Rate this book

Guy Next Door (2014)

by Rose Harissa(Favorite Author)
4.18 of 5 Votes: 6
languge
English
publisher
Kaki Novel Enterprise
review 1: hah...macam mana nak cakap yea...setakat ni novel rose harissa x penah mengecewakan...perfect sangat....ADAM PUTRA....owh kalu la masih ada lelaki mcm ni...huishhh bahagianya hidup...sempurna sangat...macam azalan jugak hihihikkkbanyak jugak yg boleh belajar...tang2 komik tulah...baguih jugak kan...tapi suka adam...apapun mak didahulukan...dapat jiran macam mak cik umi...memang best,...tambah klu ada jiran hensem mcm adam...Kris yg comel...pendek kata.....I LIKED SANGAT2 NOVEL....BESTTTTT
review 2: (3.5 bintang)Apa yang hamba suka tentang Guy Next Door:i) Tidak disangka-sangka. Sungguh, hamba tidak punya keyakinan yang tinggi mulanya untuk menyukai buku ini. Iyalah, hamba skeptikal sedikit dengan buku yang diberi judul agak-agak cheesy (maaf) begini. Namun, bo
... moreleh dikatakan lapan puluh lima peratus pertama dari buku ini, hamba baca dengan senang hati. Mungkin sudah lama hamba tidak membaca buku dengan bahasa yang benar-benar selamba dan santai. Meski hamba agak terganggu sedikit sebenarnya dengan ke-santaian itu tetapi hati ini mahu berkompromi dengan suka rela :).ii) Hamba suka idea cerita ini yang dimesrai oleh bahasa santai penulis. Mungkin masih ada babak-babak klise (kejutan kahwin misalnya) dan watak antagonis tipikal novel-novel (seperti Tun Naziha dan Adeera) tetapi hamba masih menyukai jalan cerita ini. Hamba suka bagaimana dua jiran yang tidak pernah bertegur sapa selama lima tahun dan saling kontra sikap, perlahan-lahan saling mengenali lalu menjadi teman. iii) Hamba suka Adam si animator antarabangsa itu meski hamba tidak berkenan pula pada Adam yang sama berstatus suami Si Kristal (hamba jelaskan nanti). Hamba suka apabila penulis memperincikan kerjaya Adam. Cukup-cukup penerangannya tanpa berlebihan :). Lagi pula, bila lagi hendak mengangkat seorang animator di Pixar sebagai hero? Asyik bos syarikat sana, anak bos syarikat sini, slot Samarinda sangat. Hehe.Apa yang hamba tidak suka tentang Guy Next Door:i) Hamba selalu fikir kejahatan itu adalah satu pilihan, bukan paksaan. Malang sekali, hamba merasa watak Tun Naziha dan Adeera seperti dipaksa-paksa oleh penulis untuk menjadi si jahat dalam cerita ini. Tidak neutral dan hamba langsung jengkel dengan kepura-puraan itu. Tapi mungkin saja hamba yang terlalu aneh sehingga mahu melihat kejahatan dikarang dengan ‘baik-baik’ dan ‘sempurna’.ii) Aduh, mengada-ngadanya awak, Kris. Dan Adam, nakal sangatlah. Sungguh, hamba merasa seperti tidak mampu bernafas membaca kisah mereka suami isteri. Mana dengan Kristal yang melulu dan keanak-anakan. Mana dengan Adam yang nakal bukan main. Keterbukaan mereka dalam membicarakan soal ‘itu’ malah dijadikan perkara gaduh juga memanglah bikin hamba mahu putus asa. Nasib baik saja bahagian itu sudah di babak-babak akhir.p.s Oh ya, Fandi! Ini lagi satu watak yang hamba rasa tidak dikembangkan sebaiknya malah tidak konsisten juga. Sekejap dia begini, sekejap dia begitu. Namun, ketika babak dia berkonfrontasi dengan Adam di hospital, buat pertama kalinya hamba merasa satu kejujuran yang tidak pernah hamba rasakan dari mana-mana watak ciptaan dari mana-mana novel sebelum ini. Sungguh, hamba merasa dia sangat-sangat-sangat tulus ketika itu. Entah kenapa. Walhal dia itu mengerikan sangat fiilnya. Haha. less
Reviews (see all)
chris
great momentum. writing from both views (adam and kris). enjoy reading.
roxy
Guy Next door author kak Rose Harissa..
Edmund
nice
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)