Rate this book

Cinta Tiada Akhirnya & Duri (2000)

by Fauziah Ashari(Favorite Author)
4.07 of 5 Votes: 3
languge
English
publisher
Intens Media
review 1: Sufi, Zhaf, Dhurrah, NuriPerasaan marah, dendam dan sakit hati telah membaluti hati Sufi. Mengahwini Zhaf adalah sebagai batu loncatan untuk melunaskan hasrat yang terpendam terutamanya terhadap ibu mentuanya, Dhurrah. Dhurrah telah menyebabkan Sufi kehilangan kekasih dan orang-orang yang disayanginya. Zhaf sanggup menerima cadangan ibu untuk menikahi Sufi demi menjaga nama keluarga, namun Nuri masih tetap di hatinya sehinggakan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk mengejar cinta Nuri walaupun Nuri sanggup meninggalkan dia di saat-saat akhir majlis perkahwinan mereka.Sufi merasakan dendamnya sudah berbalas. Setelah diceraikan oleh Hasif, Dhurrah menjadi lumpuh ekoran dari pergelutannya dengan Sufi. Kepulangan Hazim merenggangkan hubungan Zhaf dengan Dhurrah dan Zhaf cuba ... moreuntuk berbaik dengan Sufi kerana dia merasakan cintanya terhadap Nuri semakin jauh. Namun begitu, pergolakan dalam rumahtangga Sufi dan Zhaf telah memberi Hazim peluang untuk merebut kembali cinta Sufi dari abangnya tetapi gagal.Sufi terus menyepikan diri bersama anak yang dikandung setelah mengakui segala kesalahannya. Zhaf merasakan yang dia sebenarnya menyintai Sufi dan dengan persetujuan Dhurrah, perkahwinannya bahagia bersama Sufi dan juga dua orang anak mereka.Aku boleh habis membaca novel ini dalam satu hari saja. Mungkin juga kerana 'font'nya agak besar. Tapi yang sebenarnya, aku tak sabar untuk mengetahui penghabisan jalan ceritanya. Agak menarik. Boleh juga untuk dijadikan koleksi.
review 2: Pengarang : Fauziah AshariPenerbit : Intens MediaHarga : RM21.50ISBN : 983-4316-20-8Sinopsis :Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati. less
Reviews (see all)
soretudo2
best sgt habis mcm dlm masa sehari mmg x tidor dibuatnya
ianne
Approach yg sedikit lain.....
read
It's good and amazing
Jbf4387
Sufi & Zhaf
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)