maisara, jangan cepat terbuai janji manis lelaki, mungkin waktu itu mereka juga keliru dengan diri mereka. Alam rumahtangga ni bukan sahaja melibatkan dua perasaan tetapi ramai akan turut merasa tempiasnya ... moresakit dan kecewa. Apabila isu pasal kahwin ditimbulkan dan si lelaki berdolak-dalih bertangguh-tangguh mengkhabarkan kepada isteri pertama, bersedialah anda menghadapi fasa hubungan selanjutnya sama ada si lelaki mengotakan janji mengahwini anda atau memutuskan hubungan. Bagi isteri yang suaminya ada skandal diluar, layani keperluan suami tanpa cacat sedikitpun moga suami dapat mempertimbangkan semula anda daripada diceraikan atau dimadukan. Mungkin payah tapi siapa tahu hati suami kembali menggebu untuk anda. Ya! Ini kata2 dari orang yang tak merasakan sakit dikecewakan. Ada kot kata Cik Pah poyo ahaks. Apa2 pun Cik Pah tabik penulis bertabah menulis cerita yang buat orang rasa nak demam. -----@@@@@@@-----#######------7 tahun melayari rumahtangga Hisyam masih gagal menemui rasa cinta buat isteri yang telah melahirkan seorang putera comel Syafiq , buah hati mereka yang keletah dan memeriahkan rumahtangga mereka. Mereka berkahwin atas desakan orang tua. Jadinya diawal perkahwinan, mereka hanya berlakon bahagia depan ibu bapa masing-masing. Hisyam telah memberi peringatan buat Idayu yang dia mungkin akan mencintai wanita lain suatu hari nanti. Sehinggalah suatu hari yang dikatakan itu betul-betul berlaku, Idayu kecewa kerana hatinya telah diam untuk Hisyam, bukan Borhan kekasih hati yang curang dan mengambil kesempatan mengelak dari dipersalahkan putusnya hubungan mereka suatu ketika dulu.Walaupun Idayu tahu Hisyam menduakan dia, Idayu tetap melayan keperluan Hisyam dengan senyuman. Dia tahu, masanya telah tiba samada Hisyam melepaskan dia atau dia terpaksa rela menerima Maisara sebagai madu. Hisyam yang tidak tahu bahawa Idayu telah menghidu hubungan dia dengan Sara masih melayan Ayu seperti biasa kerana dia adalah lelaki yang penuh tanggungjawab. Sedikit perubahan Ayu yang suka termenung menghambat rasa bersalah dihati. Ditakuti muramnya Ayu adalah disebabkan Ayu tahu skandal dia. Pada Shahrul, sahabat baik merangkap adik ipar diceritakan rasa istimewa dia buat Sara dan persediaan mengahwini Sara. Walaupun Shahrul memujuk untuk Hisyam pertimbangkan, Hisyam tetap degil memperisterikan Sara kerana dia telah temui rasa cinta yang bertandang yang tidak ada untuk Ayu. Dalam dia berkeras untuk menyunting Sara, sebenarnya Hisyam masih bertangguh untuk memberitahu Ayu kerana takut Ayu bersedih. Berbulan2 bertangguh, Sara akhirnya nekad menonjol diri di pejabat dan mengaku sebagai kekasih Hisyam depan Ayu. (Lagi berkali-kali watak perempuan kedua dijahatkan sedangkan yang jahatnya adalah suami yang telah temui cinta baru).Dalam bersedih Ayu mulakan langkah dengan mengusul untuk mereka berbulan madu untuk kali kedua dengan syarat dalam tempoh 2 minggu mereka bercuti Hisyam dilarang sama sekali menghubungi Sara. Berbahagialah Hisyam dan Idayu di Cameron Highland tanpa gangguan sampai dalam tak sedar layanan istimewa Ayu telah mencetus rasa cinta dalam hati Hisyam. Namun satu panggilan dari Sara telah disambut menyebabkan Ayu berkeras menamatkan tempoh bulan madu mereka. Sekembali di rumah agam, Ayu mengambil keputusan merelakan Hisyam mengahwini Sara kerana bagi Ayu dia telah gagal menawan hati Hisyam. Hisyam juga kecewa kerana baginya Ayu tidak sungguh-sungguh mempertahankan cinta buat dia sedangkan hati dia mula mencintai Ayu dalam diam.Satu insiden telah menyebabkan Ayu bukan lagi halal untuk Hisyam apabila Hisyam terburu-buru menjatuhkan talak. Apa yang berlaku buat Hisyam nanar. Berjayakah Hisyam memujuk Ayu kembali ke pangkuan apatah lagi Ayu sangat2 kecewa diceraikan dalam keadaan mengandung anak kembar. Ok pi beli sendiri kalau nak tau ending sbb Cik Pah pun bersusah payah nak dapatkan versi cetak ni. Dari kedai ke kedai mencari di 'P' akhirnya terjumpa di 'M' dalam keadaan cover yang agak komot. Ok la juga dapat diskaun walaupun ciput daripada disuruhnya Cik Pah pi ke cawangan 'M' yang lain.
review 2: Idayu & HisyamTanpa cinta juga boleh bahagia tapi adakah ianya akan kekal dan berpanjangan? Novel ini sedikit sebanyak boleh membawa kita menyelami akan erti keutuhan cinta dalam sesebuah institusi perkahwinan.Aku paling suka semasa Idayu & Hisyam berbalas nota untuk menyatakan hasrat hati yang sukar terucap dari bibir sendiri...dan juga scrap book yang ditunjukkan oleh Hisyam semasa dia ingin mendapatkan kepastian jawapan lamarannya dari Idayu... romantik! less
Reviews (see all)
ephemelo
Gila annoying maisarah ni. Dah rembat laki orang, banyak bunyi pulak.
Dottiesax
best giler....!!da bace xleh stop huhuu
Cherbel90
Sangat mencabar jiwa ;) Best!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)