Rate this book

KASINO (2011)

by Saifullizan Tahir(Favorite Author)
3.65 of 5 Votes: 5
languge
English
publisher
Buku Fixi (002016254-V)
review 1: Ini buku kedua daripada Buku Fixi yang saya baca selepas Zombijaya. Bila habis membaca buku saya yang berasa lega. Sebab sebenarnya semua tu hanyalah permainan dunia politik semata. :pMengisahkan perjalanan selama 14 hari Dato' Mohd Narcissus Yussof, seorang usahawan bumiputera yang terpaksa mencari alternatif untuk memulangkan kembali wang yang terhutang kepada kerajaan negeri Tualang sebanyak RM 3.8 juta. Wang itu sebenarnya adalah wang pendahuluan pembayaran untuk majlis perasmian projek bernilai jutaan ringgit di Kuala Tualang.Dalam tempoh 14 hari ni memang jauh perjalanan Dato' Narcissus ni. Dari Malaysia membawa ke Australia dan akhirnya ke Singapura. Yela, cuba kita bayangkan kalau kita sendiri yang duduk dalam situasi ini. Mesti kita akan cuba sehabis daya untuk da... morepatkan juga wang yang kita perlukan kalau tak mahu dihadapkan ke SPRM. Heh.Percaturan terakhir Dato' Narcissus adalah dengan mencuba nasib di kasino antarabangsa. Adakah dia berjaya mengumpulkan wang yang diperlukannya itu?Komen saya: Agak mengagumkan sebab saya berjaya habiskan pembacaan buku ni dalam tempoh sehari sahaja. Amaran awal sekiranya hendak membaca buku ini, silalah buka minda anda seluas-luasnya supaya dapat menghadamkan apa yang disampaikan di dalam buku ini dengan sebaiknya.
review 2: Hmmm... tak perlu la aku ulas panjang-panjang sebab ianya boleh dibaca dari rakan GR yang lain yang telah membacanya. Satu kelainan tentang watak utama, dia seorang yang punya keyakinan dan bercita-cita tinggi serta berkarisma. Aku bayangkan dia ni macam Harvey Specter dalam TV Series SUIT. Dalam dia berbuat dosa seperti khalwat, minum dan berjudi tapi dia juga tidak culas menunaikan tuntutan solat 5x sehari dan ada juga mengerjakan solat tahajud. Mungkin sebab tu dia ada 'ong' kot dalam apa jua yang dilakukannya. Siapa kita yang untuk menentukan dosa pahala dia kerana Tuhan lebih mengetahui, kan? Di samping itu, kalau nak tau pasal pakaian, bag dll yang berjenama mewah, boleh dikatakan majoritinya ada disebut dalam novel ni. less
Reviews (see all)
bslaughl
Antara buku Fixi yg gagal dihadam tak dapat lah nak bagi bintang ya.Mungkin tak kena dengan jiwa
shapie
Brand!herm...byk ilmu ttg judi..x sesuai sgt ngn jiwa..tp leh la amik as ilmu
moce209
Berzina, berjudi, minum arak tapi solat tak tinggal. Perghh.
Arryle
Buku yg sedap.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)