Rate this book

TUHAN (2013)

by Hasrul Rizwan(Favorite Author)
3.71 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
Buku Fixi
review 1: (2.5 bintang)Johari menjadi peran utama dalam buku Hasrul Rizwan kali ini. Watak kesinambungan dari Murtad ini berkembang menjadi sosok yang boleh disukai apatah lagi dia pandai juga berlucu kadang-kadang (ciri-ciri terkini lelaki idaman kan? – haha). Ini kisah Johari yang terjaga dari lena panjang dan mendapati dirinya berada di planet asing yang dipenuhi klon-klon dirinya sendiri. Dengan bantuan seorang klon yang dinamakannya Ben, dia mahu kembali ke bumi di masa lampau. Dan, Sarah. Ya, dia juga mahu membawa Sarah, satu-satunya manusia bukan klon seperti dia di planet ciptaan Professor Rahman itu.Tidak mengecewakan dari buku sebelumnya jikalau hendak hamba rumuskan secara umumlah. Dan, hamba menyukai bagaimana setiap buku atau cerpen yang hamba baca dari tulisan Hasrul... more Rizwan tidak ada yang sama ‘warna’. Masing-masing membawa titik tema yang berbeza-beza.Namun, untuk rumusan yang spesifik peribadi, buku ini bukan untuk hamba. Mungkin bukan kegemaran hamba membaca (bahkan menonton) cerita yang terlalu ‘tinggi teknologi’ begini. Planet Kepler itu sudah menjadi latar yang telalu futuristik untuk orang yang berjiwa nostalgia (haha) seperti hamba. Dan yang tidak hamba sangka-sangka adalah kisah selingan tentang wabak zombi di Kuala Lumpur yang menampilkan Akhil (yang dirindui *wink*) dan Adam itu jauh lebih mudah untuk hamba kunyah dan hadam berbanding kisah dua robot yang saling menyerang. Haha.Namun, tetap juga hamba ingin menyatakan penghargaan untuk imaginasinya. ;)
review 2: Di awal pembacaan pasai Johari di planet Kepler, agak boring sikit. Tak banyak dialog compare dgn Murtad. Bila baca dialog dgn loghat Kedah, terimejin wajah Ustaz Don pulak. Haha! Mungkin guwa sudah jemu dgn cerita2 zombi ni, guwa skip part tu teruih.Walaupun sudah tertulis di cover buku Tuhan bahawasanya buku ini merupakan sambungan dari Murtad, tapi hangpa toksah risau kalau hangpa tak baca Murtad lagi tapi hangpa teringin gila nak baca Tuhan. Takpa, baca ja! Apa pun, tahniah kpd penulis. Power la Mat Gorn! less
Reviews (see all)
Mack
memang best... terasa macam filem terminator - judge dredd - zombies... memang sci-fi. puas hati...
BookLife666
Buku ini memberi gambaran padahnya apabila manusia gila nak jadi TUHAN..
pat
terbaik!!!!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)