Rate this book

Tuan Rumah Pembantu Rumah (2011)

by Orkid Edyliyne(Favorite Author)
3.61 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Fajar Pakeer Sdn Bhd
review 1: Ada sesuatu yang menarik untuk dijelajah dalam karya ini apatah lagi dengan pelbagai helah dan tipu daya antara Emir dan Asha untuk mengenakan antara satu sama lain. Asha berdendam dengan pemilik kereta mini kuning itu kerana pemandu itu sungguh kurang sopan sehingga dia bermandi air lumpur, bukan sekali tetapi dua kali. Aishhh…..Asha memang geram kerana tuan punya kereta itu la dia dianggap orang tidak cukup akal. Memang dia benci pada lelaki itu.Emir terkejut apabila tiba-tiba mereka mempunyai maid baru di vila mereka, apatah lagi dia dapat rasakan ada aura perang yang akan meletus antara mereka. Dek penangan air kopi Perancis Asha, terus Emir cop Asha sebagai pembancuh air bagi dirinya. Dia tidak akan senang duduk jika dalam sehari dia tidak menyakitkan hati Asha yang... more dalam diam akan memberontak dan mencari helah untuk membalas dendam.Memang lawak apabila kedua-dua saling mahu menang dan kadang kala kerana pergaduhan itu mencuit rasa di hati mereka dan KakChik memang tak boleh nak bayangkan lelaki umur 32 tahun yang hidup di kelilingi dengan toy yang berbulu, memang haru. Aduhhhhhh…memang dapat bayangkan si doktor ini memang la lembap dalam nak memikat hati Asha tapi boleh pula dia jadi pengintip kerana nak latar belakang maidnya selepas rahsia Asha terbongkar. Dan memang berbaloi la kot dia intip Asha hingga ke kelas tarian dan tiba-tiba pula jadi hero bertumbuk dengan Taufeeq.Dalam pada Asha cuba mengepam rasa yang menjentik hati pada Emir, ada sesuatu yang masih menjadi persoalannya – apa hubungan Emir dan Inn? Dua kali dia bertembung dengan mereka dalam keadaan yang mencurigakan apatah lagi kelakuan Inn yang lain macam. Eeeiiii…Asha dah mula fikir macam-macam dah tu.Berbaloi untuk dijadikan bahan bacaan yang ringan sambil tersengih sendiri dan kalau yang obses dengan negara Korea, karya ini memang sesuai buat mereka. Siap boleh belajar bahasa Korea lagi tu. Kira satu bonus buat pembaca.Pengakhiran yang manis walaupun Emir dah gelabah bila Asha menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Dan kesian pada Lut yang termalu kerana dianggap membawa khabar yang tidak benar. Ishh…LiFe iS a LoNG JouRNeY-Kak Chik-
review 2: Pada pendapat saya, membaca novel hasil pertama OE ini membuatkan saya macam agak sukar untuk menerimanya di alam realiti. Sebab bila saya membaca novel, suka saya untuk mengimaginasi dahulu jalan ceritanya. Nama lagi fiksyen semata- mata, bukan? Ya. Saya pasti, novel- novel lain juga tidak masuk akal tapi masih lagi boleh menerimanya. Akan tetapi, novel ini masih lagi boleh diterima untuk dibaca.Al-kisahnya bermula apabila heroin, Asha Areen nampak kecurangan tunangnya, Taufeeq di depan mata. Lantas, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan sebagai ketua chef di hotel terkemuka dengan menyamar sebagai pembantu rumah. Di rumah majikannya, Asha selalu je bergaduh dengan si Xiah Celup; Emir Jihan.Endingnya? Cubalah anda teka. less
Reviews (see all)
angeltochi
Intan Asha Areen & Emir 'Xiah Celup' Jihan"Oppa, sarang hae yo!"
camwolf
Humorous and interesting....!
danielle
nak baca macammana??
hosnnanah
best and funny
Kdawg
funny
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)