Rate this book

Kau Yang Satu (2007)

by Nia Azalea(Favorite Author)
4.23 of 5 Votes: 18
ISBN
9831240774 (ISBN13: 9789831240779)
languge
English
publisher
Alaf 21
review 1: the first 'kahwin paksa' novel that i read, so i love the idea only for this book.hahasalina is quit humourous, taufiq is quit clean freak.they complete each other, very sweet. not too overloaded with romance terima kasih kepada ketua kelas saya masa 6 gigih > akma (yg dh jadi bini orang) kerana sudi menceritakan sipnosis penuh buku ini dan melibatkan saya dalam kancah membaca novel. hehe
review 2: Whoa! Cerita ni best.Kadang-kala pula seram di hati saya pula. Saya mencari di manakah keseronokan membaca novel yang sudah masuk kelima belas kali cetakan itu. Ternyata novel ini mempunyai kelebihan tersendiri di mata peminat novel-novel Melayu di luar sana.Mengisahkan tentang Salina dan Taufik yang dipaksa berkahwin. Dato’ Mustaza mahu bermenantukan Salina yang b
... moreaik budi pekerti dan cantik disamping terhutang budi dengan keluarga Sulaiman kerana telah menyelamatkan dia dari hanyut di Laut China Selatan.Taufik membangkang keras cadangan ayahnya itu. Baginya, ayah masih lagi kolot yang suka mengamalkan cara orang-orang dulu untuk mencari jodoh. Takkanlah ayah tak tahu yang dia cinta habis dengan model terkenal-Isabella.Salina pula mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak mahu mengahwini Taufik, anak Datuk Mustaza. Dia sudah ada kekasih hati. Dia sudah berjanji untuk mencintai Zulkifli sahaja.Tetapi, kehendak orang tua langsung tidak dapat dia ketepikan. Demi keluarga, Salina sanggup berkorban dengan mengahwini Taufik-lelaki yang tidak dia cintai itu. maka putus kasihlah dia dengan Zulkifli.Taufik pula sanggup mengenepikan Isabella demi kehendak ayahnya. Dia mengahwmini Salina dan tetap mencintai Isabella. Perkahwinan yang bukan dari hati itu, langsung tidak membahagiakan. Taufik sellau sahaja bersikap dingin dengan Salina. Walaupun sering kali terasa hati, Salina gagahkan juga menjadi isteri kepada Taufik.Taufik masih lagi bersama dengan Isabella walaupun sudah mempunyai Salina di rumah yang sedia menantinya setiap hari. Suatu hari dia terfikir, apakah Isabella akan bersama dnegannya nanti apabila dia jatuh miskin kelak.Bertitik tolak daripada itulah, Taufik mulai menyedari segalanya. Dia mulai belajar mencintai isterinya walaupun pada mulanya Salina kelihatan dingin kepadanya. Hari demi hari dia semakin mencintai Salina dan Isabella semakin dia lupakan.Isabella, si perempuan pembelit nyata bukan sahaja suka bermain cinta dengan Taufik, tetapi juga dengan Richard. Sudah agak lama dia menjalinkan hubungan sehingga membenihkan anak. Saat itulah timbul idea yang akan memporak-perandakan hidup Taufik dan Salina.Isabella tampil di akhbar dengan perut memboyot. Dia mengatakan dia mengandungkan anak Taufik. Negara gempar seketika dengan berita itu. hubungan Taufik dan Salina berkocak hebat. Akan bahagiakah mereka dengan hubungan dalam erti kata sebenar yang baru dibina? Mampukah Taufik menepis segala tohmahan? Akan percayakah Salina kepada Taufik, buat sekali ini sahaja?Selepas menghabiskan bacaan novel ini saya berasa lega amat. Tapi bahagian yang Isabella kena bunuh, memang menakutkan bagi saya. Bagi saya, penulis menukilkan babak itu dengan terperinci sekali. Owwh, Seram! less
Reviews (see all)
belen1947
Novel BM pertama yang sy boleh ulang baca berkali2.
Sachin
novel yg paling aku sukalove it!!
juliaac
jiwang gaban
yodelingynna
suka.
Nikolai
best
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)