Rate this book

Impiana (Impiana,#1) (2007)

by Ain Maisarah(Favorite Author)
4.8 of 5 Votes: 5
languge
English
publisher
PTS One Sdn Bhd
review 1: Bismillahirrahmanirrahim.Saya diberitahu novel ini merupakan novel dewasa dan berbeza dengan novel remaja lain yang ditulis oleh Ain Maisarah. Lama berada dalam simpanan kerana saya tiada buku sambungannya iaitu Impiana 2, Impiana 3 dan Impiana Finale.Ternyata berbeza walaupun menggunakan watak yang sama.Cerita bermula dengan pertemuan semula alumni SMK Seri Bangsar selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.Sesi perkenalan ringkas menemukan mereka dengan pelbagai cerita kehidupan masing - masing. Paling menarik apabila rakan mereka, Mini Monira Badak Air yang dahulunya pelajar paling gemuk di sekolah kini tampil anggun dengan sekitar 45kg dan bekerja sebagai pramugari.Kejayaannya menurunkan berat badan menggunakan khidmat Syarikat Impiana menjentik rasa mahu mencuba ... morepada diri Shasha. Dia yang dahulunya sangat popular sebagai pelajar yang paling cantik dan anggun, kini tidak lagi dengan berat 97kg dan kuat makan.Shasha menjadi orang pertama mendaftar dengan Syarikat Impiana ini selepas pertemuan malam itu. "Tagline" syarikat - Segala impian anda akan tercapai. .. Walau dengan apa cara sekalipun! Kami mampu merealisasikannya! berjaya menarik minatnya dan impiannya untuk kembali kepada berat badan 50kg dalam masa 3 bulan diharap tercapai.Kemudian diikuti dengan Nana, Linda, Fahrin dan Pai'e. Masing - masing dengan impian mereka yang mahu dicapai dalam masa 3 bulan.Tanpa sedar mereka semua termasuk ke dalam perangkap permainan yang kejam dan dahsyat hasil percaturan Syarikat Impiana.Misalnya Shasha mendapat tiket percutian ke Bali selama sebulan dan mendapat rawatan kecantikan dan spa di sana. Ketika di dalam penerbangan, dia berbual dengan teman sepenerbangannya bernama Fadzly sehinggalah ketika turun di lapangan terbang, Shasha ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang.Shasha ditahan selama sebulan di penjara dan terpaksa melakukan aktiviti rutin banduan seperti berkebun dan terpaksa memakan hidangan penjara yang tidak sedap. Selepas sebulan barulah Shasha berjaya pulang ke Malaysia. Itu pun kerana dijemput oleh ibunya yang dihubungi oleh pihak syarikat.Banyak kejadian pelik dan kejam yang berlaku dalam masa 3 bulan dan adakalanya sangat mengancam nyawa dan keselamatan kaum keluarga Shasha.Kejadian yang sama berlaku kepada rakan-rakan mereka yang lain dan perkara ini cepat disedari oleh Shasha dan bertindak untuk menghalang dan menyelamatkan rakan-rakannya. Ya, memang benar semua impian mereka tercapai tetapi melalui pelbagai cara yang menekan jiwa sehingga ada yang tidak masuk akal dan mengorbankan nyawa.Mereka menemui Mimi Monira dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ini adalah balasan dendam Mimi kepada mereka semua yang pernah membulinya dengan teruk 10 tahun dahulu.Debaran semakin terasa. Namun kisah seterusnya bersambung dalam novel berikut ^_^;Moralnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Jika mahukan perubahan perlulah mengikut kemampuan diri dan tidak bertindak melampaui batas. Mahu buat sesuatu perlu dengan ilmu, akal fikiran yang waras dan perlu berada di atas landasan agama.Wallahualam.
review 2: Impiana is a really thrilling book! Which is expected because it's meant to be a thriller anyway, duh. For me though, it wasn't exactly too scary that would make you close the book in a fright, but it had some suspense in it which was great. The plot was fine, it definitely kept me reading, the characters were relatable (who doesn't love the wannababes?) and the writing...well I've always been a fan of Ain Maisarah so I'm gonna say that it was great. She has a way of turning Malay books into a more relaxed vibe without spoiling the language itself. All in all, a job well done and I congratulate the author for trying a new genre in her writing which previously has been in a more teen-chick-flick kind of genre. less
Reviews (see all)
tinmendez
syarikat impiana ni mmg gler!!cter fantasi pleng best!!
Shareena
jangan mnjadi seorang yg pndendam
GIDDYGIRL
it was amaizing
tonchy
i hate it
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)