Rate this book

Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada (2013)

by Hilal Asyraf(Favorite Author)
4.45 of 5 Votes: 1
languge
English
genre
publisher
PTS Milennia Sdn Bhd
review 1: Membaca buku ini helaian demi helaian membawa saya kepada peringatan demi peringatan, nasihat demi nasihat yang membina dan bermakna. Setiap baris ayat memberi pujukan dan harapan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.Saya sukakan pendekatan penulis yang menyertakan ayat-ayat agung wahyu Ilahi dalam penulisannya malah saya juga suka dengan cara penulis ber-analogi dan gaya bahasa yang digunakan lunak dan enak.Saudara Hilal memang tidak pernah mengecewakan pembaca baik di langitilahi.com mahupun menerusi buku-buku coretannya. Selalu buat saya ter-refleksi. Alhamdulillah.Moga Allah memberkati penulisnya dan memberi kebaikan buat pembacanya :)
review 2: "Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada"Dari tajuk buku ini, kita dapat faham apa yang saudara Hilal Asyraf
... more cuba sampaikan. Bagi semua manusia yang hidup di muka bumi ini, pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. If tidak dosa besar, dosa kecil juga still adalah dosa. Aku suka baca buku ni sebab aku rasa dapat gain kesedaran yang tinggi dalam diri. Setiap ayat yang disampaikan, sememangnya sangat bersesuaian dengan diri aku. Tambah pulak diri ini adalah seorang yang bergelar pelajar. Terdapat satu bab yang menerangkan tentang jangan berputus asa dengan keinginan untuk berubah. Berubah menjadi yang lebih baik walaupun dicaci atau kawan-kawan tidak dapat terima perubahan kita. Maybe di mata mereka, mereka tidak terima, tetapi di mata Allah ? Allah Maha Mengampuni hamba-hambanya. Sebelum matahari terbit di sebelah Barat, kita banyak-banyak lah beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana selepas itu, tiada lagi pengampunan yang diterima. Kita ada waktu sekarang dan gunakanlah sebaik-baiknya. Kita dah tiada masa yang lepas. Kita hanya boleh berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Mengampuni. Betul juga ape yang disampaikan oleh saudara Hilal Asyraf. Syabas atas kata-kata yang memberi kesan dan menghidupkan rohani kita sebagai umat Islam. less
Reviews (see all)
paula
panduan sepanjang masa. ambil masa untuk mengkhatamkannya
dons
a very simple book yet it touches your heart
jotee
nice
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)