Rate this book

KOUGAR (2011)

by Shaz Johar(Favorite Author)
3.03 of 5 Votes: 1
ISBN
9671038409 (ISBN13: 9789671038406)
languge
English
genre
publisher
Buku Fixi (002016254-V)
review 1: Ini buku FIXI yang hamba beli menggantikan Sitora Harimau Jadian dan Kelabu yang kehabisan di rak Popular. Sedang cuba berkenal-kenalan dengan buku-buku FIXI membuat hamba tidak kisah mengambil risiko dengan 'Kougar' yang menerima purata bintang di bawah tiga. Meski hamba agak menyesali tindakan sendiri kerana tidak meneliti review-review yang ada tetapi seperti selalu hamba tidak merasakan pembelian apa buku pun adalah sia-sia. Sedikit atau banyak, baik atau buruk pasti ada sesuatu yang kita perolehi dari membaca sebuah buku, kan?Untuk 'Kougar', hamba sebenarnya tidak akan serendah ini memberi bintang jika babak-babak 'terlampau' itu tiada di dalamnya. Hamba tidak merasakan babak seperti itu perlu untuk dipakejkan sekali bersama perwatakan Kisha yang sudah sedia bertolaka... moren dari norma fikiran hamba.Kisah seorang perempuan yang cuma sendu-senduan sedikit selepas diperkosa dan meneruskan kehidupan dengan seperti biasa adalah sesuatu yang di luar norma bagi hamba. Kejadian curang di tandas awam ketika suami membeli belah, sesuatu lagi yang di luar norma fikiran. (Daripada dia mengisi waktu kosong dengan ber-curang-an dengan lelaki lain, kan bagus dia lari saja sewaktu punya peluang begitu? Kejadian ini membuat hamba hilang simpati terus pada dia yang menjadi mangsa penderaan domestik.)Dan, yang paling di luar norma fikiran hamba ialah semua ini dilakukan oleh seorang perempuan berusia 40 tahun yang pada seharusnya bijak, matang, tahu mengawal diri dan sudah punya matlamat hidup.Walaubagaimanapun, bukanlah isi cerita yang disampaikan oleh penulis tidak boleh hamba terima 100% dalam kotak fikir. Malah, hamba tahu kougar seperti Kisha ini memang benar-benar ada cumanya penulis tidak berjaya membuat hamba 'memaafkan' setiap kesalahan-kesalahan 'luar biasa' Kisha. Namun, satu pengajaran penting yang hamba dapat dari buku ini selain JANGAN JADI MACAM KISHA ialah jangan sesekali meminjamkannya kepada adik-adik sepupu hamba. Noktah.p.s Termasuk dalam 'Kougar', hamba tidak suka membaca babak-babak mimpi. Entah kenapa.
review 2: Kisha who is in love with a man much younger than her. She is being force to marry a person of her mother's choice but the husband abused her. Generally that is the story. The good thing about this story is the conflict. The conflict keeps you want to read more. The author portrays the character Razif as a wife beater. The author should have portrayed Razif as a mean abuser. At the end, I symphatize Razif more than Kisha. Yes, she was abused but not that extreme to the extent of running away from home. less
Reviews (see all)
Noveltyact
Storyline cantil tersusun, mudah untuk difahami & terdapat babak2 suspens. Itu menarik!
Sapphiraadi
Haha my oldest and 1st collection of #bukufixi also .Totally in love with this book .
hasib
ada lagi ke perempuam kougar zaman sekarang?
MaraLemke
Interesting storyline.
Megan1599
2'½ ★
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)
Other books by Shaz Johar