Rate this book

DENDAM (2011)

by Affifudin Omar(Favorite Author)
3.28 of 5 Votes: 4
ISBN
9671038433 (ISBN13: 9789671038437)
languge
English
genre
publisher
Buku Fixi (002016254-V)
review 1: Membaca DENDAM tatkala bahang PRU13, memang benar-benar membuka mata. Perihal rasuah-kroni, kekejaman pihak polis yang menyalahgunakan kuasa, perempuan simpanan dan seks, ahli politik, kelab-kelab malam, arak, dadah berleluasa terlepas masuk dalam negara, title dato' palsu dan bermacam lagi, membuatkan aku bersetuju bahawa benda-benda macam ini memang tidak dapat lari dalam dunia kita. Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia khususnya. Itulah, ujian dari Allah Ta'ala kepada orang berkuasa. Sepertimana Khalil Gibran, peneraju utama DENDAM, punyai wang berkepuk kepuk banyaknya hasil haram-halal, kekayaan yang melimpah ruah tanpa perlu dirisaukan soal duit untuk membeli kereta mewah, kondominium mewah, perempuan simpanan yang tak pernah putus untuk melunaskan nafsu serakah... more, terlepas dari hukuman dunia bial menggunakan kekejaman kepada tahanan sewaktu menjadi polis, keluarga yang dibina bersama isteri hasil ditangkap khalwat-- (walau punya anak tiga sekalipun, tapi tiada perasaan, cinta, kasih dan sayang antara satu sama lain, apalah gunanya).Kaya itu satu ujian, miskin juga satu ujian. Tapi, itulah Khalil Gibran. Bila seawal usia 13 tahun lagi menanam sifat tidak berperikemanusiaan dalam diri (seksa kucing sampai mati), sampai ke tua sifat kejam itu tidak dapat dihakis. Mujurlah, sempat sedar sebelum ajal. DENDAM, bermula dengan agak perlahan, aku kira. Berkali-kali aku mengeluh, tutup buku, buat kerja lain sebelum menyambung pembacaan. Di pertengahan, barulah jiwa aku rasa selesa dengan jalan cerita, perkembangan watak dalam DENDAM ini. Aku tak suka watak Khalil Gibran, yang mana, selepas bertaubat, masih lagi tidak dapat meninggalkan perkara yang telah menjadi darah daging sewaktu zaman jahil- contoh; mengupah orang untuk membunuh Fadin atas alasan menuntut bela kematian anak sendiri, masih lagi tidak meletakkan batasan dengan Normah (page 263-Normah pula merangkul lutut Khalil memohon ampun) dan juga masih lagi berhubung dengan Shireen. Apapn, mujurlah, Khalil sedar di atas kealpaan masa lalu. Mujurlah, sebelum terlambat, nampak juga cahaya Illahi.Aku kira, ending kali ini aku amat berpuas hati-tidak tergantung seperti mana Buku Fixi yang lain. Bak kata lain, tak ada bahagian 'mind-blowing' ni. Jadi, sepertimana kita telah ketahui keputusan pilihanraya, besarlah harapan aku sebagai rakyat biasa--golongan marhaen ini, sekiranya Menteri-menteri atau orang atasan, mengelakkan gejala yang paling membimbangkan seperti rasuah khususnya demi mencapai hasrat ke arah negara yang lebih baik.(Mohon, jangan dipandang sebelah mata dengan perempuan simpanan jua kerana wanita ialah senjata paling bahaya untuk kaum lelaki)Sekian. ;)
review 2: Dendam menceritakan balik peristiwa2 terkenal dan dekat dgn diri kita semua cos byk scene semua tu kita tahu..n die menggarap crite dlm buku ni mejadi menarik...sgt bez..kehidupan politik dan polis dpt kite pahami..ending die menginsafkan tu byk memberi pengajaran kpd kite semua..ingatlah jgn lah kite berdendam kerana ia akan dtg semula kat kite..terbaekk...affifudin omar mmg pndai menulis lagi2 ttg politik..oleh itu, aku akan membaca paradoks karya die gak xlama lagi less
Reviews (see all)
FikretCerci
A bit too preachy for my liking. The story is okay. Not as 'pulp' as I would have liked it.
turnerleslie
Buku ini sangat laju. Sedikit jahat dengan perlian perlian sinis. Mahu lagi dari penulis!
1234567890
it really does make me wonder about the reality in Malaysia politic world.
cecile
tak habis2 baca sejak tahun lepas.... jln cerita kurang~~~
Sia0103
Meleret.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)