Rate this book

Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung (2009)

by Muhammad Alexander(Favorite Author)
3.66 of 5 Votes: 5
languge
English
publisher
PTS Islamica
review 1: agak mengambil masa untuk menghabiskan buku ni. penulis menggunakan al-Quran, bible, talmud dan kitab lain sebagai rujukan. agak sukar saya menghadam isi kandungan buku ini kerana sumber rujukan yg saya ada hanyalah al-Quran. kadang-kadang ada beberapa ayat yang saya tidak faham maksudnya. terdapat juga beberapa kesilapan ejaan yg membuatkan saya rasa buku ini tidak disemak dgn baik sebelum dilancarkan. secara keseluruhannya buku ini mungkin akan lebih menarik jika ditulis dgn lebih ringkas, isinya padat dan dapat mengingatkan diri kita tentang betapa dekatnya kiamat itu.
review 2: Sebuah buku yang mengupas mengenai asal-usul Yakjuj dan Makjuj (Gog dan Magog) seperti yang disebut di dalam kitab-kitab suci tiga agama samawi,Yahudi,Kristian dan Islam. Dengan meng
... moregunakan kitab-kitab suci ketiga-tiga agama tersebut,di samping buku-buku tulisan sarjana-sarjana terkenal dunia,dijadikan rujukan oleh penulis untuk merungkai rahsia Yakjuj dan Makjuj. Selain mempersembahkan kepada para pembaca asal-usul Yakjuj dan Makjuj ini,penulis turut membidas tohmahan dan tuduhan jahat para evangelis dan orientalis Barat yang menuduh orang Islam sebagai Yakjuj dan Makjuj di dalam bab yang terakhir buku ini.Sememangnya,apabila menyentuh mengenai Yakjuj dan Makjuj,bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun begitu,saya mendapati penulis berjaya menyampaikan maklumat tersebut dengan baik kepada pembaca. Mungkin ada di kalangan para pembaca yang mungkin tidak begitu bersetuju dengan pendapat-pendapat dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis. Tetapi,sekurang-kurangnya,penulis menyampaikan faktanya dengan agak terperinci dan diiringi dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang agak kukuh dan boleh diterima kebenarannya.Di dalam versi buku yang saya baca ini,terdapat beberapa kelemahan yang wujud dari sudut pengeditan bahasa. Memandangkan versi asal buku ini diterbitkan di dalam bahasa Melayu-Indonesia,masih terdapat lenggok bahasa tersebut di dalam penulisan buku ini. Selain itu,kualiti penterjemahan agak kurang memuaskan. Di dalam buku ini,penulis turut menyediakan kutipan-kutipan teks di dalam bahasa Inggeris. Agak mengecewakan apabila terjemahan kutipan teks tersebut tidak dilakukan dengan baik. Sehinggakan saya lebih faham membaca kutipan teks di dalam bahasa Inggeris daripada terjemahannya!Secara keseluruhannya,buku ini tidak begitu mengecewakan. Buku ini mungkin bukan sebuah buku yang benar-benar lengkap dalam merungkai rahsia Yakjuj dan Makjuj,namun,ia tetap bernilai dalam menambah koleksi karya yang berkaitan dengan topik yang penuh dengan kontroversi ini. less
Reviews (see all)
Danny
subhanallah, informasi yang super lengkap dari pak Wisnu Sasongko, barakallahu fiik
HiLow
agak berat jalan ceritanya... tp ilmu / pengetahuan itu penting kan!? enjoy!
insane_inertia
sgt ilmiah. nak nukilkan disini amatlah panjang.
Arturo
(Reading halted temporarily)
Florv1
im reading it
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)