Rate this book

Bila Hati Kata Sayang (2011)

by Marissa(Favorite Author)
3.72 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Karyaseni Enterprise
review 1: karya marissa ramai dah tahu mesti romantik, kisah cinta... dikisahkan atiqah, seorang gadis biasa yg bekerja sebagai pengemas bilik ditunangkan atas pilihan pok leh dan mok de yg membelanya sejak ayahnya meninggal. kemudian kenal dengan adriz yg menginap di hotel tempat dia bekerja. adriz mahukan atiqah mengemas dan menguruskan kelengkapannya setiap hari. bila saban waktu bertemu, perasaan lain menyelinap di qalbu..sebenarnya adriz adalah syed adriz, tunangannya. atiqah hanya mengetahui pada hari pernikahan. atiqah mengikut adriz ke kl dan bermula gangguan dari nenek yang mahukan adri berkahwin dengan zahra. banyak cubaan untuk merosakkan rumahtangga mereka dan yg paling sadis bila nenek dan adik adriz iaitu intan cuma membuat atiqah supaya tidak mengandung. jauh hati den... moregan keluarga membuatkan mereka berpindah semua ke kuantan.atiqah yg menyimpan dendam terhadap ibu kandung yg meninggalkannya semasa berusia 3 bulan tidak menyangka yg ibu tiri zahra itu adalah ibu kandungnya. ibunya itu memang zalim dan tidak mahu mengaku atiqah anaknya... seterusnya, carilah buku ini untuk dibaca ya...bahasa novel ni santai dan suka dengan ganti nama diri yg digunakan. cerita marissa memang semua romantik dan berkasih sayang....takyah pening kepala nak pikir..
review 2: Novel ini biasa-biasa saja, agak santai... tiada konflik yang berat-berat. Jadi tak delah perasaan, rasa macam nak campak novel ni ^ ^ ... watak heroin pun tak lah macam sesetengah novel...yang sentiasa redha je... Hero pun tak lah perfect sangat macam kebanyakkan novel-novel melayu... panas baran dan suka ikut kepala otak dia je...BHKS.... menceritakan tentang Atiqah, gadis miskin yang yatim piatu...bekerja sebagai tukang cuci bilik di sebuah resort di Kuantan. Dia di tinggalkan ibunya ketika berusia tiga bulan. Ibunya pergi mengikut lelaki kaya, ketika itu..ayahnya sedang berada di laut. Setelah kematian ayahnya, Atiqah menumpang kasih di rumah Pok Leh dan Mok De yang menjaganya penuh kasih sayang.Dia kemudiannya dipinang oleh keluarga kaya, juga merupakan sepupu ayahnya. Demi membalas budi dan menjaga hati Pok Leh. Atiqah menerima pinangan tersebut tanpa mengenali siapa tunangnya sebenar...yang dia tahu hanya nama tunangnya Syed.Di resort dia diminta menjaga keperluan seorang lelaki kaya yang tinggal di bilik VIP. Adriz seorang yang panas baran, pantang silap sikit... semua akan dimaki hamun. Atiqah menguruskan semua kepeluan Adriz tanpa menyedari Adriz nilah sebenarnya tunangnya. Macam-macam clue yang Adriz tunjukkan untuk memberitahu siapa dia sebenarnya.. tetapi Atiqah tetap blur. ^ ^Walaupun Adriz ni panas baran tapi dia sentiasa melindungi Atiqah. Atiqah bukan cucu menantu pilihan nenek Adriz, kerana bagi nenek Adriz Atiqah tidak sekufu. Macam-macam dilakukan nenek Adriz untuk memisahkan mereka. Tetapi kerana sikap tegas dan panas baran Adriz semuanya sia-sia. less
Reviews (see all)
kaitydo
Xtau nak komen camne sbb memang best!!!!
himani12jain
Novel yg biasa2x.......
meemee
mmg best....bahagia..
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)