Rate this book

Terasing (2009)

by Hilal Asyraf(Favorite Author)
4.08 of 5 Votes: 1
languge
English
genre
publisher
Telaga Biru
review 1: Novel thriller Islamik ini memberi satu penekanan yang berbeza kepada pembaca...Kenapa??? Novel ini boleh di katakan sarat dengan hubungan kisah suami isteri & kekeluargaan yang berlandaskan Islam...terdapat beberapa petikan hadis juga di muatkan dalam novel ini buat panduan pembaca...Malahan hubungan persaudaraan yg di tonjolkan penulis terhadap watak2 ciptaan beliau menggamit sedikit memori aku tatkala bersama2 rakan di sekolah dulu...Apakah nasib rakan2 aku sekarang ini???Hmmm...Novel yg mengisahkan Saifullah yg terputus hubungan dgn sahabat baiknya Zaman, kini muncul kembali dengan imej yang berbeza...Janji yang terpatri 15 tahun dulu, sedikit sebanyak mengganggu emosi Saifullah...sehingga ia membawa Saifullah kepada satu kes jenayah yg melibatkan puak Yakuza...Siapa s... moreangka keterasingan sesorang itu boleh mengubah manusia menjadi berbeza daripada fitrah manusia...Tatkala membaca novel ini, penulis berjaya menyentuh sedikit jiwa aku...walau apa pun yang berlaku, kita berbalik kepada Pencipta...perlu kebergantungan kepada tuhan terhadap setiap perkara yang di lakukan...Cuma sedikit ralat padaku, Bab terakhir mengenai kisah permulaan perkahwinan Atikah & Saifullah seperti tiada kena mengena dengan tajuk novel Terasing, patutnya di ganti dengan kisah Zaman tatkala dia menyepikan diri selama 3 tahun, mungkin lebih menarik lg...
review 2: some review about TERASING:Zaman,Saifullah 'besar',saifullah kecil,Amiri merupakan empat orang sahabat satu sekolah di MATRA berlainan umur.Mereka terlalu rapat dan yang mengasingkan mereka apabila masing2 melanjutkan pelajaran ke preingkat yang lebih tinggi.Saif pernah berjanji akan mengotakan 2 janji yang dibuat oleh dia dan zaman sebelum mereka berpisah melanjutkan pelajaran iaitu:"Pertama,ingati aku dalam doamu,Kedua,kalau aku jatuh,hulurkanlah tanganmu kepadaku.Bila aku bengkok,kau luruskanlah aku".Namun,kerana janji inilah yang memulakan persengketaan antar mereka berdua dimana zaman telah berubah selepas 11 tahun mereka berpisah dan merasakan dirinya terasing kerana janji tersebut.Setreusnya boleh dibaca daripada novel TERASING.WATAK DAN PERWATAKAN TERASING:Saifullah:watak utama yang diberi amanah untuk mengotakan janjinya terhadap zaman.seorang yang romantis,bertanggungjawab,mahir dalam persilatan tempur,menjadi pengurus di sebuah institut perguruan,memilik isteri solehah dan 3 orang anak,tabah,dan sangat bekerja keras demi keluarga tercinta.Senior/Tengku Saifullah tengku Muhammad:Senior yang dipanggil Saifullah,abang ipar nya,sangat tenang dalam menghadapi apa2 ujian,mengasaskan kopleks tuju penyayang,mempunyai isteri dan seorang anak,berpewatakan bijak dalam menangani masalah dan sering membimbing saif dan adiknya kearah kebaikan.Turut merupakan sahabat rapat Saif.Zaman:watak utama yang mengemukakan janjinya kepada sahabat karibnya,saif.Namun setelah melanjutkan pelajaran ke Maghribi dan mendapat tahu sahabatnya berkahwin dengan orang yang dicintainya,sikapnya terus berubah dan merasakan dirinya terasing daripada mereka semua sejurusnyaa terjebak dengan kancah bahaya.tengku Amiri tengku Muhammad:Seorang pegawai tinggi di SEG,kumpulan perisikan dibawah polis,tegas,dikatakn penghukum negara,namun dihati tetap memiliki kasih terhadap orang yang rapat dengannya.Abang kepada Senior dan atikah.Tengku Atikah tengku Muhammad:Isteri saif yang soleha,seorang peguam syariah,tabah,lemah lembut,bertanggungjawab serta merupakan matahari dan bunga bagi saif.Shuraish,Waqas,faizan:anak lelaki saif dan atikah.Menikut jejak langkah bapanya dengan mempelajari ilmu pertempuran daripada bapanya.dididik bertanggungjawab,rajin,patuh kepada ibu bapa.Kak Wardah:Isteri Senior yang bertanggungjawab,lemah lembut,kuat pegangan agama.Solehah:ISteri Amiri yang turut lemah lembut,baik hati dan bertanggungjawab.Tengku Muhammad:Bapa kepada senior,amiri dan atikah.merupakan antara 10 orang jutawandi malaysia,mengasaskan kompleks tuju penyayang.Khairul Anwar:Berdendam dengan Saif yang dahulunya merendahkan martabatnya dan melaporkan kejahatan yang dilakukan di MATRA kepada pihak sekolah.Menjadi ketua kepada kumpulan herodonama di bawah pimpinan Yakuza Runkyen.Menghasut Zaman kekancah bahaya.BEBERAPA PERKARA YANG MENYENTUH DAN MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA:"Sebab itulah walaupun syurga penuh dengan kenikmatan,Nabi Adam tetap kesunyian,hawa juga yang menemaninya"(pg 24)"Kiat tidak boleh membenci mereka.Kita tidak boleh asingkan mereka.Kerana benci menutup kasih daripada hati.Kita perlu sayang,dan berasa kasihan dengan mereka.Mereka diuji sedemikian rupa,dan kita pula tidak Alah uji sedemikian rupa.Justeru jadi tanggungjawab kita memberikan apa yang mereka tidak dapat itu.""kita penyeru bukan penghukum.Kita ibarat doktor yang mengubati,bukannya tukang pancung hukuman mati.""Jangan asingkan mereka datipda kehidupan kita.Orang yang terasing akan mudah rassa kecewa,dan sukar untuk diubati jiwanya"(pg 36)Always remember,outlandish"harapnya,aku dapat terus letakkan harta ni di tangan sahaja.tak melekat di hati"(pg 82)"Dan tidak sesekali Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mberibadah(kepadaKu)-Ad-Dhariyat 51:56"Jangan enta jadi monyet.Sewaktu di atas poko ada 3 jenis angin datang.Angin topan,angin bahurok,angin puting beliung.tidak jatuh malah makin kencang pegangannya.Tapi bila angin sepoi bahasa datang,mengurut ubun-ubun,merehatkan tidak semena-mena pegangannya longgar dan akhirnya jatuh."(pg 146-147)"kita hanya tahu sesuatu itu berharga apabila ia ditarik pergi daripada kita.Seperti nikmat sihat.kata orang nikmat sihat itu adalah ibarat mahkota yang dipakai atas kepala manusia yang sihat.Namun hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit sahaja.(pg 190)"manusia yang benar2 kembali kepada Allah,dengan manusia yang jauh daripadaNya memang berbeza.Walaupun dia sebenarnya manusia yang sama"(pg 285) less
Reviews (see all)
sara
Buku yang menyentuh hati.. mengisahkan tentang pentingnya ukhuwah sesama saudara..
Leopardears
memg menginsafkan...bacalah wahai sahabatku....
lillangel1995
Yea..i like it, but i thought better.
inufreak1225
it is one of his nice novel...
Cfullerton
menarik
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)