Rate this book

Puisi Tepi Jalan (2012)

by Fynn Jamal(Favorite Author)
4.31 of 5 Votes: 7
languge
English
publisher
Rabak-Lit
review 1: Jika ditanya pada saya siapakah penulis yang popular dalam generasi ini, nama Fynn Jamal tidak boleh dikais ke tepi sementahnya. Pengaruh beliau sebagai pemuisi dan pembahasa serigkali menjadi imitasi, replikasi, maupun "di-wannabekan" lapisan ini. Melalui buku Puisi Tepi Jalan (kompilasi sebenarnya), sekali lagi Fynn Jamal menerkam benak kita dengan bait puisi nya yang merdu, tetapi progresif. Pada lenggok bahasanya halus mulus dan lembut, dalam masa yang sama ada nadi yang terketar tentang kekesatan menggugah yang tak bisa digambarkan. Membaca buku ini membikin kita terjangkit dengan suatu rentak bahasa yang termudah direplikasi. Jika saya mengenali beliau dengan buku ini, apa yang saya mampu katakan adalah ianya 'tidak ternama, tetapi menyegarkan'. Tapi bila kelamaan me... morerangkak raksa demi raksa, halaman demi halaman, puisi-puisi Fynn Jamal ini sebenarnya sarat dengan personal, kaya dengan bahasa, tetapi tumpul intipati. Walau bagaimanapun, perkara yang menarik ghairah saya ialah lembaran terakhirnya, bertema "Pada Satu Hari". Satu komposisi padu cerita pendek yang melekukkan hati dengan setiap penamatnya. Melalui buku ini Fynn Jamal berjaya mengheret kita ke ruang bahasa pada limitasi baru dengan bunyian yang lebih "rangup" tetapi empuk dan padu.
review 2: Mixed feelings. Itu yang aku rasa. Few favourites. m/s 3 , m/s 41 , m/s 47 , m/s 100 , m/s 111 , m/s 129 , m/s 136 the only reason might be ianya puisi pendek dan aku boleh relate. Banyak sangat pasal kekecewaan, kesedihan, kematian hati. And put that on constant repeat membuatkan aku tertanya-tanya adakah bila kecewa sahaja barulah beroleh buah fikiran untuk menulis puisi. Mungkin. Kalaulah temanya bercampur gaul gembira dan sedih sehingga sebati nescaya puisi ini akan lebih ada uhmpp. Nak dekat part ending, lagi-lagi part "pada suatu hari" memang berjaya membuatkan aku senyum kembali. less
Reviews (see all)
Schizoidman
I could always relate to her. She's my soul sista. *pelukkokpingkuatkuat*
Sammie1
jujur..bahagia..cari Tuhan..cinta..kecewa..semua ada dalam buku nih..
cattydang
Puisi-puisi Fynn Jamal sangat tersendiri dan punya identiti.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)