Rate this book

Bercakap Dengan Jun (2013)

by Hasrul Rizwan(Favorite Author)
4.07 of 5 Votes: 2
languge
English
genre
publisher
DuBook Press
review 1: Seperti anda sedang bermonolog. Begitulah gaya penceritaan buku ni. Tajuk pun dah Bercakap Dengan Jun. Dengan Jun ye, bukan jin. ahaha. Banyak-banyak buku, buku inilah mempunyai gaya bahasa yang paling cool pernah aku baca. Walaupun cara penyampaian nya agak selamba tapi penuh makna. Sinis. Cuma editor buku ni buat speed read kot. Bukan proof read. Terlalu banyak kesalahan ejaan yang 'mengannoyingkan' haha. Aku rasa mesej yang nak disampaikan oleh penulis dalam buku ni ialah "Don't judge a book by it's cover" Semua orang berdosa. Tak kira kaya mahupun miskin, gemuk mahupun kurus, tinggi mahupun rendah, besar mahupun kecil. Manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Dan apabila dah berbuat dosa, hendaklah kita kembali kepada yang Satu. Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, M... moreaha Berkuasa iaitu Allah S.W.T
review 2: Dalam banyak-banyak Dubook Ceritera yang aku pernah baca, Bercakap Dengan Jun ni adalah yang terbaik. Ianya hampir sempurna; jika ditolak kesilapan ejaan sebanyak 6 kali yang terlepas pandang dek pembaca pruf, dengan teknik penceritaan yang terperinci dan sususan plot yang mudah - punya twist yang tak terlalu membebankan. Sarat dengan cerita persahabatan, kekeluargaan, dan tipu daya dunia yang realiti dalam realiti - pakej terbaik untuk menggambarkan dunia sebenar (spesifik bagi seorang Junaidi) yang sengaja diterlepaspandangkan oleh barisan buku-buku PTS dan Alaf 21 yang mengangkat cinta dunia korporat atau cinta pedofilia sekolah secara tak habis-habis. Mungkin naskhah ini diterbitkan oleh penerbit alternatif, namun alternatif inilah realiti yang sebenarnya. Harapnya Jun masih hidup (cuma tidur sebagaimana yang dia katakan di akhir babak), kerana aku juga seperti Ranum yang tidak mahu berganjak selagi soalan dan permintaanku tidak dijawab. Jun, ceritakan lagi. less
Reviews (see all)
Sierra
kenapa harus begitu penamatnya kisah Jun ini... it's a cruel world that we live in... :(
Roz
tiba-tiba ada pulak jumpa sepasang kembar, berkaki ayam, di tengah-tengah KL.hmm...
ttylblue
sangat menyentuh jiwa rugi tak bacaworth every penny spent
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)
Other books by Hasrul Rizwan