Rate this book

Teduhan Kasih (2012)

by Marissa(Favorite Author)
4.23 of 5 Votes: 5
languge
English
publisher
KaryaSeni Enterprise
review 1: Beautiful! Ehsan dan Nurul Iffah. Iffah telah diceraikan oleh Ryzal walaupun dia telah mengandung. Yang sedih sangat, Ryzal kata dia telah terlanjur dengan kawan baik Iffah, iaitu Ayu dan dia tak pernah rasa bahagia semasa mereka bersama. Ryzal dan ibunya serta ibu tiri Iffah mahu dia menggugurkan kandungannya. Namun Iffah bertahan. Dia diseksa semasa tinggal dengan ibu tirinya. Bila waktu dia mahu melahirkan, Ehsan datang memberi bantuan. Ehsan menemani Iffah semasa dia melahirkan Adam dan beri tempat untuk Iffah berlindung di rumahnya sementara Iffah berpantang. Iffah cuba untuk pulang ke rumah ibu tirinya selepas berpantang tetapi dia masih di seksa dan akhirnya dia membuat keputusan untuk tinggal bersama Ehsan dan Makcik Hanim. Hidupnya mula tenang dan Ehsan sangat... more prihatin akan dirinya dan Adam. Akhirnya mereka mendirikan rumahtangga. Banyak cubaan yang mereka lalu bersama. Mereka saling kekurangan dan saling memerlukan. Mereka saling melengkapi. Akhirnya Iffah dapat mengecapi bahagia dan Ehsan mula berubah menuju kebaikan. Adam jadi penghubung kasih mereka. Ryzal dapat tahu Adam adalah anak kandungnya di akhir hayatnya dan Ayu jadi gila setelah Ryzal meninggal dunia. Ibu tiri Iffah dan Kak long masih berdendam. Ibu tiri Ehsan juga tidak berubah walaupun anaknya telah meninggal dunia dan masih mempertahankan fitnahnya.
review 2: Membaca kisah ini membuat kita jatuh simpati kepada watak utamanya, Iffa. Perjalanan hidupnya penuh liku sebelum bertemu kebahagiaannya sendiri. Sudahlah diceraikan suami waktu sedang mengandung, bekas suaminya, Ryzal tu tak mahu mengaku yang anak yang dikandung Iffa tu adalah anak daripada benihnya. Paling tak disangka, Iffa diceraikan sebab Ryzal mahu berkahwin dengan orang yang mengaku dirinya sahabat baik Iffa, Ayu. Heh. Memang kawan makan kawan punya spesies ni.Sebaik diceraikan, Iffa menumpang tinggal di rumah keluarga tirinya. Mereka ni bukannya bersimpati, tapi makin menambah beban tekanan perasaan kepada Iffa. Walaupun pelbagai kata cacian yang diterima daripada ibu dan kakak tirinya, Iffa tetap bertahan demi anak dalam kandungannya. Layanan mereka kepada Iffa pun tak ubah seperti layanan kepada pembantu rumah. Lagi kejam, waktu Iffa dah sampai masa nak bersalin tak ada sesiapa di kalangan keluarga mereka yang membantu. Masing-masing memang dah berpakat supaya Iffa bersalin sendirian.Kebetulan, waktu Iffa sedang menunggu teksi nak ke hospital, Ehsan muncul menawarkan pertolongan. Kira Ehsan ni macam penyelamatlah kepada Iffa. Sanggup teman Iffa sampai ke dalam labour room walaupun mereka tiada pertalian. Cuma part ni saya agak confuse. Sanggup pula Iffa ni biarkan lelaki bukan mahram teman. Hmm, mungkin penulis ada sebabnya sendiri. Ehsan yang dah jatuh sayang kepada Adam (anak Iffa) menawarkan tempat tinggal untuk Iffa untuk berpantang selepas melahirkan Adam.Habis berpantang, Iffa kembali ke rumah keluarga tirinya. Kononnya untuk menumpang sementara sebelum dapat kerja. Dalam masa yang sama, hubungan dengan Ehsan masih berterusan disebabkan Adam. Ada satu peristiwa yang menyebabkan Iffa cedera dan kemudiannya nekad untuk keluar dari kongkongan keluarga tirinya. Ehsan pula dengan senang hati menerima kehadiran Iffa dan Adam dalam hidupnya. Untuk mengelakkan timbulnya fitnah, Ehsan kemudiannya melamar Iffa untuk dijadikan isteri. Masing-masing ni sebenarnya dah ada hati dalam taman. Tapi kedua-duanya fikir hubungan halal mereka berdua tu hanya disebabkan oleh Adam.Bagaimana kedua-duanya menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini? Bahagiakah Iffa dengan pilihannya ini? Atau masih ada lagi anasir-anasir gangguan daripada Ayu?Komen saya: Papa Ehsan ni memang manis. Haha. Walaupun digambarkan sebagai kaki perempuan dan seorang pemabuk tapi disebabkan kehadiran seorang anak kecil yang tiada langsung pertalian darah dengannya mampu buat seorang Ehsan merubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Phew. Saya agak berpuas hati dengan keseluruhan kisah ni sebab rasanya tak ada persoalan yang tergantung. Cuma ada sedikit kesilapan fakta yang mungkin pihak editor terlepas pandang. Oh, satu lagi untuk adik-adik, buku ini tak sesuai dibaca oleh kamu sekalian ya? Ada adegan yang tak sesuai untuk tatapan umum. Jadi para ibu atau kakak, sila tapis bahan bacaan untuk anak-anak atau adik-adik kalian ya? :) less
Reviews (see all)
Alien
Saya nak jual buku ni dengan harga RM15.Interested? PM okay :)*exclude postage*
Bev
last in this novel
lizbeth
L O V E I T.....
tedwa
nice....
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)