Rate this book

Panggil Aku Dahlia (2008)

by Noor Suraya(Favorite Author)
4.14 of 5 Votes: 2
languge
English
publisher
Jemari Seni Publishing
review 1: Sebuah kisah yg indah... bagi aku ianya sebuah karya yg hebat.. aku suka. Wadi & Dahlia, Farhan yg kubayangkan sebagai seorang yg baik sangat. Tentang adiknya Neem & Abdul Rahman yg beruntung menerima sesuatu yg tak ternilai dari Dahlia..rata-rata aku gembira atas kebahagian mereka. Daun Teh, Cameron Highlands & segalanya. Indah. i'm just happy dapat baca novel Ni. Best lah.. Noor Suraya, u captured my reading attention once again.
review 2: “Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.***Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurato
... morer di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!***Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?* * * Ringkasan dari saya:Wadi Hannan dan Dahlia memang tidak pernah sebulu. Dari kecil mereka bergaduh dari sekecil-kecil sebab hingga ke sebesar-besar gajah kesalahan.Wadi membalas hingga tinggal parut di muka sebagai kenangan. Bukan sahaja mereka bermusuhan, malah keluarga mereka juga bermusuhan dari nenek moyang lagi.***Setelah Dahlia di 'pos' kan oleh ayahnya ke Canberra, Dahlia kembali untuk membantu menyelamatkan kebun teh Timor milik keluarganya turun temurun. Sebelas tahun lamanya dia membesar bersama keluarga Auntie Taharah kakak kandung ayahnya. Membesar bersama Tasneem dan Farhan. Kerjayanya sebagai archieologist terpaksa disuaikan dengan mendalami sejarah keluarga sendiri. Menggali sebab bagaimana ibunya - 'nay' meninggal dunia. Mencari bukti yang nay tidak membunuh diri.***Kebun Teh Timor akhirnya jatuh jua ke tangan musuh ketatnya Wadi Hannan. Semuanya tidak dapat diselamatkan lagi. Yang tinggal hanya la rumah Teh Timor, yang akhirnya Dahlia ubahsuai menjadi rumah hinggap. Wadi musuh, tetapi bagai yang Ustazah Munawwarah nasihatkan 'jangan membenci sesorang itu keterlaluan, nanti menjadi kekasih hati...' Begitulah yang terjadi pada hubungan Wadi-Dahlia. Hubungan mereka bagai tersembunyi disebalik kata-kata hati dan bicara mata.Novel ini penuh dengan unsur-unsur sebab-akibat dan menyeru kita kembali ke jalanNya. 1. Perhubungan yang diredhai Allah. Cinta itu memang senang untuk disuntik dengan belalai syaitan. Walaupun dalam keadaan yang berjaga-jaga.2. Fitnah terhadap wanita yang suci merupakan satu dosa besar. 3. Hubungan sepupu sungguhpun bagai saudara sendiri, masih terbatas sebagai seorang bukan muhrim. less
Reviews (see all)
Rudolove
PAD-keseluruhan? santai yg beremosi...cubalah sbb mmg tak rugi baca!!!
Sally90
Nak menitis air mata baca novel ni T______TDahlia, tabahnya anda.
PVI
Tak banyak sangat love story insides. Hehehehe
lianeduartedasilva
background of Cameron Highland..niceeee
claudine
3'% ★
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)