Rate this book

Aku Yang Kau Tinggalkan (2011)

by Alina Haizar(Favorite Author)
3.25 of 5 Votes: 3
languge
English
publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)
review 1: Teringat kata Kak Ti “Fell-in-love-at-first-sight…hook-in-love-after-first-reading.” :D Tapi betul lah tu, aku sudah jatuh cinta [again? :P]. Mungkin selama ini aku disogokkan dengan novel KN yang ringan, jadi bila ada novel serius seperti ini ia jadi sesuatu yang sungguh menarik.Nia Athirah [Nia] ditugaskan sebagai pemandu pelancong kepada pelawat Malaysia di Turin, Itali. Di situ dia bertemu dengan Zaril Ikhwan [Zaril] dan di sinilah cerita ini bermula :D Adegan imbas kembali yang penuh dengan peristiwa-peristiwa penting. Tak pasti orang lain, tetapi bagiku adegan ini teramatlah penting kerana ia membantu cerita Nia-Zaril berkembang.Nia dikahwinkan dengan Zaril apabila adiknya; Ani melarikan diri di saat-saat akhir. Nampak klise kan bunyinya? Mungkin tetapi sebab u... moretama perkahwinan Zaril adalah sesuatu yang baru. Zaril mengalami kemalangan ngeri yang meragut hampir keseluruhan kesihatannya. Dia berubah daripada seseorang yang hampir sempurna kepada kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Apabila ayahnya mahu meletakkan Zaril di rumah kebajikan, nenek Zaril membantah. Dia kalut mencari seorang cucu menantu yang boleh menjaga cucunya. Nenek Zaril mahukan seorang gadis kampung yang tak belajar tinggi tetapi tahu menguruskan hal rumah tangga dengan baik. Disebabkan itu Ani dipilih. Tetapi tak sangka pula Ani menarik diri. Sudahnya Nia yang perlu menjadi galang gantinya kerana ibunya sudah pun mengambil wang hantaran untuk menebus kembali tanah mereka yang tergadai. Nenek Zaril menyangka Nia ini berkriteria seperti itu, sedangkan Nia pelajar universiti.Aku tak pasti sama ada Zaril ini boleh berkahwin atau tidak. Sebab emosinya tidak stabil. Kadang-kadang elok, kadang-kadang macam tak betul. Dan bila datang angin tak betulnya mulalah Zaril lupa diri. Habis semua orang dibelasah termasuklah Nia. Tetapi Nia ni pula memang baiklah. Sayang benar dengan suaminya walaupun pada mulanya dia bagaikan paksa rela je untuk berkahwin dengan Zaril. Diam-diam Nia mengharapkan agar perkahwinannya bersama Zaril kekal seumur hidup.Mungkin disebabkan sayang, Nia cuba mencari alternatif untuk membantu memulihkan kesihatan Zaril. Namun sayang, ibu mentua Nia merancang sesuatu yang lain. Mereka menganggap Nia hanya tertarik dengan harta bukanlah sayangkan Zaril. Akhirnya Nia disingkirkan sebaik sahaja Zaril pulih sepenuhnya. Sungguhlah tidak adil!Jadi pertemuan semula di negara orang menjadi titik-tolak kepada perhubungan mereka. Nia menganggap Zaril sudah tidak mengenalinya, maklumlah sudah hampir 4 tahun. Lagipun Nia masih tidak mahu melepaskan buah hati kecilnya pergi. Hak penjagaan Hazeril; anaknya bersama Zaril akan jatuh kepada Zaril sekiranya mereka bercerai. Itu sudah termaktub dalam perjanjian prenuptial antara Nia dan Zaril. Disebabkan itu Nia cuba mengelak daripada bekerjasama dengan Zaril. Namun siapa tahu apa yang ada dalam hati Zaril? Aku suka plot cerita ini [aku memang suka cerita begini sebenarnya kih5 :P]. Dan perkara yang paling penting adalah kepercayaan dalam apa jua bentuk perhubungan. Komunikasi itu pun penting, jangan asyik fikir orang itu tahu apa yang kita rasa. Ada masanya aku terasa seperti membaca karya NB sebab banyak betul info yang diselitkan. Penulis pun menggambarkan Turin dengan baik sekali. Hingga aku yang penasaran, mahu masukkan nama Turin dalam wishlist melancong. Eh, Turki pun tak lepas pergi lagi! Ada hati mahu panjangkan wishlist hik3 lalala5 :P
review 2: Best Sangat. Apa yg Sy Belajar daripada cerita ini.....appreciate what u have. Memaafkan lebih baik daripada terus membenci. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita adalah aturan dari-NYA yang mana setiap daripada apa yang berlaku ke atas diri kita sentiasa hikmahnya> satu karya yang merangsang sy untuk membaca more than 3 time within 1 week..hahahahaha. Penulisan ala2 karya penulis Norhayati Berahim. Many new general info can learn. less
Reviews (see all)
jsherman
Best sgt..tak bosan nk abiskan..tak rasa menyesal beli n buat koleksi novel nih
strekoza430
amazing story. not cliche. ending was a little rushed otherwise it's perfect
Nano
Suka cerita nie.. bahasa yg lembut.. xleh stop bc
Terry
i like
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)