Rate this book

Rooftop Rant (2009)

by Hlovate(Favorite Author)
4.46 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Jemari Seni Publishing
review 1: Rooftop rant memberi view yg baru pada aku. Betapa macam mana keadaan remaja sekarang, hanyut . Namun, perancangan Allah itu lebih rapi. Tiada yang mampu menghalang jika Dia ingin hamba Nya berubah ke jalan yg lebih baik.Ahoii.. tapi ceritera inilah yang membuatku pusing untuk meneruskan niat mengambil medik. Menjadi kartunis pun menarik juga.hihi..fi hifzillah abadan abada, hlovate
review 2: Trisy berada dalam keluarga yang kurang memberi kasih sayang. Sering dia melepaskan perasaannya dengan sikapnya yang memeningkan - merokok, bergaduh dan pelbagai masalah disiplin di sekolah. Rooftop sebuah bangunan menjadi tempat dia merehatkan diri sambil cuba melepaskan apa yang dirasakannya. Di situ dia bertemu Jade, yang mempunyai bakat melukis. Nasib Jade dan Trisy ha
... morempir sama. Kedua-duanya hilang kasih sayang. Jade tidak mampu memberi alasan kukuh kepada keluarga mengapa dia perlu meneruskan cita-cita dalam seni lukis hingga dipaksa menyambung pelajaran dalam bidang yang tidak digemari. Pada waktu lain, dia menjual burger bagi menampung pengajian sebagai cara untuk tidak menyusahkan keluarga. Trisy messkipun dalam keluarga kaya namun miskin kasih sayang. Ibu bapanya dengan hal sendiri, adik beradiknya juga dengan dunia msing-masing. Hanya Buk Jah menjadi ruang dia berkongsi rasa.Jade dan Trisy sering berbual tentang kehidupan mereka yang berbeza setiap kali bertemu di rooftop. Trisy dipindahkan ke kampung di JB apabila dia semakin liar dengan cuba menelan pil hingga dimasukkan ke hospital. Berada di kampung dengan atuk dan opah serta Pak Usu, berjaya membetulkan dirinya meskipun memberontak pada awalnya. Sering mereka berutus surat bagi menceritakan kehidupan di daerah baharu. Selepas SPM, Trisy menyambung pelajaran ke Seremban dan kemudian ke Aberdeen. Jade meneruskan cita-cita sebagai pelukis sehingga dapat diterima keluarganya, sebagai kerjaya yang boleh cari makan. Cubaan dan dugaan yang datang dilokasi yang berbeza mendewasakan mereka sehinggalah mereka bertemu kembali selepas lima tahun. Mereka kemudian berkahwin ketika Trisy di thaun dua pengajian.Rooftop Rant mungkin sebuah kisah klise. Tetapi di tangan Hlovate, klise itu ditenggelamkan dengan pelbagai ingatan yang sentiasa menjadikan kita sedar dan insaf. Nasihat yang disulamkan dalam setiap plot tidak langsung bersifat menggurui tetapi senyap-senyap membuatkan kita merenung diri sendiri. less
Reviews (see all)
shyn
my fav novel of all hlovate's novels. a moving story. an eye-opener jugak. something that most of us can definitely relate to. persahabatan between jade & trisy is a beautiful one. their roads to finding themselves and ultimately, Allah s.w.t were especially moving :) cried even before reaching half of the book and then cried all the way until habes :D to me, this is a good form of dakwah & tarbiyah and hlovate does it really well through this book :)
pollymixup
Rooftop rant memberi view yg baru pada aku. Betapa macam mana keadaan remaja sekarang, hanyut . Namun, perancangan Allah itu lebih rapi. Tiada yang mampu menghalang jika Dia ingin hamba Nya berubah ke jalan yg lebih baik.Ahoii.. tapi ceritera inilah yang membuatku pusing untuk meneruskan niat mengambil medik. Menjadi kartunis pun menarik juga.hihi..fi hifzillah abadan abada, hlovate
rawdog
Forgot the story line, need to read it back
jlinares1004
it's a motivational book..,love it!..,:-)
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)