Rate this book

Hell Screen. Ryunosuke Akutagawa (2000)

by Ryūnosuke Akutagawa(Favorite Author)
4.26 of 5 Votes: 4
languge
English
genre
review 1: Ini mungkin kali pertama saya membaca karya Sastera Jepun, kalau ada pun sebelum ini saya pernah terbaca, ia tidak meninggalkan kesan psikologi sedalam Tulisan Ryunosuke Akutagawa.Kalau ada sesuatu yang gelap. Akutagawa telah menulis kegelapan bahkan lebih malap daripada itu dalam naskah nipis ini yang mengandungi 2 cerita pendek. Hell Screen dan The Spider's thread. I. Hell ScreenHell screen, adalah bacaan horror yang menyesakkan, malap malah amat menjengkelkan. Ia mengambil latar sekitar era heian berkenaan Horikawa, seorang raja yang amat kejam tetapi dipuja-puja keagungannya oleh rakyat sehingga dianggap sebagai Reinkarnasi Buddha. Horikawa mempunyai seorang pelukis hebat, Yoshihide yang dikatakan pada setiap lukisan-lukisannya memancarkan aura memukau, gelap dan mena... morekutkan. Yoshihide dengan segala sifatnya yang digambarkan sebagai seorang yang jelik, pelik , angkuh dan tidak disenangi ramai mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, Yuzuki yang amat disayanginya mempunyai sifat yang sama sekali bertentangan dengan ayahnya.Yuzuki juga berkhidmat sebagai dayang istana Raja. Khabar angin mengatakan Horikawa menaruh perasaan terhadap Yuzuki.Bagaimana kesah ini bermula? Pada suatu masa Raja Horikawa telah mengarahkan Yoshihide untuk melukiskan pada layar gambaran 8 tingkatan Neraka seperti yang dirakamkan dalam ajaran Buddha. Yoshihide bersetuju. Dia malah telah memperlakukan anak-anak muridnya dengan kejam sebagai model hanya untuk melihat sendiri pemandangan, emosi dan jeritan siksaan-siksaan untuk dilukiskan pada layar tersebut. Cerita ini semakin menjengkelkan apabila yusuke telah dirogol oleh horikawa akan tetapi diceritakan seolah-olah sang raja tidak bersalah dalam hal ni. Setelah berapa ketika, Yoshihide menghadap sang raja dalam keadaan muram . katanya lagi dia memerlukan satu lagi gambaran untuk menyempurnakan layar tersebut. Gambaran keadaan dimana satu kenderaan diraja sedang keawangan dan terbakar, di dalamnya terdapat seorang perempuan yang dirantai meraung menggelupur kebakaran yang marak memakan rambut , kening, kulit dan segala isi tubuhnya. Yoshihide perlukan peristiwa seperti itu. Horikawa tersengih. malah dengan terketawa beliau mengabulkan permintaan Yoshihide. Pada akhir penceritaan ini walaupun dapat dijangka bahawa Sang Raja akan membakar Yuzuki hidup-hidup semata-mata kerana nafsunya dinafikan oleh Yuzuki. Tetapi yang paling memeranjatkan adalah Yoshihide. Kesedihan melihat anaknya dibakar didepan mata tidak menggetarkan hatinya untuk lari menyelamatkan darah dagingnya sendiri tetapi, kesedihan itu terbakar sekali dengan api yang marak diselang selikan raungan, jeritan malah tangisan anaknya dalam kegelupuran. Ratapan Yoshihide untuk anaknnya hanya beberapa saat. Seterusnya dia trance, kesurupan dalam obsesinya untuk meyiapkan lukisan tersebut. Lukisan tersebut dikagumi seluruh mata yang melihat dan Yoshihide tidak dikeji lagi masyarakat. Keluarbiasaan lukisan tersebut mempunyai harga yang tinggi tak dapat dibayangi dek akal manusia akhirnya meragut kewarasan Yoshihide yang dihantui kesedihan saban hari akibat kematian anaknya. Yoshihide akhirnya membunuh diri. II. The Spider's ThreadCerita kedua lebih pendek, lebih mudah ditembus lapisan-lapisan maknanya yang lebih nipis berbanding Hell Screen manakala, plot twist di akhir cerita benar-benar menyempurnakan. Dengan mengambil latar di Syurga, kesah ini membayangkan empati dan keadilan Shakyamuni Buddha yang melihat para pendosa disiksa di relau neraka melalui lohong dari permukaan kolam teratai di syurga. Beliau berasa kasihan dengan seorang penghuni neraka tersebut, Kandata . Lalu beliau membuka lembaran amalannya , ternyata tiada satu pun amal kebajikan kecuali satu. Ketika dalam hayatnya yang lalu, Kandata yang merupakan pencuri telah menahan diri daripada membunuh seekor labah-labah. Maka dengan kebajikan tersebut, Shakyamuni dengan penuh rasa belas menurunkan sehelai benang lelabah dari syurga atas ke lohong neraka untuknya. Kemudian kandata pun memanjat-manjat dengan bersungguh-sungguh. tetapi bukanlah suatu yang tak dapat diramalkan, seluruh pendosa lain pun berkejar-kejaran memanjat sehelai benang labah-labah itu. masakan tidak, peluang untuk terlepas diri dari siksaan harian. Kandata jadi berang. dengan angkuh dan sikap nafsi-nafsinya itu, beliau menjerit hak kepunyaan benang ini adalah miliknya sendiri!. dan pada saat itu. benang itu putus betul-betul di atas genggaman kandata dan terjatuhlah mereka semua.kerana sikap nafsi-nafsi itu, Shakyamuni Buddha pun berlalu pergi.Dalam kedua-dua cerita pendek ini pada saya mencerminkan psikologi masyarakat moden jepun dan juga kedudukan wanita dalam masyarakatnya. Budaya obses kerja - workaholic rakyat jepun yang keterlaluan hingga ada yang menyebabkan Karōshi (literally- death from overwork) meskipun ia membayangkan betapa Passionate-nya mereka namun ia telah membunuh nilai-nilai tertentu yang utama dalam masyarakat. Tentang wanita pula , Yuzuki seolah-olah sekadar menjadi objek. Objek pelayan, Objek pemuas Nafsu, Objek kesayangan, Objek bernyawa yang tidak mampu keluar dari kandang stratanya. Cara penceritaan sang penglipurlara pula amat menjengkelkan walaupun tukang cerita melihat sendiri bagaimana Yuzuki telah dicabul, dia buat endah-tak endah barangkali kerana kepujaannya terhadap sang raja itu.Walauapapun nilai yang akutagawa cuba nyorokkan, tulisan beliau memang satu bacaan waktu senggang yang mengashikkan dan mengenggama imaginasi
review 2: A marvellous short story and my first foray into Japanese literature. It's hard to tell if the typical touches you expect of a classic are the work of the translator or if they're present in the source work; but, either way, this disturbing tale of an obsessive, misanthropic painter is as entertaining as any European classic I have come across.The second tale, a Buddhist fable, is charming enough but not of the same calibre as the first, as much for its brevity as anything else. less
Reviews (see all)
Renada
Best described as "a little book of intrigue."
niki
Strangely inspiring.
bella
Holy fuck.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)