Rate this book

Hadirkan Cinta Buat Aku (2014)

by Tulip Ungu(Favorite Author)
4.09 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Intens Idea
review 1: Review Hadirkan Cinta Buat Aku karya Tulip Ungu terbitan Intens IdeaKisah Sara Adelina yang lari dari rumah dan melindungi diri di sebuah rumah banglo milik Syarifah Raziah. Mengapa Sara melarikan diri? ;)Syarifah Raziah membantu Sara dengan menjadikannya sebagai penjaga kepada Emma Saffiya, cucu sulungnya yang telah kematian seorang ibu.Lama kelamaan, hati Syarifah Raziah tersentuh dengan cara Sara menjaga Emma seperti anak kandungnya sendiri. Maka, Syarifah Raziah menjodohkan anaknya, Syed Ziqri dengan Sara Adelina. Dia berharap, Syed Ziqri dapat melupakan arwah isterinya dah keluar daripada zon kesedihan.Setelah berkahwin, (ini part yang menyakitkan hati huh)Syed Ziqri meminta rakannya Azmiziy untuk memikat hati Sara supaya Sara jatuh cinta. Dan peluang ini akan digunak... morean untuk Syed Ziqri melafazkan talak.Sakit hati huh!!!Kerana satu perkhabaran, Syed Ziqri lari meninggalkan keluarga dan menetap di England. Apakah beritanya :(Setelah 5 tahun, Ziqri kembali dengan hasrat ingin memperisterikan Syarifah Letisha sepupu kepada arwah isterinya. Tetapi, (ambik kau, baru tau siapa tu Sara)Syed ziqri menjadi keliru. Isteri yang ditinggalkan atau Syarifah Letisha yang mempunyai iras wajah seperti arwah isterinya.Perasaan cemburu membelenggu dirinya apabila Fazry secara terang-terangan ingin memiliki Sara. Pelbagai peristiwa yang berlaku, akhirnya, Ziqri memilih Sara. Kebahagiaan hanya dikecapi seketika apabila Syed Ziqri mengalami masalah besar dan mempertaruhkan kebahagiaannya. Apa masalahnya :)Sara diculik!!! OMG...siapa yang menculiknya....Semuanya akan terjawab dalam Hadirkan Cinta Buat Aku...
review 2: Sara Adelina – Aku sedar aku insan yang tak punya. Malah kehadiranku disini juga tidak pernah aku duga. Dia yang telah melorongkan aku untuk melengkapi yang ‘hilang’ itu disini. Ketahuilah, aku masih sedar, siapa aku malah aku tidak pernah lupa siapa aku disisimu. Walaupun kehadiranku ini tidak pernah kau ingini, tapi perasaan ini bukan sewenangnya untuk engkau lukai.Abang, ini keputusan bersama. Sudah ku luahkan kegusaranku. Sudah kutanya perasaanmu. Jawapan yang kuterima darimu membuatkan aku memasang angan membina impian. Moga kebahagiaan milikku kerana aku tahu perjodohan ini perutusan dariNya. Namun mengapa, saat pintu kasihku buka, engkau melangkah hanya setapak dan kemudiannya engkau berpaling meninggalkan aku terkapai-kapai sendirian mencari jawapan. Ketahuilah abang, melayari bahtera kehidupan ini sendirian tanpa kemudi tidak mudah. Apatah lagi menggalas tanggungjawab yang engkau tinggalkan. Kini, mengapa engkau kembali lagi kesini? Bertahun engkau meninggalkan aku sendirian hinggakan aku sendiri sudah keterlupaan tentangmu. Mengapa? Adakah untuk merobek semula jiwaku yang sudah lama memendam lara? Kesakitan ini bagaikan tiada penamatnya. Hanya kerana dia dan dia, aku masih ampuh disini. Biarkan aku begini kerana aku senang begini. Jangan dipersoalkan tentang kesetiaan kerana engkau tidak layak untuk membicarakan tentangnya. Jangan pernah ditanya tentang kita kerana yang tinggal kini hanyalah kenangan yang menyakit. Apakah aku mampu untuk terus berpegang pada sayang yang kau lafazkan sedangkan hati dan jiwa kita sudah terlalu jauh.Syed Ziqri – Aku sedar aku khilaf. Berpaling darimu bagaikan seorang pengecut. Aku sedar aku sedang menafikan perasaan yang sedang mengetuk pintu hati ini hanya dengan senyuman manismu, sayang. Sungguh, aku kecewa dengan perpisahan yang terjadi kerana dia cinta pertamaku. Aku ingin menjadi seorang pencinta yang setia. Setia dalam janji yang aku taburkan untuk dia. Namun, kehadiranmu disisiku walau hanya seketika telah menggoyahkan perasaan itu. Salah akukah andai aku berpaling? Oh Tuhan.Sayang, bukan salahmu. Bukan juga pintuku. Kehadiranmu disisiku sudahpun melengkapi diri ini. Cuma aku saja yang buta dalam menilai. Terlalu mengikut kata hati sedangkan dia sudah lama pergi. Pergi yang tak kembali. Aku saja yang masih ingin terus berada dalam ilusi.Sayang, maafkan diri ini. Abang mengerti terlalu banyak dosa yang terhimpun andai abang titipkan satu persatu. Tidak dapat dihitung dengan satu nafas. Abang tahu dirimu terlalu luka. Abang tahu abang telah merobek jiwamu sedalam-dalamnya. Sunguh saat itu abang keliru. Keliru dengan perasaan sendiri yang tiba-tiba jatuh sayang pada kelembutanmu. Salahkah abang andai mula menyintaimu tapi membiarkan dia terus menghuni hati. Abang tidak mahu dirimu kecewa lalu inilah yang terbaik.Namun, abang terlupa. Siapa abang untuk melawan takdir. Abang alpa pada hukum alam. Abang lalai dalam tanggungjawab. Melihat dirimu yang semakin kuat menentang gelora yang membadai sepertinya abang ini insan yang terlalu kerdil disisimu. Bagaimana dirimu begitu ampuh menerjah badai saat ditinggalkan sendirian sedangkan abang leka dengan perasaan sendiri. Sara, abang tahu abang tidak layak meminta. Namun, abang tetap ingin melafazkan walaupun apa yang bakal abang terima adalah sesuatu yang menyakitkan. Inilah hukuman yang harus abang terima. Cuma pinta abang. Sekali lagi! Hanya sekali. Abang akan menjadikan dirimu bagaikan seorang bidadari hinggakan dirimu terlupa pada luka yang menyakitkan. less
Reviews (see all)
Zamindar
BEST!!!! SEDIH A LIL BIT TP TETAP BESH!
Jenya
Best!! Xrugi beli. Hehe.
djoonhan
good novel
Rethreth
love it :)
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)