Rate this book

Matahari (2011)

by Hilal Asyraf(Favorite Author)
4.37 of 5 Votes: 3
languge
English
publisher
Galeri Ilmu Sdn Bhd
review 1: Sekilas pandang,mungkin akan ada yang berkata,"Ah! Ini mungkin sekali novel cinta",apabila melihat muka hadapan (cover). Namun,tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Matahari merupakan sebuah buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen hasil karangan Hilal Asyraf,seorang pendakwah dan penulis muda di Malaysia. Namun begitu,saya tidak pasti jika buku antologi cerpen ini mengumpulkan kesemua cerpen yang pernah beliau tulis sepanjang bermulanya penglibatan beliau secara aktif di dalam bidang penulisan. Boleh jadi,buku ini hanya memaparkan cerpen-cerpen terpilih yang berjumlah 18 buah cerpen kesemuanya.Kenapa 'Matahari' dijadikan tajuk untuk antologi cerpen ini? Hal ini kerana penulis menjadikan matahari sebagai paksi dan mukadimah untuk setiap cerpen yang dimuatkan. Selain itu,matah... moreari juga dijadikan perumpamaan untuk menyampaikan pengajaran dan teladan baik yang terdapat di dalam jalan cerita dan juga beberapa watak utama di dalam setiap cerpen.Apa yang menarik minat saya,yakni kekuatan novel ini adalah unsur tarbiah yang cuba disampaikan oleh penulis. Selain jalan cerita yang menarik bagi setiap cerpen,gaya penulisan yang disusun dengan baik dan indah juga memainkan peranan yang penting. Saya berpendapat,penulis berjaya menyampaikan idea-idea dan dakwahnya melalui penulisan cerpennya. Cerpen yang bertajuk 'Warkah Dari Palestina' umpamanya berjaya membuatkan saya rasa terpukul! Mungkin jika semua orang Islam yang hidup aman dan leka dengan kesenangan dunia ketika ini juga akan merasakan perkara yang sama seperti yang saya rasai.Tema cerpen juga tidak terhad kepada satu tema atau genre sahaja semata-mata. Percayakah anda bahawa ada juga cerpen yang mengandungi aksi-aksi pertempuran di dalam cerpennya?! Sebagai contoh,cerpen yang bertajuk 999+1.Buku koleksi cerpen ini adalah amat saya syorkan kepada mereka yang meminati karya-karya tulisan yang berunsur Islamik dan dakwah/tarbiah. Saya juga merasakan buku ini amat sesuai sekali dijadikan bahan bacaan tambahan untuk Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah. Isi kandungannya amat sesuai sekali dibaca oleh golongan remaja Islam masa kini kerana mengandungi nilai-nilai murni Islam yang wajar dicontohi. Walau bagaimanapun,buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
review 2: Takdir itu di hujung usaha manusia.(pg 8)"Menggunakan autoriti Tuhan,tetapi pendidikannya tidak menggunakan hukum Tuhan."(pg 274)Rasulullah SAW bersabda:"Satu hari nanti kamu akan dikeremunui musuh,sebagaimana semut menggerumuni makanan."Sahabat-sahabat bertanya:"Apakah kami ketika itu sedikit,ya Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab:"Tidak,bahkan kamu ramai,tetapi hanya seperti buih di lautan."(pg 292)"Apa yang terjadi pada kita hari ini , adalah tegurn Allah SWT kepada ummah."(pg 300)"Hanya apabila ditegur itu tersedar dan menerima teguran.Hanya ketika teguran itu diangkat dan diselesaikan sepenuhnya."(pg 300)"Islamlah penyelesainan bagi masalah hidup.Bukannya pedang.""Kebahagiaan itu hanya akan datang apabila kita mengenali Tuhan kita yang sebenar,yakni Allah.""Islam adalah fitrah manusia yang sebenar."(pg 341)"Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,aku tetap tidak akan meninggalkan pekerjaan ini sehinggalah Allah sendiri yang menghentikanku."(pg 361) less
Reviews (see all)
blah
Mampukah cinta begitu sempurna di mata seorang manusia? Cinta ALLAH yang Maha Sempurna.
adam25
seriously , this book inspired me a lot .can't stop reading it .
jhgillett
Nak baca....tapi tak jumpa lagi..
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)