Rate this book

Coke And Sundae (2010)

by Ilya Abdullah(Favorite Author)
3.75 of 5 Votes: 4
languge
English
genre
publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)
review 1: Azyan dan Syakir tidak boleh bertemu. Ada sahaja yang nak digaduhkan. Tapi dalam diam Syakir memendam rasa. Cuma Azyan yang lambat tangkap. Mula-mula Azyan ingat Haziq adalah lelaki idamannya, tapi dia lemah-lembut. Kemudian, Azyan ingat Rizlan adalah pilihan yang tepat. Tapi akhirnya, dia sedar bahawa Syakir telah ada didalam hatinya. Setelah lama bercinta, Emelda datang lagi untuk mengganggu hubungan mereka. Mujur ada teman-teman, Syamil dan ibu Syakir. Akhirnya mereka disatukan. Cerita yang simple tapi menghiburkan dengan telatah Azyan dan Syakir yang sangat ego.
review 2: Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing.
... morePantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki! less
Reviews (see all)
Sharifa
Doktor Muhammad Syakir bin IlyasNur Azyan binti IdrisSama-sama kasar... sama-sama padan
spongedude3
Kisah cinta remaja. Sangat santai dan takde konflik.
lol
sweet giler crite nih!!
becky
love it .....XD
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)