Rate this book

Lazuardi (2012)

by Nasz(Favorite Author)
4.08 of 5 Votes: 2
languge
English
publisher
Jemari Seni Sdn Bhd
review 1: Best! Ada banyak scene yang menyentuh. Anaz di benci oleh Lily dan emaknya. Dia dikatakan anak haram. Cuma Odie, Nueq, abah dan Shark aje yang baik dengannya. Bila Ain dibawa tinggal di rumah mereka, tiba-tiba hidup Anaz huru-hara. Odie pula jadi teman lelaki Ain. Anaz terasa dia keseorangan. Shark ajak Anaz kahwin. Mula-mula Anaz keberatan kerana Shark masih muda dan mereka masih belajar. Tetapi akhirnya mereka berkahwin juga setelah dia dituduh menyamun rumah sendiri dan dihalau oleh emaknya. Kehidupan Anaz dengan Shark amat menenangkan. Dia mula rasa bahagia walau hidup berjauhan. Selepas empat tahun merahsiakan status mereka, hidup Anaz huru-hara lagi. Emak Anaz pecahkan rahsia bahawa dia adalah anak hasil rogol datuknya sendiri. Anaz rasa dirinya tidak sesuai untuk S... morehark lalu cuba untuk menjauhkan diri dan minta diceraikan. Shark tidak terus melenting tetapi bagi Anaz ruang untuk berfikir dengan tenang. Sementara itu, lepas satu-satu kejadian berlaku di tempat kerja dan Anaz dipersalahkan. Shark sentiasa ada untuk menyelamatkan Anaz. Sehingga Shark dapat tahu sebab utama yang buat Anaz menjauhi dirinya. Shark terus menenangkan Anaz. Selepas itu, satu-persatu tuduhan keatas Anaz di siasatnya. Shark dapat tahu bahawa Ain adakah dalang di sebalik semua kejadian yang menimpa isterinya. Ain di tangkap dan mereka kembali hidup bahagia. Akhirnya, emaknya dapat menerima dirinya.
review 2: Memang sangat excited bila buku ni sampai. Mana tidaknya, dah lama okay tunggu buku ni. Hehe. Saya rasa sesiapa yang pernah ikuti enovel ini di blog Nasz dulu memang ternanti-nantikan novel ni. :)Anaz, walaupun tinggal dengan ibu kandung dan keluarga tiri tapi dilayan macam anak tiri oleh ibu sendiri. Pelik kan? Rupanya ada sejarah pahit yang disembunyikan oleh si ibu. Mujurlah ada Odie, jiran Anaz yang juga merangkap teman baiknya sejak tadika. Odielah tempat mengadu Anaz sejak dulu. Bila Anaz mengadu dan mengeluh, Odie akan ajak kahwin.Kehadiran Ain, anak saudara bapa tiri Anaz menambahkan lagi kucar-kacir dalam hidup Anaz. Saya rasa Ain ni memang opportunist. Dia pandai gunakan peluang untuk kenakan Anaz secukup-cukupnya. Memang teruk Anaz difitnah Ain sampai tahap kena halau keluar dari rumah tu. Ish ish..Shakir (Shark) kawan kepada adik tiri Anaz memang berkenan sungguh dengan Anaz. Sanggup tunggu sampai habis sekolah untuk meluahkan perasaan pada Anaz. Haha. Part ni memang cute. Dia juga sanggup kena kutuk kaw-kaw dengan kawan-kawan dia sebab suka dengan perempuan yang lebih tua. Hehe. Hakikatnya Shark ni macam dah hafal seluruh susur galur kisah hidup Anaz ni. Kadang-kadang macam guardian angel pun iya juga. Shark rela untuk memperisterikan Anaz semata-mata untuk jaga Anaz.Namun antara Odie dan Shark, siapa yang benar-benar menjadi penyelamat si Cinderella ni?Memang enjoy baca buku ni. Lagi-lagi bila baca ayat-ayat comel Shark;"Tak sia-sia saya tunggu bertahun-tahun nak suruh awak jadi girlfriend saya tau." - m/s 212"Sebab awak suka makan coklat, saya pun pergilah belajar. Tengok, betapa baiknya boyfriend awak ni." - m/s 215Komen saya: Saya rasa relevannya tajuk Lazuardi dengan kisah Anaz ni adalah, walau semendung mana pun kehidupan yang dilalui Anaz, penghujungnya tetap juga akan akan bertemu warna lazuardi di langit. Hehe. Saya bukan orang sastera tapi saya rasa itulah yang cuba disampaikan oleh penulis dalam Lazuardi ni. Walaupun kisah ni agak 'sinetron' dengan kehadiran si drama queen bernama Ain tu, namun gaya bahasa penulis yang selamba dan bersahaja ni berjaya menyelamatkan rasa cemas pembaca. Tahniah Nasz. less
Reviews (see all)
akari
best jugak la..tapi kalau ada sambungan lagi best coz takde kesudahan for watak adik tiri si anaz
Deuce
sangat comel. tapi boleh je menagis dan gelak dalam satu masa :)
miriam
the best book ever from nasz..... *_*
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)