Rate this book

Awek Chuck Taylor (2011)

by Nami Cob Nobbler(Favorite Author)
3.62 of 5 Votes: 2
languge
English
genre
publisher
Lejen Press
review 1: Buku yang menarik untuk dibaca bagi mengenali dunia yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Sangat bagus untuk membuka pemikiran yang tertutup berkenaan dengan dunia-dunia alternatif.Ada juga diselitkan dengan perbincangan berkenaan ideology-ideology yang mampu menggegarkan iman manusia. Percintaan dalam dunia remaja yang sangat menngelirukan ada dihuraikan.Secara peribadi, saya tiada masalah dalam membaca buku ini. Namun dalam buku ini, saya melihat watak yang ditonjolkan mempunyai masalah dalam menentukan konsep pandangan alam terhadap dunia seperti mempunyai kekeliruan yang tidak dapat dirasionalkan.Dari sudut positif, buku ini ada menerapkan nilai kekeluargaan yang baik, hubungan bersama kawan-kawan dan juga nilai pemikiran kritikal.Jalan cerita yang menarik. Peng... moreakhiran yang menyedihkan.
review 2: Sebenarnya aku nak bagi 1.5 bintang yang malap saja pada buku ini.Mujurlah aku baca Lelaki Eksistensial dahulu (yang aku suka); kalau aku baca buku Awek Chuck Taylor ni dahulu, taubat aku nak baca buku-buku tulisan Nami dah.Dengan bahasa rempit, grammar lintang pukang, aku rasa tak macam baca buku pun. Rasa macam baca entri/benang dalam forum atau sub-forum luahan perasaan atau ruangan budak-budak yang baru nak belajar mengarang cerita.Serius aku tak boleh hadam macam mana buku ini boleh diulang cetak sampai sepuluh kali.Mungkin sebab diilhamkan dari kisah sebenar kot. Dan orang sedih sebab pengakhirannya, awek tu mati.Tapi kalau kisah sebenar, sepatutnya aku boleh tumpang bersedih, tapi aku tak rasa macam tu. Bahkan aku rasa lega lagi bersyukur kerana selesai sudah penyeksaan yang aku hadapi untuk mengkhatamkan buku ini.Dan tak ada satu watak pun yang aku suka dalam novel ini - Hafiz seorang loser, Mira seorang biadab, Aiman suka mencarut, Nana OK sikit kot, cuma tak ada sifat-sifat dia yang betul-betul bikin dia likeable, dan awek-awek Hafiz yang lain semua perangai macam puaka.Nami, awak boleh menulis dengan baik sebenarnya. Tapi tolonglah jangan menulis macam ini lagi, PLEASE. less
Reviews (see all)
sri
ok jer. nothing spectacular. agak sangsi jika ini betul-betul sebuah roman a clef.
Shahi
spoiler.Awek Chuck Taylor jugak win last last.
kathrinejoans
awesome!
krishna
Menarik.
Asuna
Sampah
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)