Rate this book

Beruk (2010)

by Azizi Haji Abdullah(Favorite Author)
4.07 of 5 Votes: 4
languge
English
genre
publisher
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T)
review 1: Bagaimana Tuan Azizi mengarap perhubungan antara manusia dan haiwan yang mana haiwan juga adalah makhluk Allah yang juga berupaya menjadi penyumbang utama rezeki dan juga pelindung bagi manusia.Bahasanya mudah di fahami dan sarat dengan pengajaran. antaranya 1. Guru itu haruslah menjadi pendidik bukan mengajar sahaja2. kepandaian milik semua orang tidak kira miskin / kaya yang penting rajin berusaha.3. Miskin itu mengajar manusia nilai hidup dan mempunyai pekerti yang tinggi.4. Binatang juga makhluk Allah mempunyai perasaan melindungi orang yang disayangi.5. Rezeki ini milik Allah tertutup satu pintu rezeki Allah akan membuka pintu rezeki yang lain.
review 2: Beruk diangkat dari sebuah cerpen pada tahun 70-an. Tetapi saya selaku generasi 80-an tidak berpeluang
... moremenatap arkib cerpen tersebut. Ada juga diselitkan kemuncak cerita ini dalam novel Memoir Seorang Guru, Alaf 21. Dari segi teknik, sisipan ringkas dalam Memoir Seorang Guru lebih emosional. Novel ini ditulis secara kronologi. Mengisahkan seorang pelajar pintar, Alias yang kematian bapa memelihara seekor beruk. Beruk itu dinamakan Pon. Alias bergantung pada Pon mengambil upah memungut kelapa. Hal ini disebabkan ibunya lumpuh. Kisah dimulakan dengan kehilangan Pon sehingga Alias lewat ke sekolah. Hal ini menyebabkan cikgu Sunan bengang dan menamparnya. Akibat tamparan itu telinga Alias bernanah. Pun begitu, Alias tidak mengadu kepada ibunya. Dia berikhtiar mencari wang untuk menampung makan minum dan ubatan. Keadaan telinga Alias menjadikannya malu ke sekolah. Tetapi Som tetap menemui Alias untuk menyelesaikan kerja rumah. Alias bukanlah pelajar bodoh, tetapi keadaanlah yang memaksa dia menjadi begitu. Cikgu Sunan akhirnya meminta bantuan Som untuk menunjukkan rumah Alias. Apabila tiba di rumah Alias, cikgu Sunan cuba membelai kepala Alias. Pon nampak perbuatan itu sebagai satu ancaman terhadap tuannya. Lalu Pon menggigit lengan cikgu Sunan. Antara cikgu dan beruk, Alias tiada pilihan melainkan menyelamatkan gurunya. Dia menikam Pon dengan lembing sehinggalah beruk itu mati. Baharulah cikgu Sunan tahu letak duduk keadaan Alias yang sebenar. Disebabkan dia terhutang budi dengan pengorbanan Alias, dia berjanji membiayai pendidikan Alias. less
Reviews (see all)
Jean
Sayang seorang manusia kepada beruknya.
infitelove
Damailah kau di syurga, Pon.
Shandan
Kisah yang menyedihkan...
phoenix
Sedih.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)