Rate this book

Pendek Mabuk Gila (2013)

by Ahmad Kamal Abu Bakar(Favorite Author)
4.29 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Neon Terbit
review 1: Zaman membaca Semusim Di Neraka dan blog-blog seterusnya yang lahir dari kehancuran blog sebelumnya adalah zaman naif dan tak tahu apa-apa. Membaca Pendek Mabuk Gila seakan menaiki mesin masa dalam laci Nobita, mengenang kembali saat-saat itu. Saat menulis berimamkan gaya Ahmad Kamal Abu Bakar.Penulisan aku sehingga kini pun masih meniru gaya yang hampir sama. Malah setiap kali aku menyebut Orwell dan Miller, hati aku berzikir menyebut nama Ahmad Kamal Abu Bakar. Dan dengan setiap bacaan dan tulisan itu juga aku akan rasa seakan makin bijak, sama kesnya macam preface yang ditulis Jebon.Aku terhutang budi pada manusia ini kerana memperkenalkan aku kepada gaya penulisan selamba tentang benda-benda tak penting, namun masih berjaya membuat mata membulat seolah-olah hidup Ahmad... more Kamal yang dijadikan bahan cerita sehari-hari ini semacam slot Spektra di petang hari zaman kanak-kanak dulu. Sekali baca, tak boleh berhenti. Meski kesudahannya kau tak tahu bila.Aku beli buku ini online dari Pipi, saat duit dalam bank tinggal RM25. Moga-moga berkat pengorbanan aku yang itu, satu hari nanti hidup aku akan jadi menarik sampai boleh dibuat buku cerita. Sama keadaannya macam buku Pendek Mabuk Gila.
review 2: This is the one book that I've been waiting for so many years. Bila aku tahu ia akan mula dijual di KL Zine Fest 2013, aku terus ke situ semata-mata untuk ini.Aku beli buku ni sebab dulunya aku pembaca setia blog Semusim di Neraka, Catatan Pendek dari Neraka, Perahu Mabuk dan Tersepit di Celah Kegilaan.Pada masa itu, oleh kerana sifat blog-blog tersebut yang tenggelam timbul, aku jadi tidak keruan bila AKAB (atau Mike) tidak muncul dengan blog baru. Hinggakan aku terpaksa menghantar emel kepada Mike untuk meminta arkib SDN demi mengubati ketagihan membaca. (Dan aku masih simpan arkib itu sampai sekarang.) Jadi, membaca buku ini seperti kembali semula ke beberapa tahun lepas. Nostalgik. Terubat ketagihan aku membaca cerita-cerita pendek dari Mike. Cerita-cerita yang berakhir dengan sesuatu yang lucu atau membuat aku terdiam dan termenung selama beberapa ketika. Aku tak pernah bosan membaca hasil penulisan Mike. Kebanyakan cerita (if not all) dalam buku ni masih aku ingat. After all, siapa boleh lupa gaya penulisan Mike?Jika kamu peminat AKAB, get this book. Jika kamu bukan peminat sekalipun, get this book.Just get it, and read it dari kulit ke kulit, berulang kali. You'll understand why. less
Reviews (see all)
156738
hahhahahahahahhahahahahahahhaaku tak paham.
sheelz123
Terbitkan buku lagi, please!
keiko22sg
PERGHHHHHHHH
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)