Rate this book

Interlok (2008)

by Abdullah Hussain(Favorite Author)
3.95 of 5 Votes: 2
languge
English
genre
publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
review 1: Terus terang, saya baca novel ini selepas kontroversi yang melanda. Agak susah saya nak kata apa-apa jika belum baca apa sebenarnya yang menyebabkan kemarahan kaum india malaysia terhadap novel ini.Pun begitu, saya membaca naskah asal dan bukan naskah edisi pelajar.Saya kira novel ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Walaupun bukanlah karya terhebat SN Abdullah Hussin yang lebih menonjol dengan Imam, namun tidak juga sebuah novel propaganda murahan. Watak-watak yang ditonjolkan ada dimensi-dimensi tersendiri, yang jika dibaca dengan hati yang terbuka, dapat pula menjadi cermin kepada generasi hari ini. Watak-watak dalam novel ini ialah watak-watak yang dibentuk & terbentuk oleh persekitaran masyarakat kala itu, oleh perubahan sosio-ekonomi dan politik dunia ketika itu. ... moreKita diberikan watak-watak manusia kecil, yang tidak punya upaya untuk mengubah apapun kecuali berusaha untuk mengubah nasib sendiri. Ada dikalangan watak-wataknya yang berjaya dalam percubaan itu dan ada pula yang gagal.Sepanjang pembacaan saya, tidak kelihatan sebarang bias malah lebih-lebih lagi apa yang dikatakan rasis. Walaupun ada disebut beberapa perkataan yang dikatakan sensitif seperti paria, melayu 'huan na (orang hutan) dan sebagainya namun saya kira karya ini harus dilihat sebagai sebuah teks sastera dan bukannya karya akademik. Karya sastera harus dilihat dalam dimensi yang lebih holistik.Novel ini wajar dikaji sebagai sebuah novel pasca-kolonial yang cuba menyusun semula gambaran dunia era kolonial dan pasca kolonial. Nyata sekali novel ini adalah novel yang bernada anti penjajahan (perhatikan bagaimana ditunjukkan kekejaman 'orang putih' terhadap anak jajahannya, bukan saja secara fizikal malah lebih dalam lagi secara psikologi. Paling menarik ialah bagaimana caranya pengurus kebun menjustifikasikan tindakannya menembak Maniam).Walaupun ada sedikit sebanyak kelemahan dari struktur penceritaan dan pada sesetengah tempat plot dibina tanpa diberi penjelasan yang meyakinkan, namun harus diakui, novel ini ditulis oleh seorang pengarang yang berjiwa besar yang mahu melihat sebuah kehidupan yang aman harmoni oleh pelbagai bangsa di dalam sebuah negara.
review 2: saya langsung membeli buku ini sejak awal kontroversi timbul, bukan untuk mencari punca perdebatan semata-mata, tetapi untuk menghayati karya seorang sasterawan negara yang saya hormati.gaya penulisan Abdullah Hussain bagi saya sangat baik, tapi sayang novel ini lebih popular kerana sesuatu yang negatif.sayang seribu kali sayang. bagi yang sedang membaca, bacalah buku ini dengan hati yang tenang dan hargailah sastera yang indah ini. hayati ayatnya satu persatu. jangan baca buku ini kerana kontroversi yang melanda dan sibuk mencari puncanya sahaja.semoga anda semua seronok membacanya, seperti saya. :DDPS: saya pelik ada orang boleh tertidur baca buku ini selepas 2-3 muka surat, tak cukup menarikkah? Hmmm... :? less
Reviews (see all)
mickless
I want to read this since the word "controversial" compels me. Let me see whether I can get it.
jamiesjouerman
want to search the controversy around this book. must read book 2011!
diane
Interlok hebat!!! Sejarah yang diolah dengan baik sekali..
Shugulug
setiap orang yang mahu tahu sejarah Malaysia perlu baca.
bmr
terbaik juga.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)