Rate this book

Mautopia (2012)

by Ridhwan Saidi(Favorite Author)
2.92 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Moka Mocha Ink
review 1: Antara beberapa buku yang aku berjaya habiskan dalam masa seminggu (percayalah, kebanyakan buku yang aku baca, ambil masa yang lama kerana tak wajar untuk dihabiskan baca dalam jangka masa pendek - yang mana aku hanya membaca di kala kebosanan). Untuk Mautopia, aku harus menyelak satu helai ke satu helai untuk menamatkan pembacaan dengan harapan satu pengakhiran yang indah, di mana sangkaan aku meleset celah juborjuis. Perasaan marah aku masih lagi menyala tatkala aku menulis review ni.Aku suka gaya penulisan, penggunaan kata dan penyusunan karektor / cerita yang berterabor - kerana bagi aku, RS memang seorang yang teliti dan setiap kata itu punya alasannya yang tersendiri dan bersifat peribadi. Dia pernah menipu aku dengan Amerika dan sekali lagi menipu aku dengan Mautopi... morea. Atas perasaan ditipu itulah membuatkan aku mahu merasa harapan itu menjadi nyata. RS lebih cenderung ke arah filem dan dunia sosial kita. Dengan Amerika, dia bawa kita kepada dunia 'Clockwork Orange'. Dan Mautopia pula, dia bawa kita kepada '1984' dan 'Brazil'. Dunia dystopia bersikap Orwellian yang unik, melawan adat resam, persendaan agama, dan kebodohan bangsa yang lengkap untuk buku ini sebenarnya kena banned - maaf. Tetapi buku ini memang sebuah buku yang maha berat untuk dibincangkan (terlalu subjektif) dan dihadamkan. Campuran isu Palestin-Israel, penguasa-polis, strata latar, dan adat Melayu yang nyata. Aku cuma tak suka akhir cerita sahaja. Dan sememangnya RS sedar tu.
review 2: Cukuplah satu. Apa perlu ditambah lagi? Jadi satu setengah?Kalau ada budak-budak sekolah menengah yang mau mencari buku paling fiksi di negeri ini, nah! seludupkan kepada mereka yang ini. Perkataan seludup itu rasanya lebih sesuai aku gunakan untuk gambarkan betapa buku ini (apa boleh juga dibilang novel?), harus hati-hati, biar ada rasa gerun atau mewujudkan kesan trauma pada mereka (yakni, pembaca!).Mautopia akhirnya ujud. Oh! bukan begitu bunyinya. Mautopia akhirnya muncul seberapa pantas dan harus hilang juga dengan pantas. Macam kabus pagi di lautan merah atau sepantas sang kerengga-kerengga yang takut kepada air dan secepatnya bersembunyi di sebalik sarang-sarang mereka.Buku setebal ini masih mengharap pada kita untuk merenung dengan tajam akan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Hanya gara-gara penulisnya pernah menghasilkan sebuah buku yang sehingga ke hari ini cuba dipost-mortemkan. Ya, aku akui buku ini akhirnya mendapat perhatian yang bagus, tapi aku fikir ada segelintir yang menyesali kenapa buku ini harus ada dalam susunan atau timbunan buku-buku mereka yang lain. Ah, barangkali aku agak bego dalam pembacaan dan pemahaman tentang apa yang terkandung di dalam buku ini. Tapi aku lagi bego kalau diperbodohkan oleh penulisnya dengan mengatakan bahwa di buku ini ada motif dan pengajaran yang tersirat. Percintaan terlarang, Pengkhianatan, kesetiaan, hukuman tanpa siasatan, pandangan negatif membuta tuli, perbedaan kasta, perkauman, sosialita, malah sampai pada unsur kebinatangan. Atau banyak lagi? Tapi penulisannya amburadur, menjengkelkan dan membosankan. Inilah fiksi, pembaca. Yang mana, kalian pun boleh menulisnya.Apakata kita dengar lagu 90an dari Joey Daud; 'Untuk Siapa Kecewa Ini'. less
Reviews (see all)
Fox
"Ohgurubesarku!"Sejujurnya, saya sudah geli untuk makan ikan pari selepas khatam buku ini.
fiona_m
1.Pop theatrical\ Theatrical pop?2. Page 196, Puan Sharifah?3. ibu bapa
stfusambo
Sukar.The idea is too sublime.I was expecting something like Amerika.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)
Other books by Ridhwan Saidi