Rate this book

Tuhan, Inilah Proposal Hidupku (2009)

by Jamil Azzaini(Favorite Author)
3.99 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Gramedia Pustaka Utama
review 1: Its was so amazing, mengingatkan kembali fokus akan kehidupan dan bagaimana merapikan lagi impian dan tujuan hidup. Buku yang merupakan workbook ini, diisi dengan beberapa isian yang akan memandu kita mencapai impian kita. buku ini hanya akan bermanfaat jika kita mengisinya dan tentu saja melakukannya.Buku ini merupakan panduan, bagaimana kita menemukan kembali fokus kita, dan merumuskan kembali impian kita. Kita diajarkan bagaimana sebuah kekuatan impian dan doa bisa berhasil. Proposal hanya akan jadi proposal, jika kita tidak mengiringinya dengan tindakan nyata.
review 2: Ini pula ialah buku kerja. Ia bukan buku motivasi seperti yang biasa kita baca. Seperti penulis katakan, buku ini tidak akan bermakna jikalau kita tidak membuat latihan di dalamnya. Ia adala
... moreh sebuah buku yang memandu kita menulis perjalanan hidup. Bayangkan ketika kita mahu menganjurkan sesebuah majlis. Kita sudah pasti akan membuat proposal majlis itu bukan. Walhal, kita tahu yang majlis itu hanya memakan masa 2 jam sahaja. Tempoh masa 2 jam sudah mengkehendaki kita merangka jadual perjalanannya agar ia lancar dan tidak ada gangguan, inikan pula hidup kita yang memakan masa berpuluh-puluh tahun. Mana mungkin tidak ada jadual perjalanan hidup. Mana mungkin tidak ada proposal hidup.Proposal hidup ini ditulis dengan menggunakan langkah-langkah yang diajar oleh penulis. Jikalau anda perhatikan langkah itu betul-betul, penulis mengajar kita memulakannya dengan menulis "apakah keistimewaan kita". Mungkin penulis mahu mengajar kita menghargai diri sendiri. Apabila saya selesai menulisnya, ada satu perasaan positif dalam hati saya, lalu saya berfikir untuk tidak mahu menyia-nyiakan kehidupan ini dengan perkara yang mendatangkan kerugian.Kemudian tulisan proposal itu akan disusuli dengan perancangan kejayaan yang terbaik akan kita capai sebelum meninggal dunia. Nyatakan bidang kepakaran kita. Ada satu ruang Guru Kehidupan. Saya masih tidak boleh melengkapkannya kerana perlu lagi berfikir-fikir. Cukup menarik konsep yang diketengahkan oleh penulis iaitu pembentukan kumpulan untuk merangsang keberhasilan proposal kita tadi itu. Saya juga tertarik dengan kata-kata penulis di mana beliau berkata sepanjang hidupnya ada sahaja orang yang membantu ketika beliau berada di dalam kesusahan. Oleh itu, pada hari ini, ketika beliau sudah senang, beliau mahu menjadi salah seorang yang memberi bantuan. Oleh kerana itu, di dalam proposal hidupnya, beliau masukkan sekali ruang khusus untuk kerja-kerja amal.Akhir sekali, di akhir muka surat buku ini, kita akan disuruh melengkapkan tulisan proposal kita. Saya akan melengkapkan tulisan proposal itu di atas blog saya ini dulu. Saya suka berkongsi dan bercerita tentang cita-cita dan harapan saya. InsyaAllah tulisan proposal ini akan disalin semula ke dalam buku kerja sejurus selepas ini. Bagaimana dengan anda? Adakah anda sudah memiliki proposal hidup?Tips : Proposal ini adalah jadual kehidupan anda pada masa akan datang. Jadi, jikalau anda belum berkahwin atau belum memiliki anak pada ketika ini, tidak mengapa, tulis sahaja dan masukkan sekali "mereka" di dalam proposal anda. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Mudah-mudahan ia akan menjadi doa yang akan dikabulkan oleh Nya. less
Reviews (see all)
SelairaLynnxo
Workbooknya praktis banget membuka mata hati. Ternyata selama ini hidupku mengalir tanpa arah
preteen
it's a beautiful book,, amazing
vlad
Bila nih mau ke Indo. Pengen.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)